Ahad, 12 April 2009

Makan Malam DAP Sg Siput




Pada 11 April 2009 (8.30pm), Speaker Perak menghadiri Makan Malam anjuran DAP Sungai Siput. Lebih daripada 1200 penyokong datang untuk meraikan kemenagan Pakatan Rakyat di Bukit Gantang. Turut hadir ialah YB Lim Kit Siang (Ahli Parlimen Ipoh Timur) dan YB Ngeh Koo Ham (Ahli Parlimen Bruas & ADUN Sitiaawan). Program ini dipengerusikan oleh YB Leong Me Meng (ADUN Jalong).

YB Sivakumar dalam ucapannya menyatakan bahawa dalam pilihanraya kecil Bukit Gantang beratus-ratus kereta Polis dibawa masuk ke kawasan itu. Sepanjang jalan utama dapat dilihat berderet-deret kereta polis bagaikan nak perang. Kenapa merugikan masa dan tenaga polis dengan sia-sia. Banyak kes-kes rompak, dadah, bunuh, colek, ugut, rogol dan macam-macam lagi yang belum diselesaikan. Tapi, Bukit Gantang diberi tumpuan.

Berapa jutakah dibelanjakan untuk menampung polis-polis ini di Bukit Gantang selama lebih kurang 10 hari? Duit rakyat boros dibelanjakan lagi dalam keadaan negara mengalami kegawatan ekonomi .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan