Jumaat, 10 April 2009

Puteri Dijunjung Pemuda Dihina


Ketua Puteri UMNO Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin telah dilantik sebagai Timbalan Menteri Kesihatan. Manakala Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin tidak diberi apa-apa jawatan dalam pentadbiran kerajaan. Ketua Puteri UMNO dianggap lebih penting daripada Ketua Pemuda UMNO. Sungguh memalukan kepada seluruh Pemuda UMNO kerana maruahnya dicabar. Apakah Pemuda UMNO akan berdiam diri dengan menerima kenyataan bahawa Puteri UMNO perlu lebih dihormati? Nampaknya sumbangan Ketau Puteri UMNO adalah lebih daripada sumbangan Ketua Pemuda UMNO. Itulah sebabnya pengiktirafan diberikan kepada Ketua Puteri UMNO.

Menurut Khairy, beliau dinasihatkan oleh Perdana Menteri untuk menumpukan perhatian dalam mengutuhkan Pemuda UMNO sebagai kerja sepenuh masa. Katanya beliau sanggup menerima nasihat Perdana Menteri dengan hati terbuka. Bukankah ini merupakan satu alasan yang sunguh kelakar?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan