Khamis, 16 April 2009

Adakah Majlis Peguam Akan Berdiam Diri?


Mahkamah Persekutuan telah membuat satu sejarah baru dalam dunia komenwel dengan meniadakan kuasa Speaker berkaitan dengan hal-ehwal Dewan Negeri. Ini merupakan satu tamparan kepada amalan doktrin pengasingan kuasa yang mejadi tunggak kepada demokrasi sesebuah negara. Hari ini merupakan 'hari kematian' Montesquie bapa doktrin pengasingan kuasa yang termahsyur. Apakah pandangan Majlis Peguam Malaysia berkaitan dengan perkembangan terbaru ini?

8 ulasan:

  1. Malaysia ada undang-undang kah ?

    BalasPadam
  2. Malaysia mengamalkan undang undang hutan

    BalasPadam
  3. undang2 ada tapi tak pakai betul2. mungkin nak cuba undang2 hutan bakau.

    BalasPadam
  4. malis peguam sila komen dan ambil tindakan.kalau oleh ngadap agong..mohon mengadap.

    BalasPadam
  5. You think you can solve by seeing Agong?
    If a Datukship can be conferred for RM 30k, imagine what UMNO can offer?

    It's an unwritten rule. You wont find it in any buku undang undang.

    BalasPadam
  6. Kamu faham atau tidak, Perlembagaan Persekutuan tu dapat membatalkan semua undang-undang yg bercanggah dengannya. Bagi saya tiada keraguan dalam keputusan M Persekutuan itu.

    BalasPadam
  7. Apa Bar Council mahu sibuk-sibuk. Kalau berani panggil la Bar Council tanding pilihanraya. Big hypocrit, big liar!

    BalasPadam
  8. Kepada Tanpa Nama (2009 April 16 23:52,

    Apa yang saudara kata itu betul. Tapi, saudara harus tahu maksud PERCANGGAHAN di sini.

    PERCANGGAHAN = Penggubalan undang-undang yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan,

    ATAUPUN

    PERCANGGAHAN = pelaksanaan undang-undang yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

    Sebenarnya, apa yang dilakukan oleh YB Speaker LANGSUNG tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Hal ini kerana dalam Perkara 72 yang berkaitan dengan keistimewaan Dewan Undangan;

    (1) Kesahan apa-apa prosiding di dalam Dewan Undangan mana-mana Negeri tidaklah boleh dipersoalkan di dalam mana-mana mahkamah.

    (http://wikisource.org/wiki/Perlembagaan_Persekutuan_Malaysia/Negeri-Negeri)

    Kepada Tanpa Nama (2009 April 17 01:45),

    Majlis Peguam dibentuk oleh peguam-peguam yang berkelayakan. Kelayakan di sini bermaksud mereka BENAR-BENAR arif tentang soal-soal yang berkaitan dengan undang-undang.

    Jadi, Majlis Peguam ini dijadikan tempat merujuk soal-soal yang berkaitan dengan undang-undang kerana mereka BENAR-BENAR terlatih dalam bidang ini.

    BalasPadam