Rabu, 29 April 2009

Kenapa Gani Masuk Hidung Dalam Kes Nizar


Sulaiman Abdullah (Peguam DS Nizar) berkata Peguam Negara, Gani Patail tiada hak untuk mencelah dalam kes DS Nizar vs DS Zamby kerana ia hanya melibatkan dua individu sahaja. Kerajaan Malaysia tidak dilibatkan dan pihaknya juga tidak menuntut apa-apa daripada Kerajaan Malaysia.

Oleh yang demikian, Peguam Negara tidak seharusnya masuk campur dalam kes ini. Biar peguam-peguam dari kedua-dua pihak menjalankan urusan perbicaraan dalam mahkamah. Peguam Negara sepatutnya berpegang kepada prinsip neutraliti dan tidak campur tangan dalam krisis politik ini.

Kes ini melibatkan 2 orang yang mahu menentukan siapakah Menteri Besar Perak yang sah. Pelbagai isu ditimbulkan daripada pertikaian ini. Walau bagaimanapun, persoalan yang kritikal ialah samada jawatan menteri besar boleh dikosongkan apabila:

1) Menteri Besar telah menasihati Sultan tentang pembubaran DUN

2) Tidak ada pembubaran DUN

3) Tidak ada undi tidak percaya terhadap Menteri Besar dalam DUN

4) Menteri Besar tidak meletak jawatan

3 ulasan:

  1. Sikap peguam negara tu umpama lebih sudu dari kuah.

    BalasPadam
  2. Gaji peguam negara siapa yg bayor? Sebab tu dia kena buat mcm tu sebagai bekalan bila dah pencen nanti.

    Kalau dia bersikap neutral, pakai pencen awai lor...

    BalasPadam
  3. Gaji Gani Patail kerajaan bayar. Tapi guna duit rakyat. Lepas Pakatan menang nanti, pastikan Gani dibicarakan atas tuduhan salahguna kuasa.

    BalasPadam