Khamis, 23 April 2009

Nik Aziz : Islam Menentang Perkauman


Penentangan Tuan Guru Nik Abdul Aziz terhadap UMNO berdasarkan kepada hujah ilmu yang diambil dari al-Quran dan al-Hadis. Justeru, sangat sukar bagi pihak UMNO menolak hujah ini. Intisari hujahnya, berkisar bahawa UMNO adalah sebuah parti yang berasaskan assobiyah iaitu perkauman sedangkan Islam itu menentang perkauman kerana Nabi SAW sendiri tidak berjuang atas nama bangsa Arab, tetapi atas nama Islam. Ini asas hujah Tuan Guru yang tidak disangkalkan.

Pihak UMNO menjawab mengenai isu yang dibangkitkan bahawa UMNO membela bangsa Melayu bukan bersifat perkauman, tetapi kerana tanggungjawabnya membela bangsa Melayu dan Melayu sinonim dengan miskin di tanah airnya sendiri. Tuan Guru menjawab, membela orang miskin adalah wajar, tetapi bukan membela orang miskin kerana mereka berbangsa Melayu. Pemerintah berkewajipan membela rakyat miskin, sama ada Melayu, Cina, India, Kadazan, Murut, Bajau, orang asli dan sesiapa sahaja. Ini yang membezakan UMNO dan PAS. Lalu Tuan Guru menggesa "Marilah beramai-ramai meninggalkan UMNO dan menyertai PAS.

Dipetik daripada "Kemilai Peribadi, Nik Abdul Azis Nik Mat"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan