Khamis, 9 April 2009

Pilihanraya Bukit Gantang "Satu Kemenangan Untuk PR Tetapi Bukan Untuk Demokrasi"


Kemenanagan PAS di Bukit Gantang memberikan satu tamparan yang hebat kepada Datuk Dr Zambry dan kuncu-kuncunya di bumi Perak. Rakyat Bukit Gantang telah membuktikan bahawa tindakan zalim Barisan Nasional di Perak tidak mendapat "Restu Rakyat". Adalah amat memalukan untuk pemimpin-pemimpin Barisan Nasional yang begitu angkuh dan ganas dalam pilihanraya ini. Walaupun media massa dipergunakan sepenuhnya untuk berpihak kepada Barisan Nasional, tetapi ia tidak memberi kemenangan kepada mereka. Hampir semua media utama diperalatkan untuk mencapai agenda kemenagan Barisan Nasional di Bukit Gantang. Tetapi sungguh memalukan kerana Barisan Nasional tumbang juga di Bukit Gantang. Sepandai-pandai 'katak' melompat akhirnya jatuh ke dalam longkang juga. Media yang seharusnya neutral telah mengadai etika profesionalisme dan mengikut telunjuk Barisan Nasional. Ini merupakan satu lagi luka yang bernanah dalam amalan demokrasi di Malaysia. Selagi media dikongkong oleh Barisan Nasional, rakyat Malaysia akan hidup dalam kegelapan politik tanahair.

3 ulasan:

  1. tahniah yb kerana telah mebuka ruang kepada rakyat untuk menyalurkan maklumat dan mendapat maklumat dari yb

    BalasPadam
  2. kita di zalimi oleh kerajaan yang gila kuasa...tapi KERAJAAN(BN)harus sedar RAKYAT bersama dengan PAKATAN RAKYAT...jika BN mendakawa ianya masih di terima rakyat...AYUH bubarkan DUN PERAK...SERAHKAN KEPADA RAKYAT MEMBUAT KEPUTUSAN

    BalasPadam
  3. Rakyat nak tahu apa keputusan makhamah semalam...sila jelaskan secara detail...bagi memudahkan rakyat mendapat maklumat yang tepat

    BalasPadam