Jumaat, 10 April 2009

Suruhanjaya Pilihanraya Lebih Berkuasa Daripada Dewan Negeri


Mahkamah Persekutuan membuat keputusan bahawa Suruhanjaya Pilihanraya mempunyai kuasa untuk menentukan kekosongan kerusi Dewan Negeri. Keputusan ini telah mencabar kuasa Speaker dan Dewan Negeri itu sendiri. Ini merupakan satu 'titik hitam' dalam sejarah dan undang-undang komenwel. Hak Dewan negeri telah dicabar oleh eksekutif. Mahkamah pula telah berpihak kepada pihak eksekutif. Pertindihan yang nyata telah berlaku dalam doktrin pengasingan kuasa yang menjadi asas kepada sistem demokrasi. Demokrasi di Malaysia menjadi reput dan dipermainkan oleh pihak eksekutif.

Suruhanjaya Pilihanraya mempunyai hak menentukan kekosongan kerusi Dewan Negeri? Ini merupakan satu penghinaan terhadap Dewan Negeri Perak. Dewan Negeri tidak ulung lagi apabila phak-pihak lain campurtangan dalam urusan-urusan Dewan Negeri. Ini amat memalukan Dewan Negeri dan ahli-ahlinya. Sepatutnaya semua masalah Dewan dan isu-isu yang dipertikaikan hanya boleh diselesaikan oleh Dewan itu sediri. Kuasa luar tidak boleh mempersoalkan atau campurtangan. Tetapi doktrin pengasingan kuasa telah dibinasakan apabila Suruhanjaya Pilihanaya diberi kuasa untuk campurtangan dalam menentukan komposisi kerusi Dewan Negeri.

Mahkamah Persekutuan juga telah membuat keputusan bahawa ketiga-tiga ADUN yang melompat adalah kekal sebagai ahli Dewan Negeri. Dalam kata lain, Keputusan Speaker yang mengatakan mereka telah letak jawatan telah diketepikan oleh 5 orang panel hakim Mahkamah Persekutuan. Hakim-hakim bijaksana yang membuat keputusan ini ialah :

YA. Alauddin Mohd Sheriff
YA. Arifin Zakaria
YA. Nik Hashim Nik Abd Rahman
YA. S. Augustine Paul
YA. James Foong

Keputusan Mahkamah Persekutuan yang memberi kuasa berlebihan kepada Suruhanjaya Pilihanraya pada 9 April 2009 akan mengikat Dewan Rakyat dan semua Dewan-dewan Negeri yang lain. Walaupun Perlembagaan Persekutuan iaitu undang-undang tertinggi negara tidak memberikan kuasa sedemikan kepada Suruhanjaya Pilihanraya, tetapi ia akan mewarisi kuasa baru diluar bidangkuasa. Mahkamah Persekutuan telah membuat keputusan berpihak kepada Suruhanjaya Pilihanraya. Apa kata Mahkamah rakyat?

3 ulasan:

  1. takpe YB, pas PR perintah Malaysia nanti kita akan adili balik kesemua hakim korup yang sepertimana YB nyatakan kat atas. Lagi syok sebelum kita tutup Kem Kamunting kita beri peluang pada semua hakim2 kat atas berishtirehat kat kem tersebut 10-11 tahun....

    BalasPadam
  2. itu dah namanya membalas dendam...ada ke agama Islam mengajar begitu?

    kedaulatan negara ini tertubuh dengan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu...
    Kalaulah sanggup mempertikaikan keputusan Sultan, adakah itu mengikut perlembagaan?

    memang melayu sudah mula banyak yang lupa....
    kita nak mentadbir kerajaan tak boleh ada sifat dendam-mendendam ni. bukan sifat pemimpin sebegitu...

    kita kena belajar banyak benda sebelum layak nak menghukum orang...

    jom join facebook saya, ni ID: vetovector@gmail.com

    kita sama2 bertukar fikiran...bukan bertukar kemarahan...emosi selalu menumpulkan akal... ;-)

    BalasPadam
  3. will be visile after approval?
    sungguh tak demokrasi....

    BalasPadam