Sabtu, 11 April 2009

Pakatan Menaikan Elaun Ketua Kampung

Warga Perak dan seluruah rakyat Malaysia perlu diingatkan bahawa elaun bulanan ketua kampung dinaikan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat sebelum dirampas kuasa oleh Barisan Nasional. Ini merupakan satu tindakan untuk menghormati dan mengenang jasa ketua-ketua kampung di negeri Perak. RM 4.88 juta disediakan untuk kenaikan elaun bulanan Ketua-ketua Kampung. Setiap ketua kampung diberi elaun RM 400. Sebelum itu, semasa pemerintahan Barisan Nasional ketua-ketua kampung hanya dibayar elaun bulanan sebanyak RM200 sahaja. Tambahan pula Kerajaan Pakatan Rakyat juga telah menentukan elaun setiausaha JKKK sebanyak RM200.

Elaun Ketua kampung dan setiausaha JKKK ditingkatkan supaya institusi ini akan berfungsi dengan lebih efektif. Jika Ketua-ketua kampung dan setiausaha JKKK boleh menyelesaikan masalah tempatan dengan cekap dan berkesan, maka ini akan meringankan beban Kerajaan Negeri. Ini juga akan memudahkan penduduk-penduduk tempatan kerana masalah-masalah mereka boleh ditangani dengan segera. Kerajaan Pakatan Rakyat tidak mahu rakyat tempatan menjadi mangsa 'kini gatal esuk digaruk'

Tiada ulasan:

Catat Ulasan