Isnin, 30 Mei 2011

DAP Tidak Pernah Hilang Sokongan Kaum India

Kenyataan Akhbar YB V.Sivakumar, Timbalan Pengerusi DAP Perak dan ADUN Kawasan Tronoh, 29 Mei 2011 di Batu Gajah.

Saya rasa sungguh kecewa dengan kenyataan yang dibuat oleh Presiden MIC Datuk G Palanivel bahawa ramai di kalangan ahli-ahli DAP telah keluar parti dan memasuki MIC. Ini adalah satu kenyataan yang tidak benar sama sekali. Mungkin ada beberapa orang yang keluar dari parti pembangkang kerana tidak tercapai agenda tersendiri. Perkara Ini tidak dapat dielakkan. Tetapi, ini tidak bermakna DAP dan parti-parti pembangkang yang lain telah hilang sokongan kaum India di negara ini.

Saya juga boleh membuktikan bahawa terdapat peningkatan dalam jumlah ahli DAP baru dari kalangan kaum India di seluruh negara. Ini menunjukkan bahawa semakin ramai yang menaruh harapan dan percaya kepada perjuangan DAP dan parti-parti pembangkang yang lain. Datuk G. Palanivel cuba mengelirukan rakyat dengan mengeluarkan fakta-fakta yang tidak berasas. Mungkin ada beberapa orang yang keluar parti pembangkang kerana kepentingan diri sendiri atau tujuan lain. Mereka ini bukan berniat untuk memperjuangkan masa hadapan seluruh rakayat Malaysia.

Jumlah ini tidak boleh diambil kira sebagai asas dalam tomahan beliau yang menyatakan bahawa ramai yang telah keluar daripada DAP dan parti-parti pembangkang yang lain. Saya meminta supaya Presiden MIC berhenti mengelirukan rakyat dengan fakta-fakta yang tidak benar. Tujuan beliau membuat kenyataan ini adalah semata-mata untuk meyakinkan para pimpinan UMNO bahawa MIC mula mendapat sokongan kaum India. Jika tidak MIC akan dianggap sebagai sejarah dan riwayatnya akan dimatikan oleh UMNO dalam pilihanraya akan datang. MIC sudah hilang tempat di hati UMNO. Ini dibuktikan dengan kenyataan Datuk Seri Nazri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, bahawa MIC tidak perlu diberi mana-mana kerusi untuk bertanding di Negeri Perak dalam Pilihanraya Ke 13.

DAP berjaya menarik perhatian dan sokongan kaum India di negara ini. Kami telah menubuhkan banyak cawangan–cawangan baru di seluruh Malaysia. Perjuangan DAP adalah untuk seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama. Pendekatan DAP telah diterima oleh semua lapisan masyarakat.

Persoalannya, dari manakah Datuk G Palanivel mendapat angka 20000 orang dari parti-parti pembangkang telah memasuki MIC sedangkan terdapat pertambahan dalam jumlah keahlian kaum India dalam DAP dalam tempoh 3 tahun kebelakangan ini?

Datuk G.Palanivel juga berkata MIC merupakan satu-satunya parti yang memperjuangkan dan membela kepentingan kaum India di negara ini. Beliau masih dalam alam khayalan. Nasib parti MIC itu sendiri pun masih tidak terbela. Dalam keadaan itu, bagaimanakah mereka akan membela nasib kaum India?

MIC tidak lagi relevan di negara kita. MIC merupakan satu parti yang telah hilang kepercayaan kaum India. Dalam pilihanraya yang lepas rakyat Malaysia telah menolak MIC di kebanyakan tempat yang mereka bertanding. Ini adalah kerana kegagalan parti itu untuk memperjuangkan kepentingan kaum India selama ini.

Sekarang mereka cuba menipu rakyat dengan pelbagai taktik kotor untuk kembali berkuasa. Kalau benar MIC memperjuangkan hak orang-orang India di negara ini, maka saya meminta Datuk G. Palanivel untuk menjawab soalan-soalan seperti berikut :

1) Kenapa MIC gagal untuk menjadikan mata pelajaran sastera Tamil SPM sebagai satu matapelajaran yang boleh diambil kira untuk kemasukan pengajian tinggi dan biasiswa?

2) Kenapa MIC tidak berjaya mengeluarkan novel Interlok dari sukatan pelajaran SPM walaupun buku itu telah menghina kaum India dan mendapat tentangan hebat daripada orang ramai?

3) Kenapa ramai di antara pelajar-pelajar cemerlang dalam SPM tidak diberi biasiswa luar negeri? MIC sepatutnya berasa malu untuk meminta pelajar-pelajar itu untuk membuat rayuan semula.

4) Kenapa pemimpin-pemimpin utama MIC berdiam diri apabila Ibrahim Ali mengugut mereka supaya jangan campurtangan berhubung dengan isu biasiswa JPA?

5) Kenapa MIC masih tidak dapat menyelesaikan masalah gaji minima yang dituntut oleh pekerja-pekerja ladang?

6) Kenapa MIC tidak mengambil langkah bantahan yang kuat apabila Nasir Safar, orang kanan kepada Perdana Menteri berkata, “Orang-orang India datang ke negara ini untuk meminta sedekah”?

7) Kenapa tidak ada apa-apa reaksi daripada pimpinan utama MIC apabila beberapa orang pemimpin UMNO berkata mereka boleh menang pilihanraya tanpa undi daripada orang-orang India?

8) Kenapa MIC tidak memastikan jumlah pengambilan pekerja India yang secukupnya dalam sektor awam di seluruh negara? Setiap kali apabila isu ini dibangkitkan, pemimpin MIC akan ‘cakap besar tapi terbukti tin kosong’.

9) Kenapa masih terdapat banyak lagi sekolah-sekolah Tamil bantuan modal di negara kita? MIC tidak dapat menyelesaikan masalah sekolah tamil ini dalam tempoh berpuluh-puluh tahun.

10) Kenapa ekuiti kaum India menurun dan tidak pernah bertambah dalam tempoh 50 tahun yang lalu? Adakah ini satu pencapaian yang boleh dibanggakan oleh MIC?

Datuk G Palanivel harus menjawab soalan-soalan yang dibangkitkan ini sebelum berani tepuk dada mengatakan kaum India menyokong perjuangan MIC sekarang. Jika tidak beliau dan pemimpin-pemimpin MIC harus berasa malu kerana mengeluarkan kenyataan yang tidak bernas itu.

Sabtu, 28 Mei 2011

Manusia Mati Meninggalkan Nama

Manusia Mati Meninggalkan Nama

Seperti  tiang seri teras perjuang keadilan
Akar tunjang menembus segala kesulitan
Jantung hati  menjadi perisai segala dugaan
Kekuatan jiwa budaya bertadarus keberanian
Tulang empat kerat benteng ombak cabaran
Pengamatan dunia membawa  arus perubahan
Tidak dayus dan tidak sujud di kaki kezaliman
Sahsiah tinggi sasaran membela kebenaran

Anjakan  peluru minda menuju kesucian
Menanam semangat bakti di tapak semaian
Pantang meniup api neraka permusuhan
Alam teruja dalam lantunan kalimah pendirian
Betah menghadapi suasana perit dan kedegilan
Bisa mengolah akal melangkaui Zaman
Petah bahasa menjangkau ufuk pemikiran
Pejuang ini mati meninggalkan belang
                                                                Oleh:
                                                                                V.Sivakumar

Khamis, 26 Mei 2011

BANTAHAN PENTERNAK DAN PETANI DI LAHAT



26 MEI 2011 - Lahat, Perak

Bantahan Penternak dan Petani di Kawasan Lahat. Mereka tidak mahu tanah pertanian itu dijadikan tapak pelupusan sisa pepejal sanitari yang dicadangkan oleh Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

BANTUAN KECEMASAN KEPADA KELUARGE MISKIN TEGAR DI BEMBAN



DAP Batu Gajah Utara memberi bantuan kecemasan kepada satu keluarga miskin tegar di Kampung Baru Bemban. Keluarga ini baru pindah ke kampung Baru Bemban lebih kurang 3 bulan yang lalu. Pasangan suami isteri mempunyai 5 orang anak. Anak sulung terpaksa berhenti Tingkatan 6 kerana masalah kewangan keluarga. 3 orang anak yang lain masih lagi belajar.

Ketua keluarga tidak mampu menanggung keperluan keluarga kerana beliau juga uzur. Beliau juga kelihatan seperti separuh lumpuh dan tidak dapat bekerja di mana-mana secara tetap. Masalah telah diadukan kepada pihak DAP oleh orang awam.
DAP Batu Gajah Utara telah melawat keluarga tersebut untuk melihat sendiri keadaan keluarga itu. Memang benar mereka hidup dalam keadaan serba kekurangan. Mereka tidak mempunyai barang makanan secukupnya. Oleh yang demikian pihak DAP Batu Gajah Utara telah memberikan sumbangan barang-barang makanan kepada keluarga itu untuk mengurangkan beban keluarga.

Keluarga itu juga mengadu bahawa mereka pernah berusaha memohon bantuan kebajikan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat, tetapi tidak ada apa-apa hasil. Tidak ada sesiapapun yang datang menghulurkan bantuan kepada keluarga ini. 'Saya akan merujuk kes ini semula kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat dalam tempoh terdekat' kata V.Sivakumar ADUN Tronoh. Harap bantuan diberikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat secepat mungkin kepada keluarga yang berada dalam keadaan yang papa kedana.

Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Sanitari Di Lahat


24 MEI 2011 - Lahat, Perak



Kementrian Perumahan dan Kerajan Tempatan di bawah Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara telah bercadang untuk membangunkan satu tapak pelupusan sisa pepejal sanitari di Lahad, Daerah Kinta. (1 km dari Papan, 4.5 km dari Pekan Lahad, 3km dari Pusing, 7 km dari Batu Gajah, 9 km dari Menglembu) Peruntukan telah disediakan oleh kerajaan persekutuan untuk melaksanakan projek ini,


Satu sesi dialog telah diadakan pagi semalam (23/5/2011) di Arena Square Batu Gajah oleh Perunding Alam Sekitar bagi projek ini iaitu Malaysian Environmental Resources Centre (MERC). Badan ini dilantik untuk menjalankan Kajian Penilaian Impak Alam Sekitar.


Mengikut statistk negara kita mempunyai 290 tapak pelupusan sisa pepejal. Daripada jumlah itu 114 akan ditutup atau tidak beroperasi. 7 merupakan tapak pelupusan sisa pepejal sanitari. Di Perak terdapat terdapat 20 tapak pelupusan sisa pepejal merupakan jumlah yang paling banyak di Semenanjung Malaysia. Manakala 9 tapak pelupusan sisa pepejal telah ditutup di negeri Perak. Meneteri Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Wira Chor Chee Heung bercadang untuk membina 9 tapak pelupusan sisa pepejal sanitari pada tahun 2011 untuk memproses 17 000 tan sisa dalam satu hari di Malaysia. Beliau bercadang membuka 2 tapak tersebut di Perak. Ini adalah satu langkah untuk untuk menukar semua tapak pelupusan sisa pepejal di Malaysia kepada tapak pelupusan sisa pepejal sanitari.


Mengikut statistik 2000 jumlah sisa terjana di Perak ialah 996,417 tan dan Daerah Kinta menjana sisa pepejal yang paling tinggi daripada jumlah tersebut iaitu 54%. Dianggarkan peningkatan 23% sisa pepejal pada tahun 2020 di negeri Perak.


