Rabu, 29 April 2009

Usul Pecat Speaker Perak Telah Diumumkan


Loporan Malaysiakini mennyatakan bahawa Pejabat Setiausaha Dewan Negeri Perak telah menerima satu usul untuk melucutkan V.Sivakumar dari jawatan Yang Dipertua Dewan Negeri. Usul ini bertarikh 22 April 2009. Ia diserahkan di Pejabat Setiausaha Dewan Negeri pada 23 April 2009.

Usul ini dicadangkan oleh DS Dr Zambry Abdul Kadir dan disokong oleh ADUN Sg Rapat Dato Hamidah Osman.

Menurut Setiausaha DUN Perak (yang telah digantung tugas oleh Speaker), Abdullah Antong Sabri, usul tersebut telah diberi notis untuk dibawa di dalam Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua, Dewan Negeri Perak yang ke-12 iaitu pada 7 Mei 2009.

Sekiranya usul diluluskan dalam mesyuarat tersebut, maka urusan mesyuarat berikutnya ialah pemilihan Speaker Dewan Negeri yang baru.

Abdullah Antong, telah menghantar sepucuk surat yang bertarikh 27 April 2009 kepada semua ADUN-ADUN Negeri Perak. Dalam surat itu, beliau menyatakan tentang pemerimaan usul melucutkan jawatan Speaker yang diterima oleh pejabatnya pada 23 April 2009. Berkenaan dengan perkara ini, ADUN-ADUN diminta mengemukakan cadangan nama bagi calon Speaker yang baru. Berserta dengan surat itu, borang pencalonan Speaker baru juga dikepilkan. ADUN-ADUN diminta memberi cadangan pencalonan selewat-lewatnya 30 April 2009.

Speaker Dewan Negeri V.Sivakumar masih belum melihat kandugan surat yang dihantar oleh Abdullah Antong kepada ADUN-ADUN Negeri Perak. ADUN-ADUN lain mengesahkan penerimaan surat tersebut.

5 ulasan:

  1. Kuasa siapa lebih besar dalam sesebuah DUN ? Kuasa Speaker kah ? Kuasa Setiausaha yang dah kena gantung kah ? Ini juga mendatangkan satu lagi konflik untuk negeri Perak! Oleh itu adalah wajar SPRM menyiasat Abdullah Antong Sabri yang menyalahgunakan kuasa yang dia sendiri sudah tidak berkuasa sebab digantung oleh bossnya!

    Inilah nasibnya bila kerajaan yang dibentuk dari mandat rakyat dirampas oleh lanun politik dan menubuhkan kerajaan haram dari kaca mata demokrasi tetapi halal pada mereka yang rakus berkuasa dan menggunakan seluruh agen dan badan kerajaan untuk kepentingan kediktatoran yang tersembunyi.

    Rakyat semakin menyampah dengan gelagat jalang dan sumbang kuasa Umno/Bn. Musim menumbangkan Umno/Bn sudah tiba masanya untuk menyelamatkan rakyat dari kezaliman berlarutan. Yang kaya bertambah kaya, yang miskin semakin papa kedana nanti!

    BalasPadam
  2. Apa nak jadi ni???
    Bukan ker yang duk antor surat tu dah digantung tugas?
    Siapa sebenarnya yang berkuasa di DUN?

    Adoiii!!!!!
    Dah jadi cacamerba dah DUN Perak ni!!!
    Mengecewakan..... teramat mengecewakan!

    BalasPadam
  3. Abdullah Gantong telah di pecat olih speaker tetapi anih masih cuba menunjuk kan kuasa, buat malu orang Perak. Kalau dah kena pecat tu blah la dan jangan lupa yang langit tidak selalu cerah, esok ke lusa ke kena belit dengan UMNO baru padan muka. Antong antong nanti terbalik keadan nya maka awak sorang yang kena jawab, jangan ingat Zambrie akan tolong.
    The best thing at the moment is to make a report with the police and SPRM as for this guy-Antong- is abusing his power.

    BalasPadam
  4. Buang masa saja nak report kat SPRM suruh siasat Si Antong ni. SPRM kan satu team ngan depa, tak kan nak siasat kut. Paling tidak makan masa berjuta tahun atau tiada kes.

    Kita tunggu lihat apa akan jadi ngan persidangan tu baru kita tahu siapa yg berkuasa, siapa gila kuasa & siapa yg bodoh piang.

    Celaru sungguh Perak ni, ingatkan negara luaq saja yg ada krisis politik, negeri kecik mcm ni pun bercelaru.

    Padan muka hampa yg dok pilih Be-END sangat.

    BalasPadam
  5. Lepas PR menang pilihanraya nanti, pastikan SPR, SPRM, hakim-hakim dan ahli-ahli politik yang korup ini dibicarakan.

    BalasPadam