Khamis, 23 April 2009

Pengasingan Kuasa Makin Punah


Ketua Penerangan PAS Pusat Dato' Mahfuz Omar menegaskan sudah tiada lagi konsep pengasingan kuasa di negara ini, apabila mahkamah boleh mencampuri urusan kuasa speaker.

"Apa yang berlaku ini memberikan gambaran bahawa Mahkamah Persekutuan tidak menghormati konsep pengasingan kuasa yang sudah sedia ada di negara ini. Ia makin punah!"

Beliau kesal bila mahkamah membuat keputusan tanpa memikirkan kesan kepada kuasa speaker yang mana selama ini amat dihormati.

Ahli Parlimen Pokok Sena ini turut menjelaskan PAS boleh menerimas apa saja keputusan mahkamah jika ianya telus dan tidak berat sebelah.

Namun tegas beliau, dalam kes di Perak ini, jelas keputusan yang dibuat oleh Mahkamah kerana hanya mahu menyelamatkan satu pihak yang ingin terus mengekalkan kuasa tanpa memberikan peluang kepada rakyat untuk menentukannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan