Rabu, 29 Mei 2013



PACA NIGHT DAP DUN MENGLEMBU





Selasa, 28 Mei 2013

Isnin, 27 Mei 2013

Cabar Palanivel Buktikan 1500 Kerusi Matrikulasi Untuk Anak India


Kenyataan Media YB V.Sivakumar 
Ahli Parlimen Batu Gajah & 
Timbalan Pengerusi DAP Perak di Ipoh 
pada 26 Mei 2013


Cabar Palanivel Buktikan 1500 Kerusi Matrikulasi
Untuk Anak India



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah menjanjikan 1500 tempat matrikulasi untuk pelajar-pelajar India di seluruh negara bagi tahun 2012. Adakah beliau telah menunaikan janji tersebut? Setakat ini tidak ada apa-apa bukti yang ditunjukkan oleh kerajaan berhubung dengan perkara ini. Tetapi sering kali pemimpin-pemimpin BN menyebut tentang pemberian 1500 tempat matrikulasi ini dalam ucapan-ucapan dan melalui media massa. Kenyataan-kenyataan yang dibuat itu tidak disahkah kerana kesahihannya masih boleh dipertikaikan. 

Ramai yang berpendapat bahawa pemberian 1500 tempat matrikulasi untuk pelajar-pelajar India itu adalah satu janji kosong yang dibuat semata-mata untuk mempengaruhi masyarakat India kerana PRU13. Samada 1500 orang pelajar India telah mendapat manfaat ini atau pun tidak, masih merupakan satu tanda tanya dalam hati masyarakat India. Tidak ada guna hanya membuat pengumuman tetapi tidak membuktikan samada janji itu ditunaikan atau pun tidak. Oleh yang demikian, kerajaan harus bersikap tanggungjawab untuk membuktikan bahawa 1500 orang pelajar India telah ditawarkan kerusi matrikulasi pada tahun 2012. 

Kerajaan tidak sepatutnya memberi apa-apa alasan untuk melarikan diri daripada janji ini. Adalah wajar untuk kerajaan menunjukkan semua bukti bahawa tidak berlaku penipuan dalam hal ini. 

Presiden MIC G. Palanivel juga beberapa kali menyebut perkara ini dalam media massa. Beliau meyakinkan orang-orang India bahawa Perdana Menteri telah menunaikan janji memberi 1500 tempat matrikulasi kepada pelajar-pelajar India. Oleh kerana itu, beliau meminta kaum India memberi sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan BN dalam pilihanraya yang lepas. Mungkin juga ramai di kalangan kaum India telah menyokong BN kerana isu ini. 

Kalau apa yang dikatakan olen G. Palanivel itu betul, beliau harus membuktikannya supaya masyarakat India tidak tertipu lagi. Saya mencabar Presiden MIC G. Palanivel untuk mendedahkan senarai keseluruhan 1500 tempat matrikulasi yang diberikan kepada pelajar-pelajar India.

BN Perak Kalah Undi Popular, Hilang Sokongan Majoriti




Kenyataan Media YB V.Sivakumar 

Ahli Parlimen Batu Gajah & Timbalan Pengerusi DAP Perak
pada 25 Mei 2013 di Kampung Bahagia, Teluk Intan 

(Program Ceramah PAS  'Tipu PRU' di Dataran Pemuda PAS, Taman Bahagia, Teluk Intan)


BN Perak Kalah Undi Popular, Hilang Sokongan Majoriti

Kemenangan BN di Negeri Perak bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan. Walaupun dengan pelbagai penipuan pilihanraya dan tekanan politik, PR masih berjaya memenangi 28 kerusi berbanding dengan BN yang menang 31 kerusi. SPR telah bersekongkong dengan BN untuk memastikan kemenangan di negeri Perak. SPR telah sedaya upaya berusaha selamatkan BN daripada dikalahkan oleh PR di negeri Perak.

Walaupun PR berjaya memperolehi undi popular 55% rakyat Perak tetapi kalah dalam bilangan kerusi DUN. Ini menyebabkan BN menubuhkan kerajaan negeri walaupun hanya mendapat undi 45% pengundi Perak. Ini membuktikan sesuatu yang tidak kena dengan sistem pilihanraya yang kita amalkan di negara kita. Keputusan PRU13 telah mencalar sistem demokrasi,  di mana suara rakyat majoriti tidak didengar.

Walaupun undi lebihan PR di Perak adalah lebih daripada 100,000 tetapi ianya tidak diterjemah kepada kemenangan PR. Ini adalah sesuatu yang perlu diberi perhatian serius. Rakyat Perak telah ditipu dengan strategi yang dihitung dan dicorakkan semata-mata untuk menambahkan jumlah kerusi tanpa mempedulikan hasrat rakyat yang sebenar.  Kerajaan BN Perak adalah rapuh dan dibentuk dengan jumlah undi yang terlalu kecil daripada 2 kerusi yang dimenanginya iaitu Lubok Merbau 53 undi dan  Manjoi 132 undi. Jika kita hitungkan  undi kedua-dua kawasan itu ialah 185 sahaja. Ini bermakna Kerajaan BN Perak hari ini dibentuk dengan 185 undi sahaja berbanding dengan undi popular PR yang melebihi 100,000. Dalam kata lain, rakyat Perak telah tertipu apabila BN menubuhkan kerajaan dengan cara yang tidak adil tanpa mendengar suara rakyat majoriti.

Sabtu, 25 Mei 2013

MASIH TERPINGGIR DI BAWAH PROGRAM MYDAFTAR



Kenyataan Media Oleh 
YB V. Sivakumar,
Timbalan Pengerusi DAP Perak,
Ahli Parlimen Batu Gajah



pada 24hb Mei 2013 di Ipoh,

‘MASIH TERPINGGIR DI BAWAH PROGRAM MYDAFTAR’

Masalah taraf kewarganegaraan diketahui masih menjadi satu fenomena bertahun-tahun lamanya di kalangan kaum India di Malaysia. Ribuan masyarakat kaum India selama ini masih dalam keadaan menggapai tangan untuk mendapatkan kad pengenalan biru dan juga taraf kewarganeraan mereka daripada Kerajaan Malaysia.

Proses untuk mendapatkan kad pengenalan biru adalah masih susah sehingga seringkali permohonan ditolak oleh pihak JPN. Jika diperhatikan, masalah ini hanya melanda masyarakat kaum India. Ratusan pendatang yang baru memasuki Malaysia pula cepat mendapat taraf kewarganegarran Malaysia. Isu taraf kewarganegaraan dan kad pengenalan biru bagi kaum India di Malaysia masih belum selesai dan merupakan janji kosong kerajaan Barisan Nasional.

Salah satu perkara yang perlu disalahkan adalah pimpinan MIC yang tidak mempunyai mekanisma teratur bagi memastikan proses taraf kewarganegaraan dan kad pengenalan biru diberi dan diiktirafkan kepada masyarakat kaum India. Apabila sahaja ada isu bangkit, pada masa itulah MIC akan mengadakan program-program yang tidak memberikan manfaat tetapi hanya mengaburi mata rakyat Malaysia.

Saya berpendapat bahawa program MyDaftar tidak memberikan penyelesaian terhadap masalah ini. Terdapat banyak birokrasi yang perlu ditangani dan masalah ini wajar diselesaikan 100%. Cara yang paling efektif adalah memudahkan mekanisma untuk meluluskan permohonan-permohonan yang diterima oleh pihak JPN.

Saya juga beranggapan terdapat beberapa pihak tertentu yang sengaja tidak mahu meluluskan permohonan-permohonan yang diterima dengan memberi alasan remeh seperti dokumen-dokumen tidak lengkap, tidak memenuhi syarat dan sebagainya, hanya untuk menolak pemberian kad pengenalan atau pengiktirafan kewarganegaraan.

Seorang yang bernama Muniandy A/L Munusamy, 63 tahun, telah beberapa kali memohon untuk mendapatkan kad pengenalan biru. Baru-baru ini beliau telah menerima surat daripada Jabatan Pendaftaran Negara pada 10 Mei 2013. Kandungan surat itu menyatakan bahawa permohonan beliau tidak berjaya di bawah syarat Perkara 16 Perlembagaan Persekutuan Malaysia dan keputusan ini adalah muktamad. Dalam pada itu juga, surat itu menyatakan bahawa jika pemohon masih berminat, boleh kemukakan permohonan baru dan mencukupi syarat-syarat permohonan. Soalannya, jika sesuatu keputusan itu telah dimuktamadkan, bolehkah ia dibincangkan semula?

Permohonan Encik Muniandy ditolak berdasarkan syarat-syarat dalam Perkara 16 Perlembagaan Persekutuan di mana ke semua syarat Perkara 16 Perlembagaan Persekutuan telah menepati permohonan Encik Muniandy untuk memdapatkan kad pengenalan biru. Jadi, kenapakah permohonan Encik Muniandy telah ditolak?

Saya meminta pihak JPN untuk memberikan penjelasan lengkap terhadap kes permohonan yang telah ditolak ini.

Di sini, saya juga mencabar Timbalan Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri, Waythamoorthy, bahawa beliau harus berikan fokus dan selesaikan semua kes kad pengenalan merah dalam tempoh 100 hari.

Salah satu daripada janji Pakatan Rakyat di dalam Manifesto jika Pakatan Rakyat menjadi Kerajaan Persekutuan adalah akan menyelesaikan masalah-masalah kad pengenalan merah dalam masa 100 hari.

Memandangkan kononnya Waythamoorthy akan membela nasib kaum India, adakah beliau akan menyahut cabaran saya ini dan menyelesaikan masalah kad pengenalan merah mereka?

Khamis, 23 Mei 2013

KEJAYAAN  PR  PERAK 
DIHALANG.






JUMPA  PENGARAH  JPS  BERHUBUNG
MASALAH  BANJIR  SIPUTEH.






Rabu, 15 Mei 2013

Najib Tuduh Orang Cina Untuk Menutup Kelemahan 1Malaysia



Kenyataan Media V.Sivakumar Timbalan Pengerusi DAP Perak 
di Pulau Pangkor pada 10/5/2013
Najib Tuduh Orang Cina 
Untuk Menutup Kelemahan 1Malaysia
Konsep 1Malaysia yang diwar-warkan oleh Najib telah ditolak oleh sebahagian besar rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia tidak menerima 1Malaysia kerana pemimpin-pemimpin Barisan Nasional sendiri tidak mendokong konsep 1Malaysia dengan rela hati. Barisan Nasional menggunakan 1Malaysia untuk mengaburi mata rakyat terutamanya kaum bukan Melayu untuk mendapatkan sokongan mereka. Slogan retorik itu mungkin telah sedikit sebanyak menawan orang luar bandar yang tidak mempunyai pendedahan kepada media alternatif. Golongan ini termakan gula-gula Barisan Nasional seperti BR1M dan sebagainya.
Walau bagaimanapun golongan yang lebih arif terutamanya dari kalangan penduduk bandar dan separa bandar telah menolak Barisan Nasional dan 1Malaysia. Golongan ini lebih peka kepada maklumat dan perkembangan politik negara kita dan antarabangsa. Golongan ini juga mahu melihat satu perubahan di negara ini. Isu-isu remeh seperti perkauman tidak dipedulikan. Mereka mahu melihat satu kerajaan yang bersih dari rasuah dan kronisme. Mereka mahu supaya sistem dua parti direalisasikan di negara ini supaya kuasa monopoli Barisan Nasional dapat dikawal. Ini rata-rata akan membawa kebaikan kepada seluruh rakyat Malaysia.
Barisan Nasional bukan hanya hilang sokongan pengundi Cina, malah semua kaum telah menolak Barisan Nasional dalam PRU13. Untuk menutup kelemahan Barisan Nasional dan kegagalannya untuk mencapai prestasi yang baik, Najib Tun Razak cuba memutar belitkan isu dengan menuduh kaum Cina. Najib telah membuat percaturan yang salah dengan menyalahkan satu kaum yang sangat berjasa dan berkorban untuk tanahair ini.
Tanpa sokongan orang Melayu dan India sudah tentu Pakatan Rakyat tidak boleh memperolehi jumlah undi yang begitu banyak. Pakatan Rakyat juga telah menang banyak kawasan-kawasan di mana jumlah pengundi Melayu adalah lebih besar daripada pengundi bukan Melayu. Ini adalah satu bukti kukuh bahawa bukan sahaja kaum Cina malah seluruh rakyat Malaysia telah menolak Barisan Nasional dan menyokong Pakatan Rakyat dalam PRU13.
Sudah tiba masa untuk Barisan Nasional berhenti permainan politik perkauman. Rakyat sudah muak dan benci dengan politik perkauman yang semakin melampau. Barisan Nasional akan hilang sokongan semua kaum jika tidak berhenti permainan politik kotor ini. Barisan Nasional mahu tuduh kaum cina untuk menutup kekalahannya yang lebih teruk daripada PRU12. Tuduhan seperti ini dapat mengambarkan isi hati pemimpin-pemimpin Barisan Nasional yang sebenarnya menanam tebu dibibir dengan melaungkan slogan 1Malaysia.

