Sabtu, 11 April 2009
Siapakah Yang Menghalang Persidangan DUN Perak
Speaker Dewan Negeri Perak telah mengeluarkan notis untuk Dewan Negeri bersidang pada 3 Mac 2009. OCPD Ipoh menerima arahan daripada Setiausaha Kerajaan Negeri untuk menghalang persidangan tersebut. Polis telah menutup pagar masuk ke Bangunan Dewan Negeri. Beratus-ratus polis dan FRU menghalang Ahli-ahli Dewan daripada memasuki dewan. Akhirnya ahli-ahli Dewan Negeri tidak dapat masuk bersidang dalam Dewan Negeri yang mulia. Mereka terpaksa bersidang di bawah pokok sena. Menghalang ahli-ahli Dewan Negeri bersidang atau menjalankan tanggungjawab merupakan satu kesalahan di sisi undang-undang. Siapakah memberi arahan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri untuk menghalang persidangan pada 3 Mac 2009?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
saya ada jawapannya untuk soalan ini...tak lain tak bukan orang yang bertanggunjawab dalam pembunuhan antatulya semua rakyat malaysia tahu apa namanya...
BalasPadam