Khamis, 30 April 2009

Dato R.Ganesan (MIC) Calon Speaker Perak


BN telah menamakan Dato R.Ganesan, bekas ADUN Sungkai sebagai calon Speaker Perak menggantikan V.Sivakumar. Usul ini diserahkan di Pejabat Setiausaha Dewan Negeri pada pagi ini. Usul yang bertarikh 29 April 2009 ini dicadangkan oleh Dato Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan disokong oleh Dato Hamidah Osman. Surat persetujuan daripada Dato' R. Ganesan untuk dipilih sebagai Speaker Perak juga disertakan bersama-sama usul ini.

7 Hari Lagi Untuk Sidang DUN Perak


Kita hanya ada 7 hari lagi untuk Dewan Negeri Perak untuk bersidang. Antara persoalan-persolan yang masih lagi belum terjawab :

1) Samada Dewan Negeri Perak akan bersidang ataupun tidak pada 7 Mei.?

2) Siapakah ADUN-ADUN yang akan boikot persidangan tersebut?

3) Siapakah Menteri Besar yang sah dalam dewan itu?

4) Bolehkan DS Zambry dan barisan Exconya masuk ke dewan?

5) Bolehkah En. Osman Jailu, En. Jamaluddin dan Pn. Hee Yit Fong masuk ke dewan?

6) Adakah Dewan Negeri terikat dengan keputusan Mahkamah?

7) Siapakah yang akan serahkan perutusan kerajaan kepada Tuanku Sultan untuk dibaca?

8) Di manakah DS Nizar dan DS Zambry akan duduk di dalam Dewan Negeri?

9) Siapakah akan menjadi Setiausaha Dewan pada hari itu?

10) Samada Speaker boleh dilucutkan jawatan melalui usul yang dibawa?

11) Samada orang ramai dibenarkan hadir untuk memerhatikan persidangan tersebut?

12) Samada Keselamatan ADUN-ADUN dan pihak-pihak yang terlibat dijamin?

13) Samada akan berlaku kekecohan dalam persidangan itu?

14) Apakah reaksi orang ramai terhadap sidang DUN yang telah ditetapkan?

15) Mungkinkah usul-usul tergempar yang lain akan dikemukakan kemudian?

16) Bentara dewan akan ikut arahan siapa?

17) Samada aturcara mesyuarat adalah sama seperti tahun-tahun yang lalu?

18) Samada anggota-anggota SUK akan bekerjasama dengan Speaker?

19) Siapakah yang memberi arahan-arahan berkaitan dengan persidangan?

20) Siapakah yang paling berkuasa dalam dewan?

Semua soalan di atas menimbulkan banyak kekeliruan. Adakah wajar untuk persidangan dewan diteruskan dalam keadaan seperti ini?

Speaker Mahu Bermesyuarat Dengan SUK & Polis


Kenyataan Akhbar YB Sivakumar, Yang Dipertua Dewan Negeri Perak pada 30 April 2009.

Memandangkan pelbagai isu dibangkitkan berkaitan dengan persidangan DUN 7 Mei, Speaker bercadang untuk bermesyuarat dengan Datuk Setiausaha Kerajaan Negeri dan Ketua Polis dalam beberapa hari lagi. Ini adalah penting untuk perjalanan Sidang DUN dengan lancar. Pelbagai spekulasi atau ramalan dibuat oleh semua pihak. Tetapi, pada hakikatnya kita tidak tahu apakah sebenarnya akan berlaku pada hari tersebut. Oleh yang demikian, beberapa langkah atau strategi perlu diatur terlebih dahulu. Isu keselamatan juga perlu diberi perhatian oleh semua pihak yang terlibat. Persidangan DUN Perak pada 7 Mei ini bukan sahaja menjadi tumpuan rakyat Perak, malah seluruh dunia memerhatikan pergolakan politik ini.

Agenda zambry Dalam Persidangan DUN 7 Mei

Persidangan Pertama, Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua, Dewan Negeri Yang Ke-12 Perak Darul Ridzuan (Pada Hari Khamis, 7 Mei 2009, Jam 10.00 pagi)

URUSAN MESYUARAT

I) Doa

II) Titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan sempena Istiadat Pembukaan Rasmi Penggal Kedua, Dewan Negeri yang ke-12 Perak Darul Ridzuan.

III) Persidangan ditangguhkan selama 15 minit dan selepas itu disambung semula.

IV) Pengumuman Tuan Yang Dipertua Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan

V) Usul-usul yang telah diberi notis:

1) Usul perlucutan jawatan Yang Dipertua Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan.

2) Usul perlantikan jawatan Yang Dipertua Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan baru.

VI) Penangguhan


* Inilah agenda DS Dr Zambry Abdul Kadir untuk persidangan Dewan Negeri pada 7 Mei nanti. Agenda ini dibuat tanpa berunding dengan Tuan Speaker.

Jika Speaker Dewan Negeri tidak berhak dan mempunyai kuasa untuk menentukan agenda persidangan, apa gunanya jawatan Speaker ini? Jika jawatan Speaker sudah tidak dihormati lagi, bawa dan letakkan seekor kaldai di kerusi Speaker supaya Zambry boleh membuat apa jua kehendak hatinya.

Siapakah Akan Ganti Speaker Pada 7 Mei?


Menurut kenyataan-kenyataan media pada hari ini, agenda pertama sidang DUN pada 7 Mei ialah melucutkan jawatan Speaker. Usul ini dibawa oleh DS Zambry. Jika usul pecat Speaker Perak V.Sivakumar berjaya pada 7 Mei, siapakah akan menggantikannya untuk menjalankan urusan hari tersebut?

Spekulasinya ialah Timbalan Speaker Hee Yit Fong. Beliau akan menggantikan V.Sivakumar, sehingga Speaker baru dilantik. Tetapi sanggupkah beliau:

1) menghadiri persidangan DUN tanpa perasaan 'salah dan malu'
2) bersetuju menggantikan Speaker untuk menjalankan urusan mesyuarat hari tersebut
3) duduk atas kerusi Speaker
4) menghadapi cabaran 'dewan yang panas' pada hari tersebut

Hee Yit Fong tidak berani bersemuka dengan pengundi-pengundi Jelapang sehingga hari ini. Beliau telah menghilangkan diri sejak dia lompat keluar dari parti DAP. Dalam keadaan ini, sudah tentu beliau tidak berani untuk menawarkan dirinya menggantikan V.Sivakumar pada 7 Mei 2009. Tetapi, bagi orang-orang yang tidak bermaruah, mereka sanggup melakukan apa jua untuk kepentingan diri. Kita tunggu dan lihat........

Bola di Kaki Nizar Sekarang!


Siapakah Menteri Besar Perak yang sah?

“Mahkamah Persekutuan tidak mahu mendengar kes ini. Bola ditendang balik ke Mahkamah Tinggi. ‘Pele Pangkor’ cuba tendang gol di Mahkamah Persekutuan semalam. Tetapi, kena tiang! Sekarang, bola di kaki Nizar. Harap-harap Nizar boleh tendang masuk gol di Mahkamah Tinggi nanti. Inilah harapan seluruh rakyat Perak. Tetapi kita harus ingat, dalam permainan ini, referee, lines man dan pengadil semuanya orang dia. Hanya penyokong-penyokong adalah orang kita. Ini bukan satu permainan yang adil. Tapi, kita tidak boleh putus asa.”

Kelima-lima hakim Mahkamah Tinggi secara sebulat suara membuat keputusan untuk mengembalikan kes ini ke Mahkamah Tinggi. Ini adalah kerana terdapat pertikaian fakta dalam isu pembubaran Dewan Negeri Perak.

Mahkamah Persekutuan telah membenarkan bantahan awal yang dibuat oleh Sulaiman Abdullah (peguam DS Nizar ). Beliau membuat bantahan awal supaya Mahkamah Persekutuan tidak membuat pentafsiran undang-undang seperti mana yang dipohon oleh DS Zambry.

Menurut Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim Alauddin Mohd Sheriff, permohonan Zambry ditolak atas bantahan awal yang dibuat. Antara hakim-hakim lain yang turut bersama semalam ialah:

1) Hakim Arifin Zakaria
2) Hakim Zulkefli Ahmad Makinudin
3) Hakim Ghazali Mohd Yusoff
4) Hakim James Foong

Mahkamah Tinggi diperintahkan untuk membuat keputusan mengenai fakta-fakta yang dipertikaikan. Kes ini akan masuk semula ke Mahkamah Tinggi pada 5 dan 6 Mei 2009.

Apakah isu yang menjadi pertikaian dalam kes ini?

Menurut afidavit yang difailkan oleh DS Nizar pada 20 April 2009, terdapat butir-butir yang bercanggah diantara affidavit awalnya dengan afidavit yang difailkan oleh Penasihat Undang-undang Negeri Perak pada 8 April 2009.

Menurut Nizar, beliau tidak memberitahu Sultan Perak bahawa dia telah hilang kepercayaan majoriti di Dewan Negeri Perak.

Nizar juga menegaskan bahawa beliau tidak meminta Sultan Perak untuk membubarkan DUN berdasarkan Artikel 16(6) Undang-undang Tubuh Negeri Perak.


Nizar memohon supaya menyoal balas Penasihat Undang-undang Negeri, Datuk Ahmad Kamal Md Shahid. Menurut Sulaiman Abdullah, beliau telah memohon untuk menyoal balas Datuk Ahmad Kamal pada 4 Mei 2009. Ini adalah kerana, Datuk Kamal dalam afidavitnya menyatakan bahawa Nizar telah memohon pembubaran DUN berdasarkan Artikel 16(6).

Semalam, Sulaiman Abdullah telah memohon kepada Mahkamah Persekutuan supaya tidak membuat tafsiran undang-undang sebelum Mahkamah Tinggi membuat keputusan berkaitan dengan isu yang dipertikaikan. Permohonannya berjaya!

Rabu, 29 April 2009

Kenapa Gani Masuk Hidung Dalam Kes Nizar


Sulaiman Abdullah (Peguam DS Nizar) berkata Peguam Negara, Gani Patail tiada hak untuk mencelah dalam kes DS Nizar vs DS Zamby kerana ia hanya melibatkan dua individu sahaja. Kerajaan Malaysia tidak dilibatkan dan pihaknya juga tidak menuntut apa-apa daripada Kerajaan Malaysia.

Oleh yang demikian, Peguam Negara tidak seharusnya masuk campur dalam kes ini. Biar peguam-peguam dari kedua-dua pihak menjalankan urusan perbicaraan dalam mahkamah. Peguam Negara sepatutnya berpegang kepada prinsip neutraliti dan tidak campur tangan dalam krisis politik ini.

Kes ini melibatkan 2 orang yang mahu menentukan siapakah Menteri Besar Perak yang sah. Pelbagai isu ditimbulkan daripada pertikaian ini. Walau bagaimanapun, persoalan yang kritikal ialah samada jawatan menteri besar boleh dikosongkan apabila:

1) Menteri Besar telah menasihati Sultan tentang pembubaran DUN

2) Tidak ada pembubaran DUN

3) Tidak ada undi tidak percaya terhadap Menteri Besar dalam DUN

4) Menteri Besar tidak meletak jawatan

Usul Pecat Speaker Perak Telah Diumumkan


Loporan Malaysiakini mennyatakan bahawa Pejabat Setiausaha Dewan Negeri Perak telah menerima satu usul untuk melucutkan V.Sivakumar dari jawatan Yang Dipertua Dewan Negeri. Usul ini bertarikh 22 April 2009. Ia diserahkan di Pejabat Setiausaha Dewan Negeri pada 23 April 2009.

Usul ini dicadangkan oleh DS Dr Zambry Abdul Kadir dan disokong oleh ADUN Sg Rapat Dato Hamidah Osman.

Menurut Setiausaha DUN Perak (yang telah digantung tugas oleh Speaker), Abdullah Antong Sabri, usul tersebut telah diberi notis untuk dibawa di dalam Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua, Dewan Negeri Perak yang ke-12 iaitu pada 7 Mei 2009.

Sekiranya usul diluluskan dalam mesyuarat tersebut, maka urusan mesyuarat berikutnya ialah pemilihan Speaker Dewan Negeri yang baru.

Abdullah Antong, telah menghantar sepucuk surat yang bertarikh 27 April 2009 kepada semua ADUN-ADUN Negeri Perak. Dalam surat itu, beliau menyatakan tentang pemerimaan usul melucutkan jawatan Speaker yang diterima oleh pejabatnya pada 23 April 2009. Berkenaan dengan perkara ini, ADUN-ADUN diminta mengemukakan cadangan nama bagi calon Speaker yang baru. Berserta dengan surat itu, borang pencalonan Speaker baru juga dikepilkan. ADUN-ADUN diminta memberi cadangan pencalonan selewat-lewatnya 30 April 2009.

Speaker Dewan Negeri V.Sivakumar masih belum melihat kandugan surat yang dihantar oleh Abdullah Antong kepada ADUN-ADUN Negeri Perak. ADUN-ADUN lain mengesahkan penerimaan surat tersebut.

Constitutional Expert Tommy Thomas Says, The Speaker Is Right


Media statement by Tommy Thomas on 3rd March 2009

On March 1, constitutional lawyer Tommy Thomas wrote in the Bar Council's website that, under prevailing circumstances, the the Speaker of the Legislative Assembly of Perak is entitled in law to convene the Legislative Assembly fixed for today, March 03, 2009.

The counsel formed his opinion based on factual basis and provisions available on the State Constitution of Perak and the Standing Orders of the State Legislative Assembly.

The key issue lies on whether the last meeting of the Assembly in November 2008 was prorogued (“di-berhentikan”) or adjourned (“di-tangguhkan”).

If it was prorogued, only the Sultan of Perak (“HRH”) can summon the Assembly: if it was adjourned, then the Speaker can convene.

According to instructions given to him, Thomas said what was adjourned sine die in November 2008, was the Third Sitting of the First Session of the 12th Legislative Assembly of Perak. Hence the Speaker's rightful right to recall the assembly into session.

The emergency sitting of the Perak State Assembly was convened this morning, with three motions passed by the 28 members who attended it.

The original Perak Menteri Besar Mohammad Nizar Jamaluddin said after the sitting that three motions were passed as follows:

  • 1st, a motion of confidence in Mohd Nizar Jamaluddin as the legal Perak mentri besar;
  • 2nd, an agreement to seek Royal consent for the dissolution of the state assembly; and
  • 3rd, the adoption of the suspension of Dr Zambry Abdul Kadir as the menteri besar and six executive councillors he appointed.

Mohd Nizar said he will try to seek an audience with Perak Sultan Azlan Shah as soon as possible to convey the assembly’s resolutions.

Should the sultan not recognise the legitimacy of the sitting and not grant consent for the dissolution of the state assembly, Mohd Nizar said Pakatan would do whatever necessary within the confines of the law.

Interestingly, the sitting was held under a tree in a vacant lot about 200m from the state secretariat building -- an abject circumstance that Nizar described as the “doctrine of necessity". Pakatan Rakyat assemblymen were barred by the Police from entering the building that housed the State Assembly

Karpal Masih Sangkut Dalam Kes Hasutan


Karpal Singh tidak berjaya dalam permohonannya untuk melepaskan diri daripada kes hasutan terhadapnya. Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah menolak permohonnya semalam. Keputusan ini dibuat oleh JC Azman Abdullah. Ini bermakna kes hasutan terhadap Karpal akan diteruskan. Beliau dituduh menggunakan ‘kata-kata yang berbau hasutan’. Perkara ini berlaku dalam satu sidang media yang dibuat oleh Karpal pada 6 Februari 2009. Dikatakan Karpal telah menggunakan perkataan-perkataan berunsur hasutan apabila beliau berhujah mengenai isu Sultan Perak melucutkan jawatan DS Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak. Kes Hasutan terhadap Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh, akan bermula pada 12 Ogos 2009. Menurut Timbalan Pendakwaraya Manoj Kurup, lebih daripada 40 saksi akan dipanggil untuk memberi keterangan dalam kes ini.

Walau bagaimanapun, Karpal akan membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi.

Tangguhkan Pembinaan Plak 'Pokok Demokrasi'


M.Kulasegaran, Ahli Parlimen Ipoh Barat berpendapat bahawa Pakatan Rakyat harus tangguhkan pembinaan plak di bawah ‘Pokok Demokrasi’. Plak yang dibina sempena memperingati peristiwa bersejarah ‘Persidangan Di Bawah Pokok’ telah dirobohkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Pakatan Rakyat telah menerima sumbagan daripada orang ramai untuk membina semula plak di bawah Pokok Demokrasi.


Pakatan Rakyat bercadang untuk menyiapkan kerja-kerja pembinaan plak baru sebelum 1 Mei 2009. Dirancang untuk merasmikan plak tersebut pada 1 Mei nanti. Kerja-kerja pembinaan telah dimulakan semalam. Tetapi, pihak berkuasa Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah menghalang kerja-kerja pembinaannya. MBI memberi alasan bahawa pembinaan plak itu menyalahi undang-undang kerajaan tempatan.


Menurut M.Kula, ramai yang telah menasihatinya supaya tangguhkan rancangan pembinaan plak di bawah Pokok Demokrasi. Beliau telah menyalurkan isi hati rakyat kepada pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat. Beliau risau bahawa pihak berkuasa tempatan akan memberi gangguan secara terus-menerus untuk menggagalkan usaha Pakatan Rakyat yang murni ini. MBI akan gunakan undang-undang melarang Pakatan Rakyat daripada menceroboh tanah itu. Tambahan pula, plak baru yang dibina juga tidak akan selamat daripada ancaman musuh. Ini akan merugikan usaha dan wang Pakatan Rakyat. Perkara ini perlu ditelitikan secara terperinci terlebih dahulu.

Beliau juga menyarankan bahawa plak itu dibina sebaik sahaja Pakatan Rakyat kembali berkuasa di Perak. Jadikan tempat bersejarah ini sebagai satu pusat reakrasi dan pelancongan. Buat masa ini, adalah wajar untuk tangguhkan pembinaan plak tersebut.


Tambahan pula, tindakan kita ini akan bahayakan ‘Pokok Demokrasi’ itu sendiri. Jika kita teruskan dengan pembinaan plak itu, kemungkinan besar MBI atau pihak-pihak lain yang iri hati akan menebang Pokok Demokrasi. Kita tidak mahu Pokok Demokrasi pula menjadi mangsa korban akibat persengketaan di antara Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat. Jangan pula sampai, gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati ditengah!

Payung Pakatan Rakyat Untuk Semua


Kerajaan Perak ketika dibawah pemerintahan Pakatan Rakyat telah berjaya meningkatkan toleransi serta keharmonian di antara kaum. Menurut DS Nizar Jamaluddin, permuafakatan terbukti dengan beberapa peristiwa yang terjadi di Negeri Perak, termasuk sokongan yang diterima oleh Pakatan Rakyat datang dari pelbagai kaum pada pilihanraya kecil Bukit Gantang yang lalu.

“Bukit Gantang sendiri telah menunjukkan kaum Cina dan bangsa lain telah menyokong penuh PAS. Walaupun Nizar dari parti Islam PAS namun itu tidak menghalangnya menerima sokongan dari pelbagai bangsa,” katanya dalam satu forum Politik Baru & Politik Etnik” di Dewan Perhimpunan Cina Selangor baru-baru ini.

Nizar mengulas, “walaupun UMNO memerintah dengan majority 2/3 namun Kerajaan Negeri Terengganu terumbang-ambing berbeza dengan Perak yang kerajaannya terdiri daripada pelbagai bangsa.

“Di Terengganu UMNO cukup kuat, seluruh wakil rakyat dan EXCO orang UMNO, Melayu dan Islam namun akhirnya mereka bergaduh dan berpecah-belah juga,” sindir Nizar.

Politik perkauman tidak ada tempat lagi di Malaysia. Malaysia sedang melalui satu proses politik dimensi baru. Rakyat mahu bersatu padu dan menolak politik perkauman BN. Ini merupakan satu kejayaan yang nyata dicapai oleh Pakatan Rakyat.

