Isnin, 20 April 2009

Speaker Perak Difitnah


Kenyataam Media YB V.Sivakumar pada 20 April 2009.


Speaker Difitnah Oleh Pihak Tidak Bertanggungjawab


Saya rasa terperanjat dengan berita yang disiarkan dalam Akhbar NST hari ini. Menurut Akhbar NST ada pihak yang mengatakan bahawa saya sedia maklum tentang Sidang DUN pada 7 Mei 2009 dan sayalah yang memberi arahan untuk mengeluarkan notis tersebut. Saya membantah sekeras-kerasnya fitnah yang dibuat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Orang yang membuat kenyataan akhbar itu mengatakan bahawa saya ‘tipu’. Saya tidak akan membiarkan perkara ini. Ini merupakan satu lagi usaha untuk menjatuhkan maruah dan kredibiliti saya. Kalaulah tududah yang dibuat itu benar kenapa pula orang yang mengeluarkan kenyataan itu tidak berani memberi identitinya dalam akhbar. Kenapa hanya mengatakan sebagai orang yang ada kena-mengena dengan Pejabat Menteri Besar.


Saya tidak diberitahu tentang Persidangan 7 Mei 2009. Pada 16 April 2009 (Khamis) saya ada dengar maklumat daripada salah seorang ADUN bahawa sidang DUN akan diadakan pada 7 Mei 2009. Menurut beliau maklumat ini diperolehi daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai. Saya tidak tahu apa-apa tentang sidang DUN tersebuat sehingga hari itu. Saya mengharapkan perkara itu akan dimaklumkan kepada saya secepat yang mungkin. Pada keesokan harinya iaitu pada 17 April 2009 (Jumaat), saya telah menerima panggil telefon daripada beberapa orang ADUN untuk menanyakan tentang notis yang diterima oleh mereka. Saya rasa begitu marah kerana notis dikeluarkan tanpa pengetahuan saya. Notis telah dihantar ke Pejabat DAP untuk ahli-ahli Dewan Negeri DAP. Untuk ahli-ahli yang lain saya tidak ada maklumat bagaimana ia diserahkan.


Selepas itu, saya menghubungi Pejabat Speaker saya untuk menanyakan samada saya menerima apa-apa surat berkaitan Persidangan DUN pada 7 Mei 2009. Saya diberitahu bahawa satu notis telah dihantar ke pejabat saya lebih kurang jam 10 pagi. Notis yang sama telah dihantar oleh Setiausaha Dewan kepada semua ADUN-ADUN yang lain. Saya telah melihat notis itu lebih kurang 1 petang. Saya hanya berjumpa dengan Setiausaha Dewan En Abdullah Antong lebih kurang jam 3 petang selepas beliau balik daripada sembanyang Jumaat. Perjumapaan saya dengan Setiausaha Dewan itu adalah selepas notis dikeluarkan olehnya tanpa sebarang rundingan dengan saya.


Dalam perjumpaan informal itu, saya juga tidak melihat apa-apa dokumen daripada Istana yang mengesahkan persidangan pada 7 Mei 2009. Saya hanya diberitahu tentang persidangan itu selepas notis dikeluarkan dan bukan seperti mana yang dituduh dalam Akhbar NST. Saya akan membuat siasatan penuh mengenai maklumat palsu yang disiarkan dalam Akhbar NST hari ini. Tindakan ini amat memalukan dan mencemarkan nama saya sebagai Speaker Dewan Negeri Perak.


V.Sivakumar

Yang Dipertua Dewan Negeri

Perak Darul Ridzuan

9 ulasan:

  1. All incident recently has hinted, possibility of Operasi Lalang 2.
    YB, please take good care of yourself.

    BalasPadam
  2. "Dan jangan kamu ikuti orang-orang yang banyak bersumpah lagi hina. Yang banyak mencela dan berjalan menyibar fitnah" (Q: Al-Qalam 10 -11).

    BalasPadam
  3. Saman terus YB jangan beri muka kat puak tu.

    BalasPadam
  4. Saman tuan speaker.Biar NST tahu apa sepatutnyauntuk dilapor.Biar mereka lebih bertanggungjawab. Saman 100Juta Dollar Amerika

    BalasPadam
  5. Kami yakin YB akan membuat penelitian yang terperinci sebelum mengambil apa-apa tindkan,apa-apa pun saya yakin dengan kewibawaan YB dan akan tetap menyokong yang hak....

    BalasPadam
  6. Dear Speaker,

    UMNO might be planting something behind and trap you. Looks like they want frustrate you and make you go to PDRM and report. Later PDRM will make a U turn and call you for statement to be recorded on 7th May 2009 mnorning and they will proceed with the meeting with the BLOODY WOMEN FROM JELAPANG to relief as Speaker.
    PLEASE DO NOT FALL TRAP ON THEIR PLOT.

    BalasPadam
  7. Salam Tuan Speaker,

    Adalah jelas bahawa semua media (dibawah kerajaan) sedang cuba untuk menjatuhkan imej dan maruah Tuan Speaker seolah-olah Tuan Speaker adalah seorang penipu dan tidak boleh dipercayai.(character assasination)

    langkah yang boleh diambil Tuan Speaker ialah bagi mengeluarkan notis guaman kepada akhbar -akhbar menyenaraikan (disclose the source) punca mahkumat mereka dan jika mereka menolak saman dia orang cukup-cukup.

    kedua jika Dun bersidang( we assume HRH Sultan Perak will give his consent retrospectively kepada persidangan DUn) HRH power and prerogative stops there.

    HRH Sultan has no control over the proceedings and Tuan Speaker is the master of the House and can invoke any of the standing Orders to regulate the proceedings whichever manner suitable.

    Remember the Speaker of House of Commons in UK had resisted the King interfering in the proceedings and he won. Decision of federal court is unconstitutional dan tidak perlu diikuti. can the federal court hold the whole DUN contempt of court? No learned person would ever interfere in exercise of power of the speaker or else they would be deemed as "pariah" in the legal fraternity. Again has the resolution been gazetted? If gazetted the DUn sudahpun dibubarkan and there are no more DUn untuk dipersidangkan.

    BalasPadam
  8. Salam Tuan Speaker,

    Pls handle the whole issue in practical ways. As we have seen everthing we read in law books has gone down the drain. If they are playing plain stupid, we should also play the same game.

    HRH Sultan will have no choice except to dissolve DUN. Another state election PR will come into power (no need to worry about frogs) and Tuan Speaker definitely will chosen again as Speaker and you would have made history as single handedly hanged the morons crazy for power and beat them at their own game.

    BalasPadam
  9. Salam hormat...

    Conduct thorough investigation on NST. Get a court order for them to release the informer as what they did to Raja Petra.

    Likewise, file a defamation on NST for hundreds of millions till they close shop.

    Pissttt, pissttt! Bukan apa, nak bagi elokkk...

    -SANG TUBA-

    p/s: I know you might have better plans

    BalasPadam