Isnin, 13 April 2009
DERMASISWA IPTA
Selepas Pakatan Rakyat menjadi kerajaan di Perak, ia telah membawa banyak polisi-polisi yang berbentuk kebajikan. Antaranya ialah Program Dermasiswa bagi anak-anak Perak yang diterima masuk ke IPTA. Setiap anak Perak yang mendapat tempat untuk melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah di IPTA telah diberi saguhati sebanyak RM1000.00. Seramai 6000 orang mahasiswa Perak berjaya mendapat ganjaran ini. Mereka boleh menggunakannya sebagai wang saku untuk perbelanjaan awal. Dermasiswa ini tidak perlu dibayar balik kepada Kerajaan Pakatan Rakyat. Kerajaan Pakatan Rakyat telah memperuntukkan sebanyak RM6 juta untuk program ini. Kerajaan Pakatan Rakyat bukan sahaja kerajaan kebajikan, ia juga amat prihatin terhadap pendidikan anak-anak Perak. Pemberian-pemberian seperti ini membuat orang-orang BN bagaikan 'udang menggeletek dalam tangguk'. Akhirnya mereka telah merampas kuasa di Perak.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Kalau puak BN nak dapat sokongan rakyat jangan asyik besarkan perut sendiri je
BalasPadamPEMERHATI HUJUNG DUNIA
ntah..asik besarkan perut sendiri sampai da nk pecah perut tu..asik2 kerja bagi kroni..kata 1 malaysia..penipu tul..
BalasPadam