“Bersatu Kita Teguh, Bercerai Kita Roboh”

Kes Lim Cho Hock : Dewan Negeri Mempunyai Kata Pemutus dan Bukannya Mahkamah



Kes Lim Cho Hock lwn Speaker Dun Perak (1979) 2 MLJ 85. Di dalam kes ini secara ringkasnya pemohon iaitu Adun Bukit Kepayang mencabar di mahkamah berkaitan isu sama ada kerusi speaker dikira kosong kerana speaker didakwa telah gagal mengangkat sumpah sebagaimana Adun-Adun yang lain. Hakim Abdoolcader memutuskan Dewan Undangan Negeri mempunyai kata pemutus sama ada speaker telah hilang kelayakan atau tidak dan perkara tersebut hendaklah diputuskan di dalam Dewan Undangan Negeri dan tidak di Mahkamah.

Keputusan daripada kes ini amat jelas bahawa mahkamah telah ‘mencuci tangan’ daripada mendengar soal Dewan Undangan Negeri. Mahkamah amat waras bahawa ia tidak boleh campurtangan dalam hal-ehwal badan legislative. Keputusan mahkamah jelas membuktikan ia menghormati doktrin pemgasingan kuasa. Mahkamah sedar bahawa ia tidak mempunyai bidang kuasa untuk melangkah ke dalam Dewan Undangan Negeri. Kalau kita dengan telitinya racik kes ini, kita akan faham betapa pentingnya amalan pengasingan kuasa di sesebuah negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen. Tetapi, keputusan kes ini telah disia-siakan apabila Mahkamah Persekutuan membuat penghakiman dalam kes Speaker Perak.

Dr Mariah Kecam SPR Kerana Hapuskan Tradisi Pilihanraya


Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mengumumkan bahawa suruhanjaya itu melarang penggunaan pondok panas dan perayu undi dalam pilihanraya kecil kali ini.

Abdul Aziz berkata, ia bertujuan memastikan hari mengundi berjalan dengan "aman, tenang dan tanpa kesesakan lalulintas," selain "menyejukkan suasana" selepas berkempen. Betulkah ini niat SPR? Kenapa tiba-tiba saja SPR mahu membuat peraturan baru?

Sementara itu, Sivarasa daripada PKR berkata, Pakatan Rakyat menolak keputusan SPR itu kerana ia melanggar Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 dan pendirian itu tidak munasabah.

Menurutnya, keputusan itu tidak ikut undang-undang pilihanraya itu sendiri dan bercanggah dengan tafsiran mereka (SPR).

Beliau kemudiannya membacakan sepucuk surat dari SPR pada 2004 yang ditandatangani Datuk Wan Ahmad Wan Omar selaku setiausaha SPR ketika itu.
Wan Ahmad membenarkan penubuhan pondok panas di luar kawasan sempadan 50 meter dari tempat mengundi.

Sivarasa yang juga ahli parlimen Subang berkata, pondok panas dibenarkan mengikut seksyen 24b (2) Akta Kesalahan Pilihanraya 1954.

Dalam sidang media yang sama, Dr Mariah menolak alasan yang diberi oleh SPR untuk tidak membenarkan pondok panas didirikan.

Kata beliau,"Sebenarnya, sudah cukup untuk tempatkan anggota polis di tempat mengundi.. Sebelum ini, tidak tercetus pergaduhan antara penyokong parti. Bersemangat lebih, biasalah, Pondok panas merupakan satu tradisi sejak pilihanraya pertama negara pada 1959.

"Asalkan ia di luar jarak 50 meter dari kawasan tempat mengundi," kata Dr Mariah yang juga ahli Parlimen Kota Raja.

Pondok panas ini penting keran pengundi boleh ulang semak sama ada nama mereka ada ataupun tidak. Ini bukan sahaja memudahkan pengundi malah ia akan melicinkan lagi proses perjalanan pengundian pada hari itu. Alasan yang diberikan oleh SPR tidak boleh diterima kerana terang-terang ia bermotifkan untuk membantu BN yang sudah kehilangan ramai penyokong.

Siapakah Yang Akan Tentukan Agenda Mesyauarat Sidang DUN Perak 7 Mei?


Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak akan diadakan pada 7 Mei 2009. Satu tarikh terdesak, yang ditetapkan oleh DS Zambry tanpa persetujuan atau pengetahuan Speaker Dun V Sivakumar.

DS Zambry AK, tidak mempunyai pilihan, selain wajib mengadakan sidang DUN dengan segera kerana tempoh waktu mengenapkan enam bulan daripada tarikh sidang Dun terakhir diadakan hanya tinggal beberapa hari lagi.

Pembubaran DUM merupakan perkara yang paling ditakuti Umno/BN.

Beberapa kes mahkamah juga masih tergantung. Namun adalah dipercayai, ia akan diselesaika sebelum persidangan DUN itu. Kes saman DS Mohammad Nizar Jamaluddin yang mempertikaikan perlantikan Zambry sebagai menteri besar adalah antara kes yang tersangat relevan.

Jika perlantikan Zambry ini benar atau mengikut perlembagaan negeri, mengapa pula Zambry memohon mahkamah membuat periystiharan bahawa beliau adalah Menteri Besar yang sah?

Pada 7 Mei nanti, adalah dijangkakan bahawa satu “keributan” akan berlaku. Speaker Sivakumar masih berkuasa dalam DUN. Beliaulah yang akan menentukan segala perjalanan dalam DUN. Tentunya perkara asas yang menjadi persoalan ramai ialah kedudukan kerusi anggota DUN.

Persoalannya apakah susun atur kedudukan Adun ini sudah diatur semula. Kalau sudah dimaklumkan dan disusun semula kedudukannya, maka ia atas arahan siapa? Yang pasti bukan arahan speaker .

Pada persidangan DUN 7hb Mei nanti, tentu akan berlaku keributan terutama perebutan kerusi tempat duduk adun-adun. Zambry tentunya mahu menduduki kerusi pertama yang diduduki Nizar. Namun Nizar tentunya tidak akan berganjak kerana secara perlembagaannya beliau belum meletakkan jawatan sebagai menteri besar.

Mahu tidak mahu semuanya akan terpulang pada speaker. Inilah antara perkara yang akan menarik perhatian ramai. Selepas hal ehwal kedudukan kerusi ini selesai, siapa pula yang akan dijemput oleh speaker untuk menyampaikan watikah titah ucapan kepada Paduka Seri Sultan Perak yang akan bertitah merasmikan persidangan.

Apakah agenda persidangan ? Siapa yang akan menetapkan agendanya. Tentunya dengan kelulusan speaker ?

Yang pastinya, dengan segala apa jua dayanya, Zambry , Umno dan BN akan berusaha menghalang apa jua kuasa yang boleh diperintahkan oleh speaker.

Selasa, 28 April 2009

Emergency Motion to Dismiss The Perak Speaker


While Barisan Nasional leaders are coy about any motion to boot out the speaker at the May 7 state assembly meeting, Nga Kor Ming is already defending the speaker's right to reject motions brought before the house.


