Khamis, 16 April 2009

SATU LAGI PILIHANRAYA KECIL DI PENANTI


Bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohammad Fairus telah meletak jawatan sebagai ahli dewan undangan negeri kawasan Penanti pada hari ini. Keputusannya diumumkan oleh Biro Penerangan Parti Keadilan Nasional. Beliau telah meletak jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 dan ahli EXCO Pulau Pinang pada 8 April 2009. Hari ini beliau juga telah meletak jawatannya sebagai wakil rakyat. Ini bermakna kita akan menghadapi satu lagi pilihanraya kecil di Penanti, Pulau Pinang dalam tempoh 60 hari. Walau bagaimanapun, tindakan Fairus untuk meletak jawatan bagi menjaga nama baik parti harus dipuji. Bukan seperti pemimpin-pemimpin BN yang korup tapi tetap mahu jawatan. Ketua Menteri Melaka, telah dituduh rasuah dan tidak dapat bertanding dalam pilihanraya UMNO baru-baru ini. Tetapi, sampai hari ini, beliau masih lagi Ketua Menteri Melaka. Dimanakah integriti dan akauntabiliti BN?

1 ulasan:

  1. Orang melayu ada cakap.... kokok berderai-derai ekor gelumang tahi. ada faham ka?. Cakap BN kuat rasuah, tapi orang PR baru satu tahun pegang govt sudah gasak semua, dei poo dah!!!!

    BalasPadam