Selasa, 21 April 2009

Kamarudin Jaffar Cadang Saman


Setiausaha Agung PAS Pusat, Dato' kamarudin Jaffar bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang memutar-belitkan kenyataan beliau berkaitan peristiwa demonstrasi di Thailand dan kaitannya dengan perkembangan politik di Perak.

Beliau menegaskan tindakan tegas seumpama itu perlu dilakukan bagi memastikan tidak ada pihak yang menyalah-tafsirkan kenyataan mana-mana pemimpin Pakatan Rakyat selepas ini.

"Saya sedang berbincang dengan peguam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang memutar-belitkan kenyataan saya."

"Apa yang saya lakukan ini bertujuan untuk memastikan tiada lagi kejadian seumpama ini berulang," tegas beliau.

Kamarudin Jaffar menegaskan kejadian di Pattaya tidak melibatkan pertumpahan darah dan beliau hanya mengingatkan supaya kejadian itu diambil iktibar pihak berkuasa di negara ini.

"PAS tidak pernah mengarahkan atau menyeru rakyat negara ini agar melakukan rusuhan seperti mana yang digambarkan oleh media pro-UMNO," jelas beliau.

Kamarudin mengingatkan bahawa jika DUN Perak tidak dibubarkan, bukan mustahil rakyat negeri itu akan bangkit meluahkan rasa tidak puas hati.

* Dato Seri Dr Zambry mendakwa pandangan Kamarudin bertujuan mahu mencetuskan ketegangan dan keadaan huru-hara dalam masyarakat.

1 ulasan:

  1. ds najib pula menikus, tak mahu saman akhbar luar negara yang memsabitkannya dengan pembunuhan altantuya! bagaimana rakyat hendak hormat seorang pemimpin sebegini. beliau tak mahukah membersihkan namanya?

    matkilat.

    BalasPadam