Pantai Remis assemblyman Nga Kor Ming said yesterday this was already shown when Malacca assembly Speaker Datuk Othman Mohamad rejected an emergency motion last week.

Nga said that if the speaker in Malacca could summarily reject a motion, so could Perak Speaker V. Sivakumar.

"You can't say that all that the BN speaker does is right and that all that a non-BN speaker does is wrong."


Nga said he was informed by sources within the state administration that BN would table an emergency motion to dismiss the speaker. "This is the first time that such a thing would happen in our country. I am sad and shocked,” he said. At the Malacca state assembly sitting on April 21, Othman only allowed Kesidang assemblyman Goh Leong San to read the title of the emergency motion, before he rejected it, saying that it was neither urgent nor involved public interest.

Resolusi Persidangan Bawah Pokok


Mesyuarat tergempar Dewan Negeri Perak telah diadakan pada 3 Mac 2009- "Persidangan Bawah Pokok"

Tiga Resolusi telah diluluskan di dalam mesyuarat tersebut, iaitu:

1) Dewan Negeri telahpun membuat undi kepercayaan terhadap Dato Seri Ir Haji Mohammad Nizar Bin Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak.

2) Dewan Negeri Perak dibubarkan dan suatu pilihanraya negeri diadakan. Dato Seri Nizar mengambil segala langkah berpatutan untuk membubarkan Dewan Negeri Perak.


3) Laporan Jawatankuasa Hak & Kebebasan yang bertarikh 18-02-2009 untuk mengantung Dr Zambry dan 6 yang lain iaitu; Encik Zainol Fadzi Paharuddin, Datuk Ramly Zahari, Puan Hamidah Osman, Datuk Saarani Mohamad, Encik Mohd Zahir Abdul Khalid dan Dr Mah Hang Soon telahpun dibentangkan dan diterima di bawah Perintah-perintah Tetap 26.

William : Mahkamah Menceroboh Dewan Negeri


Mahkamah tidak mempunyai kelayakan perundangan untuk mencabar sebarang keputusan yang dibuat oleh sesebuah Dewan Undangan Negeri atau Dewan Rakyat, kata peguam terkemuka William Leong.

Ketika membuat penghakiman dalam kes Speaker Perak, Hakim Alauddin Mohd Sheriff berkata keputusan Speaker itu adalah ultra vires dan tidak sah.

Menurut William, keputusan tersebut adalah bertentangan dengan doktrin pengasingan kuasa legislatif, eksekutif dan kehakiman yang menjadi teras demokrasi pentadbiran negara.

"Apabila Mahkamah Persekutuan membatalkan keputusan Speaker, bermakna mahkamah telah campurtangan dan menceroboh bidang kuasa institusi yang lain. Doktrin Pengasingan Kuasa telah tercemar," kata William.

"..... ini bermakna kedudukan mahkamah seolah-olah lebih tinggi dari DUN," tambah beliau.

William yang juga merupakan Bendahari Agung PKR melahirkan rasa kehairanan bagaimana hakim, ketika membuat keputusan boleh mengenepikan Artikel 72 Perlembagaan Persekutuan.

Lebih parah lagi, kata beliau keputusan tersebut telah membuka satu trend yang berbahaya kepada masa depan negara.

Jika inilah keadaannya, maka apa-apa keputusan yang dibuat sama ada di Parlimen atau mana-man DUN boleh dicabar di mahkamah.

Beliau tidak menolak kemungkinan ini adalah konspirasi politik bagi memastikan persidangan DUN Perak boleh diadakan oleh Kerajaan BN sebelum 13 Mei 2009.


-dipetik dari Suara Keadilan-
21-28 April 2009

Keputusan Mahkamah Persekutuan Kes Nizar vs Zambry


Mahkamah Persekutuan telah membenarkan bantahan awal yang dibuat oleh Dato Seri Nizar. Maka 'litar pintas' Zambry tidak dibenarkan oleh mahkamah. Kes akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 5 dan 6 Mei 2009. Isu 'siapakah MB yang sah' masih belum diputuskan lagi. Ini merupakan satu perkembangan yang baik pada hari ini.

Zambry Main 'Litar Pintas'


Dato Seri Zambry Abdul Kadir telah membuat permohonan untuk merujuk kes pertikaian 'Menteri Besar yang sah' ke Mahkamah Persekutuan. Beliau membuat permohonan pada 21 April 2009. Beliau menaruh harapan penuh bahawa beliau akan menang dalam Mahkamah Persekutuan dan akan menjadi Menteri Besar Perak yang sah. Untuk memenuhi hajatnya beliau telah memilih 'short cut' untuk mendapatkan keputusan 'mee segera' daripada Mahkamah Persekutuan. Beliau cuba melarikan diri daripada proses undang-undang yang biasa.

Kes ini merupakan kes yang mempunyai kepentingan awam. Setiap fakta perlu ditelitikan secara terperinci sebelum keputusan dibuat. Mahkamah Persekutuan seharusnya mendengar fakta kes ini terlebih dahulu. Jika sekiranya terdapat pertikaian dalam soal undang-undang barulah ia dirujuk kepada Mahkamah Persekutuan untuk pentafsiran perkara yang dibangkitkan. Dalam kes ini, sebelum fakta dibicarakan dalam Mahkamah Tinggi, Zambry mahu Mahkamah Persekutuan campurtangan dan membuat keputusan. Perkara ini adalah tidak adil.Dato Seri Nizar dinafikan haknya didengari di Mahkamah Tinggi terlebih dahulu. Kes yang difailkan oleh Nizar di Mahkamah Tinggi tidak mempunyai apa-apa makna jika Mahkamah Persekutuan membuat pentafsiran undang-undang terlebih dahulu tanpa menghiraukan fakta kes yang sebenar.

Zambry mahu Mahkamah Persekutuan untuk mentafsir:

1) Samada Sultan Azlan Shah mempunyai kuasa menolak permohonan Nizar untuk membubarkan DUN apabila beliau hilang kepercayaan DUN.

2) Apabila Sultan tidak mempersetujui permintaan Nizar, adalah dianggap Nizar dan EXCOnya telah meletak jawatan.

3) Apabila Nizar tidak mahu meletak jawatan, Sultan mempunyai hak untuk melantik Zambry berdasarkan Artikel 16(2) Undang-undang Tubuh Negeri Perak, selepas Sultan berpuas hati Zambry mendapat kepercayaan DUN.

Zambry mahu Mahkamah Persekutuan membuat pengiktirafan bahawa beliau merupakan Menteri Besar Perak yang sah dari tarikh perlantikannya iaitu 6 Februari 2009.


Zambry membuat permohonan kepada Mahkamah Persekutuan untuk mentafsir Artikel 16(2) Undang-undang Tubuh Negeri Perak. Persoalannya ialah samada Nizar hilang kepercayaan dalam DUN. Perkara ini perlu dipastikan terlebih dahulu.

Undi tidak percaya terhadap seorang Menteri Besar tidak boleh dibuat di kedai kopi atau kedai gunting rambut. Forumnya ialah Dewan Undangan Negeri. Undi tidak percaya terhadap Menteri Besar mesti dibuat di Dewan Undangan Negeri terlebih dahulu. Adakah ianya dibuat? Setiap orang ADUN yang hadir berhak mengundi. Dewan Undangan Negeri adalah 'platform' untuk menguji perkara ini. Jika ia tidak dibuat, bagaimana Zambry boleh membuat kenyataan bahawa Nizar telah hilang kepercayaan DUN. Perkara inilah yang sewajarnya menjadi persoalan dalam Mahkamah. Tetapi, soalan-soalan yang dikemukan oleh peguam Zambry tidak menyentuh perkara ini. Ianya telah dikaburkan semata-mata untuk mendapat tafsiran mahkamah yang berpihak kepadanya.

Yang perlu mengendalikan urusan undi tidak percaya terhadap Menteri Besar ialah Spaeker. Inilah proses demokrasi yang diamalkan di semua negara-negara komanwel. Zambry dan kuncu-kuncunya tidak melalui proses demokrasi ini dalam perlantikan mereka. Awal-awal lagi Zambry telah memilih 'litar pintas' untuk menjadi Menteri Besar. Adakah perlantikannya sah?

Speaker Diarah Untuk Menyerahkan Kembali Toyota Camry


Speaker Negeri Perak, V.Sivakumar diarahkan untuk menyerahkan kembali kenderaan rasminya iaitu Toyota Camry 2.4V (No Pendaftaran : AFD 999). Speaker dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri telah membuat keputusan supaya menarik balik kereta Toyota Camry daripada Yang Dipertua Dewan Negeri. Speaker akan diberi kereta Proton Perdana V6(Executive)yang lama sebagai kenderaan rasmi. Speaker telah menerima surat rasmi berkaitan dengan hal ini daripada En Shamshuzaman iaitu Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri Perak

Nizar Akan Cabar Artikel 63 Undng-Undang Tubuh Perak


Kes Dato Seri Nizar akan dibicarakan di Mahkamah Persekutuan pada jam 9.30 pagi ini. Nizar akan mencabar Artikel 63 Undang-undang tubuh Negeri Perak. Menurutnya, artikel ini adalah tidak sah kerana ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Seperti mana yang kita sedia maklum, apa jua undang-undang yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan adalah tidak sah ataupun ultra vires. Perlembagaan Persekutuan merupakan undang-undang tertinggi negara. Undang-undang Tubuh Negeri Perak tidak boleh bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Jika ada artikel yang tidak selaras dengan Perlembagaan Persekutuan, maka artikel itu tidak boleh diterima pakai. Artikel itu tidak sah di sisi undang-undang.

Nizar the failkan 'notice of motion' di bahagian Pendaftaran Mahkamah Persekutuan semalam melalui firma guaman Leong & Tan. Beliau menamakan Kerajaan Perak, Kerajaan Persekutuan dan Zambry sebagai responden-responden.

Nizar mempertikaikan bahawa pindaan Artikel 63 Undang-undang Tubuh Perak pada tahun 1996 adalah tidak sah. Artikel ini dipinda dalam Dewan Negeri Perak. Pada hakikatnya Dewan Negeri tidak mempunyai kuasa untuk meminda artikel itu. Selepas pindaan, artikel ini memberi kuasa kepada Mahkamah Persekutuan untuk mendengar isu-isu perlembagaan berkaitan dengan Negeri Perak. Pindaan ini sebenarnya bercanggah dengan Artikel 4(3) dan Artikel 4(4) Perlembagaan Persekutuan.

Selepas kemerdekaan, apa jua pindaan terhadap Artikel 63 Undang-undang Tubuh Perak perlu dibuat berdasarkan Artikel 162(1) Perlembagaan Persekutuan. Bidang kuasa Mahkamah Persekutuan hanya boleh ditentukan oleh Perlembagaan Persekutuan melalui pindaan yang dibuat dalam Parlimen. Undang-undang negeri tidak ada kuasa untuk menentukan bidang kuasa Mahkamah Persekutuan. Pindaan seperti ini tidak boleh dibuat melalui Dewan Negeri. Jika dibuat juga, maka pindaan itu tida sah kerana ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Nizar memohon supaya Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Zamry untuk merujuk kes ini ke mahkamah tersebut. Kes ini melalui proses undang-undang yang sepatutnya tanpa jalan pintas seperti mana yang dipohon oleh Zambry.Walau bagaimanapun kita akan mengetahui keputusan Mahkamah Persekutuan berkaitan dengan isu ini dalam beberapa jam lagi.

Isnin, 27 April 2009

Suasana Dibawah Pokok Demokrasi Pada 3/3/09


Beribu-ribu orang berkumpul di perkarangan Bangunan Perak Darul Ridzuan pada pagi 3 Mac 2009. Speaker dan ADUN tidak dibenarkan masuk untuk untuk bersidang di dalam Dewan Negeri Perak. Beratus-ratus polis ditugaskan untuk menghalang ADUN-ADUN daripada memasuki bangunan SUK. Akhirnya Speaker terpaksa menggunakan 'doktrin keperluan' untuk mengisytiharkan kawasan lapang di bawah pokok sebagai Dewan Negeri. Dinding dan bumbung bukanlah satu kemestian untuk dewan bersidang. Yang penting ialah ruang dan korum ahli-ahli dewan negeri. Di bawah pokok itu, ada kedua-duanya.Ada ruang untuk kami bermesyuarat dengan korum yang secukupnya. Maka sahlah persidangan Dewan Negeri pada 3 Mac 2009. Dengan peristiwa yang bersejarah itu, lahirlah 'Pokok Demokrasi' di Perak.

Nizar vs Zambry Di Mahkamah Persekutuan Esok


Dato Seri Zambry telah merujuk kes Dato Seri Nizar ke Mahkamah Persekutuan Esok. Ini merupakan jalan pintas yang dipilih oleh Zambry untuk mempercepatkan keputusan mahkamah sebelum persidangan DUN Perak pada 7 Mei.

Dato Seri Nizar pula telah memohon untuk 9 orang panel hakim. Keputusan untuk permohonannya belum diketahui lagi.

Maklumat Perbicaraan

1) Tarikh : 28 April 2009
2) Masa : 9.30 pagi
3) Tempat : Mahkamah Persekutuan

Benarkah Pakatan Rakyat Mahu Pulau Sidang DUN Perak 7 Mei?


Pakatan Rakyat sedang mempertimbangkan kemungkinan untuk memulau sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak 7 Mei ini. Menurut Setiausaha DAP Negeri Perak, Nga Kor Ming, Pakatan Rakyat mungkin memulaukan sidang DUN sebagai tanda protes.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sedang mendengar kes bagi menentukan siapa yang merupakan Menteri Besar yang sah bagi Negeri Perak. Sama ada Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dari Pakatan ataupun Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir dari Barisan Nasional (BN) belum diputuskan lagi, kata Nga Kor Ming yang juga merupakan ADUN Pantai Remis dan Ahli Parlimen Taiping .

Kes membabitkan Nizar dan Zambry telah ditetapkan untuk didengar pada 5 dan 6 Mei ini. Oleh yang demikian, Pakatan Rakyat akan mengadakan mesyuarat untuk memutuskan perkara berkaitan dengan sidang DUN ini, ulas beliau.

Nga menyarankan bahawa, pimpinan BN harus menangguhkan sidang DUN sementara menunggu keputusan kes. Dalam pada itu, Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri masih belum meneima agenda sidang minggu depan itu.

"Di bawah suasana atau situasi normal, agenda perlu diedarkan kepada kami dalam tempoh dua minggu sebelum sidang," Menurutnya lagi, beliau ada menerima maklumat bahawa BN akan mengemukakan usul untuk menggugurkan Speaker Dewan Negeri V. Sivakumar.

Tambahan pula, keputusan BN memanggil sidang DUN juga bertentangan dengan kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri pada 1 Mac bahawa sidang tidak seharusnya diadakan sehingga mahkamah memutuskan status kerajaan negeri. Datuk Seri Najib harus menjelaskan pendiriannya memandangkan orang bawahannya bertindak bertentangan dengan kenyataan awal beliau, kata Nga.

Selangor Speaker : Sitting Under The Tree, Is It Lawful?


Teng Chang Khim's view:

Perak State Legislative Assembly held its emergency meeting under a tree(The Malaysian Insider), at a car park(Malaysiakini) on 3rd March 2009. Is that lawful?


By convention and under normal circumstances, legislative assembly meeting should be held in the assembly building.


However, if that is not expressly provided either by the Constitution or the Standing Order, the meeting may be held at any place. That must has been the intention of the legislature for not fixing a designated place of the meeting.


More importantly, Parliament or Legislative Assembly is all about the assembly of the people's representives to make laws, not the place they meet.

Therefore, my humble opinion is that a meeting of the legislative assembly held either under a tree or at a car park is lawful.


From: tengchanghkim.blogspot.com

Posted on 3 March 2009

Abdul Aziz Melarang Pondok Panas & Perayu Undi di Penanti


SPR telah mengumumkan 31 Mei 2009, pilihanraya kecil DUN Penanti. Hari penamaan calon ditetapkan pada 23 Mei 2009.

Walau bagaimanapun, Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mengumumkan bahawa pondok panas dan perayu undi tidak dibenarkan dalam pilihanraya kecil Penanti. Sekali lagi SPR mencabul prinsip demokrasi. Apa salahnya 'pondok panas dan perayu undi' dibenarkan. Ini merupakan amalan kita dalam semua piliharaya umum dan pilihanraya kecil sebelum ini. Kenapa tiba-tiba hendak tukar peraturan?

Nampaknya SPR memang tidak neutral lagi. Ia telah dikuasai dan dipengaruhi oleh pihak-pihak tertentu. Kredibiliti SPR diragui. Kalau dibiarkan, SPR mungkin akan membuat peraturan baru untuk melarang ceramah politik sama sekali apabila menghadapi pilihanraya. Ini merupakan sesuatu yang perlu diberi perhatian oleh semua pihak. Perkembangan negatif seperti ini perlu ditangani awal-awal lagi. Jangan sampai nasi menjadi bubur. SPR mesti menarik balik peraturannya yang tidak membenarkan pondok panas dan perayu undi di pilihanraya kecil Penanti. SPR tidak seharusnya memberi sebarang alasan kerana ia akan menjejaskan keutuhan demokrasi di negara kita.

Tukar Speaker Perak - Agenda Utama Pada 7 Mei?


Mengikut laporan Bernama, Dr Zambry enggan mengulas kemungkinan BN mengemukakan usul untuk menukar Speaker Dewan Negeri Perak, V.Sivakumar semasa persidangan DUN pada 7 Mei ini.

Apakah ulasan anda mengenai isu ini?

Bahasa UMNO lain dari Bahasa Istana

Bercakap soal bahasa, tentu sekali bahasa yang UMNO digunakan sebagai sebuah parti politik yang dinaungi rakyat biasa tidak akan sama dengan bahasa Istana gunakan. Sebab itulah, wujudnya masalah yang seakan-akan nampak besar apabila UMNO menuduh Dato Seri Nizar, MB Perak sebagai penderhaka apabila beliau berkata "Patik mohon untuk sembah derhaka". 'Sembah derhaka' itu bahasa Istana. Sebab itulah UMNO pandai dan tahu untuk tidak memahaminya.

- MF OTHMAN-
dipetik dari Harakah
27-30 April 2009

Bank Negara Malaysia Perlu Mengurangkan Kadar Bunga


Bank Negara Malaysia mungkin perlu mengurangkan kadar bunga untuk pinjaman. Ini adalah kerana aktiviti-aktiviti ekonomi semakin merosot di Malaysai. Ini merupakan satu mekanisme untuk mempergiatkan ekonomi negara. Walaupun terdapat perangsang-perangsang fiskal yang nyata tetapi ia tidak akan memberi kesan yang memadai untuk mempercepatkan ekonomi. Adalah sukar untuk mengembalikan ekonomi negara ke dalam gelanggang positif bagi tahun 2009.

Adalah amat sukar untuk ekonomi negara pulih dalam tempoh terdekat. Ini adalah kerana beberapa sebab. Antaranya ialah:

1) Kejatuhan yang mendadak dalam permintaan global
2) Kejatuhan dalam harga komoditi-komoditi
3) Krisis kewangan yang melanda seluruh dunia
4) Kejatuhan dalam eksport
5) Pasaran tempatan yang semakin kecut

Dijangka 'Overnight Policy Rate' (OPR) basic points akan dikurangkan diantara 25% hingga 50%. Ramai pakar-pakar ekonomi berpendapat masih ada ruang untuk mengurangkan kadar tersebut.

Jawatankuasa Polisi Kewangan akan mengadakan mesyuarat pada hari rabu. Dalam 2 mesyuarat yang lalu, Bank Negara telah mengurangkan kos pinjaman dua kali iaitu sebanyak 75% dan 50%.

Dijangka ekonomi akan bertambah buruk dalam tempoh separuh tahun yang pertama. Oleh yang demikian tindakan atau polisi kewangan Bank Negara akan memberi kesan yang langsung dalam merangsangkan ekonomi negara.

