Selasa, 21 April 2009


Kenyataan Media YB V.Sivakumar, Yang Dipertua Dewan Negeri Perak pada 21 April 2009

Buktikan Bahawa Rundingan Dibuat Sebelum Notis Dikeluarkan

Saya akan membuktikan bahawa kenyataan akhbar yang dibuat oleh Timbalan Presiden Gerakan Datuk Chang Ko Youn adalah tidak berasas. Beliau membuat kenyataan bahawa Speaker Negeri Perak membenarkan pihak lain membuat keputusan bagi pihaknya. Tidak ada sesiapa yang memberi nasihat kepada saya, kecuali peguam-peguam saya berkaitan dengan hal-hal undang-undang. Ini adalah satu tomahan untuk menjatuhkan kredibiliti saya. Saya memberi amaran kepada beliau supaya jangan campurtangan dalam kerja-kerja saya sebagai Speaker Negeri Perak. Saya bukannya budak kecil dan tidak berpendidikan. Saya tahu apa saya buat. Pihak lain tidak perlu ‘mencuci otak’ atau mempengaruhi saya.

Saya menjalankan tanggungjawab yang diberikan oleh rakyat Perak. Saya juga mahu kemuliaan Dewan Negeri Perak tidak dicemari oleh mana-mana pihak kerana persaingan politik. Saya tunduk kepada demokrasi dan keadilan.

Menurut Datuk Chang, saya akan membuat satu keputusan dan kemudiannya saya akan mengubah keputusan itu selepas betemu dengan pemimpin-pemimpin DAP. Dalam kata lain, beliau menuduh saya sebagai seorang yang tidak mempunyai pendirian. Ini adalah satu kenyataan yang berbau fitnah.

Berkaitan dengan isu notis yang dikeluarkan oleh Setiausaha Dewan tanpa berunding dengan saya, saya mencabar Setiausaha Dewan untuk membuat kenyataan akhbar tentang apa yang benar-benar berlaku. Saya akan membuktikan beliau salah jika beliau mengikut telunjuk mana-mana pihak dan mengatakan rundingan telah dibuat terlebih dahulu sebelum mengeluarkan notis persidangan.

Saya juga mempunyai banyak bukti-bukti bahawa notis dikeluarkan tanpa berunding dengan saya. Saya bersedia untuk menyahut cabaran daripada Setiausaha Dewan jika beliau cuba menafikan kenyataan saya. Saya menegaskan lagi bahawa saya tidak dirunding oleh mana-mana pihak tentang penetapan tarikh persidangan dan saya juga tidak memberi arahan untuk mengeluarkan notis tersebut. Semuanya dibuat tanpa pengetahuan saya. Saya diabaikan sama sekali dalam soal ini.

Selepas membuat kesilapan besar, sekarang usaha-usaha dibuat untuk memperkecilkan dan memalukan saya. Ini merupakan satu strategi untuk menjatuhkan akhlak peribadi saya.


V.Sivakumar
Yang Dipertua
Dewan Negeri Perak

3 ulasan:

  1. Salam Tuan Speaker,

    Pls ensure suspension of State assembly secretary is validly done and rampas segala kuasa and whatever property (Speaker,Dun letter head, key to the Assembly hall, cop mohor dewan etc) to prevent Bn from using assembly seretary and state secretary to convene assembly without speaker whereby they will vote later to remove Tuan Speaker and intall katak tempang as the new speaker. Tuan Speaker is the only thing standing between perak Govt's throne and bn. And pls be careful.

    BalasPadam
  2. Mr Speaker

    We agree with you. Don't bother them!. Anyway you still can hold the meeting underneath pokok kelapa!

    He he he....

    BalasPadam
  3. Ini macam sudah lawan towkay.

    Saya punya opis, kalau lawan towkay, guard sudah kasi eskort keluar gate pasal opis kita orang ada undang-undang.

    Ini Perak ada undang-undang kah ?

    BalasPadam