Sekarang sisa pepejal di lupuskan di 3 tempat di Daerah Kinta iaitu Bercham, Kampar dan Batu Gajah. Kerajaan mencadangkan untuk membina satu tapak pelupusan sanitari seluas 588.11 ekar tanah di Lahad bagi menggantikan ketiga-tiga tapak pelupusan sisa pepejal.


Pertama sekali kenapa tapak baru dipilih di Lahad? Tempat ini adalah sangat kontroversial dan sensetif dikalangan penduduk-penduduk di sekitar kawasan ini. Dulu mereka telah dilanda dengan bahaya radioaktif Asia Rare Earth. Isu ini masih tidak diselesaikan sehingga ke hari ini. Penduduk kawasan ini hidup dalam kekhuatiran. Sekarang kawasan yang sama dipilih untuk pelupusan sisa pepejal sanitari. Tapak ini hanya 500 meter dari sempadan zon perumahan. Kenapakah kerajaan tidak mengenalpasti tapak yang lebih sesuai dan jauh daripada penduduk? Jangan membebankan penduduk Lahad dan sekitarnya dengan projek pelupusan sisa pepejal ini. Mereka risau tentang pencemaran dan masalah kesihatan yang lain akibat perlaksanaan projek ini. Tambahan pula nilai tanah dan bangunan di kawasann ini juga akan lumpuh jika kerajaan teruskan untuk menjadikan kawasan tersebut untuk pelupusan semata-mata. Walaupun kajian alam sekitar menjamin bahawa tidak akan berlaku pencemaran alam dan masalah kesihatan, tetapi persepsi masyarakat adalah sukar untuk diubah. Ini akan mengganggu nilai ekonomi harta di kawasan ini.


Pada masa yang sama, terdapat banyak aktiviti penternakan ikan, penternakan lembu, kambing, kerbau, kebun sayur-sayuran dan buah-buahan di sekeliling kawasan ini? Apakah nasib petani-petani ini? Adakah kerajaan akan memberi satu tapak baru bagi mereka untuk meneruskan aktiviti mereka atau mereka akan dihalau begitu sahaja? Mereka tidak mahu pampasan kerana mata pencarian mereka yang hilang. Kerajaan masih tidak menjawab persoalan ini. Perkara ini adalah antara yang pertama perlu diselesaikan oleh kerajaan negeri sebelum memulakan apa-apa usaha memulakan projek tapak pelupusan ini. Petani-petani di kawasan ini sebulat suara membantah tindakan kerajaan meluluskan tapak tanah tersebut untuk pelupusan sisa pepejal di Lahad.


Tidak seorang pun pegawai daripada SUK , Pejabat Tanah dan Majlis Daerah Batu Gajah menghadiri dialog semalam. Pegawai Daerah yang sepatutnya mengambil tanggungjawab penuh dalam projek ini juga tidak hadir. Tidak seorang pun ahli Majlis daripada Majlis Daerah Batu Gajah yang hadir semalam. Datuk Bandar sepatutnya berada bersama-sama untuk memberi penjelasan. Ini menunjukkan sikap tidak peduli, acuh tak acuh yang diambil oleh kerajaan negeri mengenai isu ini. Mengikut penganjur surat jemputan telah diberikan kepada semua jabatan yang terlibat.


Saya bersama YB Lim Pek Har ADUN Menglembu dan 3 orang bekas Ahli Maljlis Pakatan Rakyat telah membangkitkan beberapa soalan dalam sesi dialog semalam. Kebanyakkan soalan-soalan kami tidak dapat dijawab kerana jabatan-jabatan yang terlibat tidak hadir untuk memberi penerangan.


Antara persolan yang saya timbulkan ialah mengenai mekanisme operasi tapak pelupusan sisa pepejal ini:-


1) Siapakah akan menguruskan tapak itu? Kerajaan negeri, kerajaan tempatan atau kerajaan persekutuan?


2) Adakah projek ini akan diswastakan seperti Indah Water Konsortium?


3) Siapakah akan menanggung kos operasi?


4) Adakah rakyat akan dibebankan lagi melalui projek ini?


Satu kajian sampel telah dibuat daripada 443 orang disekitar kawasan in secara rambang oleh pihak MERC dan didapati 56.6% tidak bersetuju. Satu kajian yang lebih menyeluruh diperlukan sebelum kerajaan meluluskan pembinaan tapak pelupusan sisa pepejal sanitari di kawasan Lahat.

MEMBAIKI JALAN ROSAK DI PUSING



24 MEI 2011 -  PUSING, BATU GAJAH



Penduduk Taman Pusing Baru mengadu bahawa jalan masuk utama ke kawasan perumahan itu telah rosak. Mereka telah membuat aduan kepada Majlis Daerah Batu Gajah beberapa kali. Tetapi masalah ini tidak diselesaikan. Perkara ini juga dibangkitkan melalui media tetapi tidak ada apa-apa tindakan juga. Maka Pengerusi DAP cawangan Pusing telah mencabar Majlis Daerah Batu Gajah untuk memperbaiki jalan yang rosak itu dalam tempoh 1 minggu. Jika tidak mengambil tindakan lagi maka pihak DAP sendiri akan mengambil usaha untuk memperbaiki jalan tersebut.

Setelah satu minggu menunggu masih tidak ada apa-apa tanda pihak Majlis Daerah Batu Gajah menyelesaikan masalah yang kecil ini. Walaupun masalah ini kecil dan boleh diselesaikan dalam sekelip mata tetapi pihak Majlis Daerah Batu Gajah mengambil sikap tidak peduli.

“Kami risau tentang keselamatan pengguna jalanraya tersebut. Apabila hujan turun air bertakung di dalam lubang-lubang besar di jalan itu. Pada masa itu tidak kelihatan seperti jalan rosak atau berlubang kerana air mengalir di sepanjang jalan itu. Jika penunggang motosikal atau basikal menggunakan jalan itu, mereka akan terjatuh dalam lubang dan kemungkinan kemalangan yang lebih buruk berlaku di situ. Pernah ada orang yang jatuh kerana keadaan jalan yang rosak ini. Tambahan pula kereta yang melalui jalan itu juga boleh mengalami kerosakan jika tersungkur dalam lubang-lubang yang besar itu” kata V.Sivakumar, ADUN kawasan Tronoh.

Seperti yang dicabar oleh Pengerusi DAP cawangan Pusing, DAP telah mengambil langkah untuk memperbaiki jalan itu pada hujung minggu lalu. Orang ramai telah member sumbangan untuk membeli simen dan pasir bagi kerja-kerja memperbaiki jalan yang rosak itu. Tindakan DAP untuk memperbaiki jalan itu adalah penyelesaian sementara sahaja untuk mengelakkan apa-apa kejadian yang tidak diingini berlaku. Harap pihak Majlis Daerah Batu Gajah tidak mengambil perkara ini sebagai remeh. Tindakan menurap semula jalan yang rosak harus dilakukan dengan serta merta.

Rabu, 25 Mei 2011

PLAZA BATU GAJAH







18 MAY 2011 - Aduan Pegerai-pegerai Plaza Batu Gajah

Saya telah melawat Plaza Batu Gajah pada pagi 14 Mei 2011.


Telah menerima banyak aduan daripada pegerai-pegerai yang berniaga di Plaza Batu Gajah.


Saya telah melihat aduan yang dibuat oleh mereka.


Antara aduan –aduan yang dibuat oleh mereka ialah :-


1) Air kotor melimpah keluar daripada manhole di belakang Plaza itu. Mengeluarkan bau busuk yang melampau. Aduan juga dibuat oleh pelanggan-pelanggan mereka. Ini menjejaskan perniagaan mereka.


2) Beberapa manhole di belakang plaza telah hilang penutupnya. Pegerai-pegerai menutup manhole itu dengan papan dan batu. Manhole itu perlu ditutup dengan segera dan tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. Dikatakan bahawa penutup manhole sentiasa dicuri orang. Oleh yang demikian pihak berkuasa tempatan harus mencari jalan untuk mengelakkan pentutup manhole dicuri oang


3) Tong sampah yang diletakkan di belakang plaza itu juga kotar dan mengeluarkan bau busuk yang kuat. Menganggu selera makan di Plaza Batu Gajah. Lantai tempat letak tong sampah juga terlalu kotor dan perlu dibersihkan setiap hari.


4) Bumbung plaza batu gajah juga bocor. Air hujan masuk ke dalam plaza tersebut. Menganggu perniagaan pegerai-pegerai. Rugi kerana mereka juga membayar lesen dan sewa kepada Majlis Daerah Batu Gajah. Perlu diperbaiki segera .


5) Longkang-longkang di dalam plaza itu juga terlalu kecil dan sempit. Air ada kalanya melimpah keluar mengakibatkan lantai di dalam plaza bibanjiri air kotor. Pegerai-pegerai terpaksa membersihkan lantai tersebut.


Pihak Majlis Daerah Batu Gajah harus mengambil tindakan segera untuk menyelesaikan masalah yang dibangkitkan. Saya telah menghantar surat kepada setiausaha majlis daerah Batu gajah dan Pegawai kesihatan kinta untuk bertindak.

Jumaat, 20 Mei 2011

Perjuangan Mujahid

Perjuangan Mujahid

Kejahilan  mu  menjadi tangga jemukan kezalimannya
Puluhan tahun hidup mu tidak membawa makna
Impian mu tidak ada nilai dalam budaya gula-gula
Jangan terpukal dengan hujah manisan tidak bermaya
Sebuah perjuangan berjiwa mujahid akan tekal bercahaya

Santun dah hikmah bukan lagi landasan mereka
Membuat aib dan fitnah mewarnai zaman celaka
Khazanah negara dibolot ulat-ulat berbisa
Jangan melentur hati dengan momokan pendusta
Sebuah perjuangan berjiwa mujahid akan tekal bercahaya

Pertiwi dibancuh dalam bala ras dan agama
Keadilan  diperkosa dalam linangan air mata
Insan sohor  dan soleh tidak pernah melatari durjana
Jangan mendakap  dacing  di malam hangat membinasa
Sebuah perjuangan berjiwa mujahid akan tekal bercahaya

Oleh
YB V.Sivakumar

Jumaat, 6 Mei 2011

MISKIN 1MALAYSIA


05 MAY 2011

Saya bersama ahli-ahli Pusat Khidmat DUN Tronoh telah menziarahi sebuah keluarga miskin yang tinggal di Kampung Baru Bemban. Keluarga ini hidup dalam serba kekurangan. Keluarga terdiri daripada pasangan suami isteri dengan 5 orang anak. Hanya 2 orang anak sahaja yang masih belajar dan yang lain telah berhenti sekolah. Pasangan suami dan isteri ini tidak bekerja. Suami menghidapai masalah kesihatan iaitu sakit jantung dan juga kelihatan seperti kena strok satu belah. Beliau sedang mendapatkan rawatan.

Keluarga ini tiada wang untuk perbelanjaan harian. Bekalan air dan eletrik telah dipotong selama 4 bulan. Hidup mereka dalam kegelapan. Nasib malang, mereka tidak mendapat bantuan dari mana-mana pihak. Keluarga ini pernah meminta bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat. Tetapi, sebarang tindakan tidak diambil oleh pihak-pihak berkenaan.

Pusat Khidmat DUN Tronoh telah membeli bekalan makanan dan telah mengatur untuk penyambungan semula bekalan elektrik.

DIALOGUE SESSION - PROBLEMS FACED BY FISHERMEN - PANTAI REMIS


05 MAY 2011

DAP MP Beruas Service Centre organises a dialogue session with LKIM, Fisheries Department and Marine Police on 5/5/2011, 8 pm at Dewan Saudagar Ikan, Pantai Remis in order to resolve the critical problems faced by the fishermen.

PRESS STATEMENT - DISMISSAL OF NUJ PRESIDENT



05 MAY 2011

The dismissal of the NUJ President, Hatta Wahari by Utusan Malaysia is most unreasonable and a vengeance against outspoken pressmen who dare to tell the truth. The people of Malaysia should boycott the paper which spread lies, hatred, racism and resorted to dirty politics so to show the world all Malaysians will unite as one to combat racism.

(太平5 日讯)


吡州行动党今日炮轰<马来前锋报>公私不分,开除大马新闻从业员职工会主席哈达瓦哈里(Hata Wahari)以达秋后算帐的隐议程,该党同时呼吁人民杯葛该報让鼓吹种族主义的该报走入历史。

行动党州秘书兼太平区国会议员倪可敏今日指出,大马新闻从业员职工会主席哈达瓦哈里在其新年献词批评大马主流媒体勿沦為政党工具,不惜捏造事实,同时劝喻媒体勿搞种族政治是中肯之言,更何况他是以大马新闻从业员职工会主席的身份发言,但<马来前锋报>却以此对哈达展开内部听证会,不允许哈达请律师辩护的情况下就开除他以示惩罰,这是公私不分、假公济私的最坏示範。“欲加之罪、何患无词?前锋报的做法令有良知的人感到羞耻。”他表示。

倪可敏强调,《前锋报》应该尊重新闻从业员职工会理事会对外发表立场的基本权利,因为這正是职工会的职责以捍卫会员的权益。他说,哈达瓦哈里是以职工会官员身份,发表其言论;若《前锋报》不同意,大可公开反驳而非秋后算账。

也是班台州议员的倪氏在太平的一项座谈会上指出,哈达如今被开除,步上了前职工会主席亚吉(Yazid Othman)和安然阿末(Amran Ahmad)的后尘,后两者皆因参与职工会活动而被《前锋报》开除。亚吉奥曼更在1984年到1988年间,担任职工会主席。 “前锋报的公信力现巳岌岌可危,它一意孤行执意对付哈达,该报将更早遭读者送入博物院成为历史!”他强调。

倪氏表示,民联执政吡州时就对前锋報采取“不购买、不订阅及不刊登广告”的三不政策以示对该报鼓吹种族主义的抗议,他呼吁有正义感的人民加入杯葛该报的行列。

倪可敏指出,根据最新的全球新闻自由排行榜,大马排名今年再度倒退两位,在全世界196个国家当中排行跌至第143位,处于“不自由国家”。跟大马同样排行在第143位,同样获得64分的还有两个国家,即非州的安哥拉和马达加斯加。“若政府再不反省,我国排名将来沦为世界倒数十大也不出奇!” 倪氏表示。

Khamis, 5 Mei 2011

JAMUAN MAKAN MALAM PR DI KUALA KANGSAR


01 MEI 2011 - KUALA KANGSAR

Jamuan Makan Malam anjuran Pakatan Rakyat Kuala Kangsar pada 1hb Mei 2011. Program bersama ketiga-tiga parti DAP, PAS dan PKR diadakan bertujuan untuk mengutip dana bag i PRU13. Turut hadir bersama di majlis ini adalah YB Senator Ramakrishnan, Sdr Mat Sabu, YB Thomas Su, Dr Manuty, YB Dr Lee Boon Chye.
Program telah berlangsung dengan jayanya. Ia juga telah mencerminkan satu lagi program yang membuktikan hubungan kukuh di antara parti-parti Pakatan Rakyat di Perak.