Bank Negara tidak boleh terlalu konservatif dalam tindakan-tindakan mempergiatkan ekonomi negara. Jika perlu Bank Negara mesti bersedia mengurangkan OPR pada tahap yang maksima. Banyak lagi perkara-perkara yang perlu dilakukan dari segi polisi kewangan untuk memantapkan ekonomi negara.

Walaupun pengurangan kadar OPR akan memberi kesan-kesan negatif, tetapi ia adalah untuk jangka pendek sahaja. Ia akan memberi kesan negatif terhadap mereka yang menabung wang di institusi-institusi kewangan. Di Malaysia didapati kadar tabungan adalah 47.1%. Golongan 'penabung' ini akan menerima kadar bunga yang rendah bagi tabungan mereka.

Walau bagaimanapun, tindakan mengurangkan kadar bunga ini akan memberi kesan positif dalam jangka panjang . Perkara ini perlu diberi perhatian yang sewajarnya oleh Bank Negara.

Tindakan ini akan membolehkan lebih ramai orang berpeluang mengambil pinjaman bank. Ia akan memantapkan aktiviti pinjaman dalam suasana ekonomi yang lemah. Ia juga akan membantu dalam proses pemulihan ekonomi. Pekerja-pekerja juga tidak akan hilang pekerjaan, malah ia boleh mengekalkan kadar pengangguran pada tahap yang tidak memudaratkan. Tindakan ini juga boleh mengawal aktiviti-aktiviti 'loan shark' yang boleh mengambil kesempatan dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu.

Kerajaan Pakatan Rakyat Perak Prihatin Terhadap Orang Asli


Dalam tempoh pemerintahan Pakatan Rakat di Perak, ia telah menubuhkan sebuah pasukan khas mengenai tanah orang asli untuk mengiktiraf secara rasmi semua tanah adat orang asli di Perak selain melantik seorang pegawai orang asli yang ditugaskan untuk menyelesaikan semua masalah yang dihadapi orang asli di Perak.

Pakatan Rakyat juga telah membatalkan semua aktiviti membalak dan perladangan di kawasan orang asli di sekitar Gopeng yang sebelum ini telah menjejaskan lebih 2000 penduduk orang asli.

Dalam pada itu pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat juga kerapkali melawat tapak-tapak kediaman orang asli di Perak untuk mencari penyelesaian bagi masalah-masalah yang dihadapi oleh mereka.

Orang asli dibiarkan menderita sejak kemerdekaan. Mereka tidak dianggap sebagai masyarakat yang penting oleh pemerintah dahulu. Malah, banyak kegiatan-kegiatan ekonomi telah dimulakan di kawasan-kawasan orang asli tanpa menghiraukan kesejahteraan mereka. Orang-orang asli sudah hilang tempat pergantungan. Harapkan pagar, pagar makan padi, inilah situasi orang asli yang sentiasa menyokong BN dalam pilihanraya.

Ahad, 26 April 2009

Lim Kit Siang : May 7 Perak Assembly Meeting - Call it off!


The usurper Perak Mentri Besar Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir should call off the May 7 Perak State Assembly meeting as it is improperly convened against the Prime Minister, Datuk Seri Najib Razak’s public stand that the Perak State Assembly cannot meet until the court has ruled that the Barisan Nasional is the legal government in Perak.This was the position of Najib, who was then the Deputy Prime Minister, Perak UMNO Chairman and who personally orchestrated the undemocratic, unethical, illegal and unconstitutional power grab in Perak.

This is the Sunday Star report of March 1, 2009, headlined “Perak assembly cannot meet until court decides, says DPM” on Najib’s response to the convening of a State Assembly meeting by the Perak Speaker, V. Sivakumar which eventually became the historic “Tree Perak State Assembly”:

Sunday March 1, 2009

Perak assembly cannot meet until court decides, says DPM

KUANTAN: The Perak State Assembly Speaker cannot call an emergency sitting of the
assembly as the court has yet to decide on the status of the government, said Deputy Prime
Minister Datuk Seri Najib Tun Razak. “By right, the sitting should not be called as we are still awaiting the decision of the court. “We want to establish the fact that Barisan is the legal government to rule the state in accordance with the constitution,” he said after opening the national higher learning carnival at Universiti Malaysia Pahang (UMP) here yesterday.
On Friday, Speaker V. Sivakumar said the assembly would convene the sitting on Tuesday to
vote on two motions, including one seeking to dissolve the State Assembly.

Asked if the move was aimed at toppling the Barisan Nasional government, Najib said the
court’s decision would put the matter to rest. As up to now the Court has not made any decision that the Barisan Nasional is the legal government in Perak state, the May 7 State Assembly should not be convened and should be called off until there is such a judicial decision.

In the circumstances, any public posturings by Zambry that the Barisan Nasional will not participate in the“fight for chairs” to claim the seats of the Mentri Besar and the State exco members in the State Assembly is not only premature but presumptuous.

Five days ago on 21st April, Zambry filed an urgent application to the Federal Court for a declaration that he is the lawful Mentri Besar and he now expects such a declaration to be made by the Federal Court on Tuesday 28th April 2009.

For two-and-a-half months from Feb. 6 to April 21, Zambry did not move the Federal Court for such a declaration. What made Zamry think that the Federal Court could be at his beck and call, that he could successfully move the Federal Court to secure such a declaration in a matter of a week, when for two-and-a-half months from Feb. 6 to April 21, 2009 he did not make such an application to the Federal Court?

Does Zambry think he belongs to a special category of persons who is privileged to short-circuit the whole process of the administration of justice so as to move the Federal Court, the highest court of the land, to rush to judgment in his favour with inadequate notice to all the relevant parties concerned?Malaysians will be very shocked if Zambry succeeds in getting such a declaration from the Federal Court on Tuesday with such short notice.

Nizar Mahu 9 Hakim


Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mahu panel sembilan hakim bagi mendengar permohonan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir untuk Mahkamah Persekutuan memutuskan siapa Menteri Besar Perak yang sah.

Peguam Mohammad Nizar, Leong Cheok Keng, ketika dihubungi hari ini, berkata bahawa beliau telah menghantar surat kepada setiausaha bagi Ketua Hakim Negara Tan Sri Zaki Tun Azmi Rabu lepas dengan memohon panel hakim yang besar untuk mendengar perkara itu.

Antara alasan yang diberi untuk menyokong permohonan itu adalah perkara itu mempunyai kepentingan awam dan mereka mahu mengimbas semula isu aplikasi atau kesahihan Perkara 63 Undang-Undang Tubuh Negeri Perak. Leong berkata panel lima anggota hakim sebelum ini telah membahaskan Perkara 63. Mahkamah telah menetapkan Selasa ini untuk mendengar permohonan Zambry.

Adakah permohonan untuk 9 orang panel hakim akan diluluskan? Atau perkara yang sama seperti kes Speaker Perak akan diulangi dalam kes Nizar? Seluruh dunia sedang memerhatikan pekembangan undang-undang negara baru-baru ini.