Selasa, 14 Mei 2013







TALIAN  TELEFON   BIMBIT  NGA  DICURI  DAN  DISALAHGUNAKAN.




MIC  KALAH  DI  PERAK  KERANA  MUSLIHAT  UMNO





Rabu, 8 Mei 2013


UMNO Akan Rampas Jawatan Speaker Daripada MIC


Kenyataan Media V.Sivakumar, Timbalan Pengerusi DAP Perak di Ipoh pada 7 Mei 2013

UMNO Akan Rampas Jawatan Speaker Daripada MIC Di Negeri Perak

Pada tahun 2008, apabila Pakatan Rakyat menjadi kerajaan Perak selepas pilihanraya, saya dipilih oleh Ahli-ahli Dewan Negeri Perak sebagai Yang Dipertua Dewan yang juga dikenali sebagai Speaker.  Tetapi selepas kerajaan yang sah dirampas oleh Barisan Nasional pada tahun 2009, jawatan Speaker itu diberikan kepada Dato R. Ganesan yang mewakili parti MIC. Perlantikan jawatan Speaker itu dilakukan  secara haram 4 tahun yang lepas pada tarikh hari ini iaitu 7 Mei 2009. Beliau telah memegang jawatan itu sehingga Dewan Negeri Perak dibubarkan pada bukan April 2013. Jawatan Speaker itu diberikan kepada seorang pemimpin MIC semata-mata untuk menjaga hati kaum India di Perak. Kerajaan Barisan Nasional telah memperalatkan MIC untuk menipu masyarakat India dengan memberi jawatan tersebut.

Dalam PRU13, sekali lagi MIC kalah semua kerusi yang ditanding untuk Dewan Negeri Perak. Oleh yang demikian, MIC pasti akan mengharapkan jawatan-jawatan perlantikan tertentu dalam pentadbiran kerajaan negeri Perak. Tetapi, adakah kerajaan Barisan Nasional akan memberikan jawatan-jawatan penting kepada pemimpin-pemimpin MIC yang telah pun kalah dalam pilihanraya. 

Saya pasti MIC akan hilang jawatan Speaker yang diberikan kepadanya untuk tempoh sementara. Saya yakin UMNO akan mengambil balik jawatan itu daripada MIC.  Ini adalah satu hakikat yang nyata bahawa MIC akan tunduk kepada semua permintaan UMNO. Barisan Nasional tidak akan takut kepada MIC atau masyarakat India lagi. UMNO akan menggunakan kuasa mutlaknya untuk merampas jawatan Speaker itu daripada MIC. Perkara ini pasti akan berlaku dalam persidangan pertama Dewan Negeri Perak iaitu dalam proses perlantikan Speaker baru. Saya juga pasti MIC tidak akan berani untuk melawan atau merebut untuk mendapatkan  jawatan tersebut.  Bagi UMNO, MIC adalah parti nyamuk yang boleh diperkudakan untuk mencapai matlamat politiknya.

Jika MIC melepaskan jawatan itu, maka terbuktilah MIC gagal memperjuangkan hak orang-orang India di negara ini. MIC harus mengaku bahawa ia merupakan parti boneka UMNO yang dikongkong seratus peratus. Masyarakat India akan menilai kredibiliti MIC dalam mempertahankan jawatan Speaker  di negeri Perak. Jika MIC gagal, adalah wajar  untuk MIC keluar dari komponen Barisan Nasional yang sentiasa menipu kaum India. Masyarakat India juga akan tahu betapa zalimnya kerajaan Barisan Nasional khususnya UMNO terhadap kaum itu.

Selasa, 7 Mei 2013

DAKWAT KEKAL YANG TIDAK KEKAL


Kenyataan Media V.Sivakumar, 
Timbalan Pengerusi DAP 
pada 6 Mei 2013 di Ipoh
DAKWAT KEKAL YANG TIDAK KEKAL
Seluruh rakyat Malaysia telah ditipu oleh SPR dengan penggunaan dakwat kekal yang 'tidak kekal'. SPR telah membuat seluruh rakyat negara ini percaya seolah-olah badan itu bebas dan telus. Tetapi, terbukti sekarang bahawa SPR adalah alat Barisan Nasional untuk tumbangkan Pakatan Rakyat dalam PRU13. Rakyat sudah hilang kepercayaan terhadap SPR yang sepatutnya mempunyai tahap integriti yang paling tinggi. 
Dakwat kekal disapu pada jari telunjuk kiri sebelum diberi kertas undi. Tujuannya adalah untuk mengelakkan seseorang itu daripada mengundi dua kali. Dakwat yang disapu sepatutnya kekal untuk beberapa hari. Walau bagaimanapun, SPR telah menipu rakyat Malaysia dengan dakwat yang mudah dicuci selepas mengundi. 
Saya melihat sendiri demonstrasi yang dibuat oleh seorang pengundi di luar Sek Keb Pusing, Batu Gajah. Beliau telah menggunakan sabun biasa dan petrol untuk mencuci dakwat kekal yang disapu sebaik sahaja beberapa pengundi keluar dari saluran mengundi. Memang dakwat itu dapat dihilangkan tanpa meninggalkan apa-apa kesan dakwat pada jari. 
Ini bukan hanya berlaku di satu tempat, malah aduan diterima di seluruh Malaysia bahawa dakwat yang disapu itu tidak kekal. Ini adalah salah satu daripada rancangan tipu muslihat Barisan Nasional untuk menang secara kotor dalam pilihanraya ini. 
SPR bukan sahaja menipu parti-parti politik pembangkang tetapi pengundi-pengundi yang menaruh kepercayaan terhadap SPR. Ini adalah satu bukti yang jelas bahawa SPR dikongkong oleh Barisan Nasional dan tidak telus dalam menjalankan kewajipan dan tanggungjawabnya terhadap rakyat negara ini. 
Pengerusi SPR Malaysia harus meletak jawatannya dengan serta-merta kerana gagal mengendalikan satu pilihanraya yang bersih. Kredibiliti dan integriti SPR telah tercemar kerana pilihanraya yang dikendalikan adalah berat sebelah.

Khamis, 2 Mei 2013

UNFORGOTTEN ....PERAK on 6/2/2009


"The people of Perak must be reminded of the dark and tumultous power grab in Perak on 6/2/2009 by BN."


Source : DAP Perak - 4 April 2013


MEDIA STATEMENT
Media Conference (II) by DAP Perak State Committee at DAP Perak HQ, Ipoh on 4th April 2013 in response to the Dissolution of Parliament on 3rd April 2013
 The people of Perak has at least 11 reason  to replace BN with PR as Government in both the Perak State and the Federation Malaysia in the coming 13th General Election.
The people of Perak must be reminded of the dark and tumultuous power grab in Perak on 6/2/2009 by BN.
A survey conducted not long after the power grab showed that PR would have won 40 out of 59 seats had the State Assembly been dissolved and a fresh election been conducted then.
 Parliament and the Perak State Assembly have been dissolved yesterday (3/4/2013). Number 11 may be Najib’s favourite number but the people of Perak have a duty to support PR for at least the following 11 reasons:-
 1.       They must tell all Malaysians and the world that they are principled people who were angry with BN for its power grab in 2009 and will remain angry with BN until BN is punished and justice meted out. They will not be bought with the little goodies that BN recently showered on them which in any case are monies which belong to the people.
 2.       They must back those who were in the forefront fighting against the power grab. On 6/2/2009, a group of brave Perakians tried to prevent the undemocratic appointment of Dato’ Seri Zambry Bin Abdul Kadir as the Menteri Besar of Perak at the Kuala Kangsar Palace. Some of them risked their lives by laying across the road to prevent the appointment ceremony from taking place. They are now being charged in court and face possible jail sentences. We must show solidarity with them.
 3.       The economic boom in Perak which would have occurred under PR Perak Government was derailed by the power grab. In 2008 under the PR Government, Perak State registered an investment of RM3.2 billion the highest in the history of Perak. Huge number of local as well as foreign investors were lining up to invest in Perak due to the efficient and graft free  PR Perak government. These investors have put on hold their investments awaiting a fresh election to be held which unfortunately did not occur until now.
 4.       Democracy must be restored in Perak. A strong message must be sent to all that any undemocratic means of power grab is not acceptable. A police state is not acceptable. The police force must not be used to overpower the State Assembly using brutal force. The incident where the legitimate State Assembly Speaker, YB V. Sivakumar being manhandled and imprisoned in order to install BN appointed Speaker must never be allowed to happen again.
 5.       Laws must be enacted to restore the democratic norms which were violated by BN just to ensure their power grab was successful and preserved. Laws must be enacted to ensure that the Speaker and not the Election Commission decides if an election or a by election needs to be carried out. The place to decide which Assemblyman/woman commands the support of the State Assembly must be conducted in the State Assembly and not at any other place.
 6.       Dato’ Seri Najib Bin Tun Razak and Dato’ Seri Zambry Bin Abdul Kadir the chief criminals in the power grab must not be allowed to lead the Perak State or the Federation of Malaysia.
 7.       Land grab by BN leaders and their cronies must be stopped. Since the power grab, Perak BN Government has approved 112,546.7 acres of land equivalent to an area of 455  km in length by 1 km in width. The distance of 455 km is about the distance from Alor Star to Kuala Lumpur ! Most of them approved to cronies and despite repeated demands both within and outside the State Assembly, BN Perak Government under the leadership of Dato’ Seri Zambry has refused to answer as to who the lands were approved to. Billions of Ringgit of the people’s monies were lost as the lands were approved without any open tender. Deserving cases of the landless were however ignored by the BN Government.
 8.       PM Dato’ Seri Najib has been proven to be a liar. He lied when he said that the Kelantan State Government gave 10,000 acres of land to DAP leaders namely, YB Ngeh Koo Ham and YB Nga Kor Ming. Witnesses have come forward to show that he is suspected of being involved in the murder of Altantuya and the second sodomy charge against Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
 9.       We need to save Malaysia from bankruptcy. Dato’ Seri Najib is the most irresponsible Prime Minister in the Malaysian history. He adds on about RM50.0 billion every year to our national debt. Our national debt now stands at around RM520.0 billion and if the debt continue to increase at RM50.0 billion a year we will be a bankrupt nation by 2019. Our annual repayment is now at RM22.3 billion and it will take us more than 40 years (taking into account interest on the existing debts to repay the existing loans. RM22.3 billion is about 12.0% of our Government’s yearly income. We have wronged children and grand children by requiring them to settle the debt incurred by us caused by massive corruption and wastages.
 10.   In solidarity with the hundreds of thousands of Malaysians who have come forward in Bersih I, Bersih II and Himpunan Rakyat to demand for clean and fair elections and various other issues affecting us and our environment.
 11.   The people centric policies as contained PR National Manifesto and the PR Perak Manifesto which will be unveiled soon.
   
DATO’ NGEH KOO HAM
DAP Perak Chairman  |  DAP Deputy Secretary General