Jumaat, 24 April 2009

Badan Kehakiman vs Badan Perundangan


Menurut Sivarasa Rasiah, Ahli Parlimen Subang (juga merupakan seorang peguam), keputusan Mahkamah Persekutuan dalm kes Speaker Perak bercanggah dengan keputusan kes-kes dahulu di negara ini dan di negara lain berdasarkan sistem perundangan yang sama sebagai contoh di United Kingdom dan India.

Beliau berpendapat, keputusan tersebut menimbulkan kekeliruan dalam kedudukan undang-undang yang sedia ada mengenai pengasingan kuasa badan kehakiman dan badan perundangan.

Katanya, implikasi keputusan Mahkamah Persekutuan itu, seolah-olah badan kehakiman ada kuasa sekarang untuk menentukan kesahihan tindakan oleh badan perundangan. Ini adalah pendirian yang cukup luar biasa dan mengejutkan kebanyakan pemerhati dan pengamal undang-undang.

Keputusan ini tidak akan menyelesaikan pertikaian politik Perak sebab mahkamah menolak memberi jawapan kepada isu tentang mesyuarat Dewan Negeri di bawah pokok.

"Ini adalah satu yang cukup penting kerana mesyuarat DUN itu telah mengesahkan pengantungan Zambry dan 6 orang ADUN BN yang lain. Ini bukan keputusan Speaker seorang." jelas Sivarasa

Kata Sivarasa lagi, Keputusan mesyuarat DUN di bawah pokok masih sah dan belum diisytiharkan tidak sah oleh mana-mana pihak dan tidak boleh diisytiharkan tidak sah.

"Keputusan tersebut juga memberi imej negatif kepada badan kehakiman kerana nampak campurtangan badan ini dengan badan perundangan." tegasnya.

2 ulasan:

  1. Rakyat sekarang telah diragut kuasanya oleh kuasa yang batil dan berkepentingan diri sendiri.
    Dimana letaknya keikhlasan dan jati diri menegakkan keadilan sejagat jika perkara yang tidak boleh telah dibolehkan?
    KALAU BETUL IKUTLAH

    BalasPadam
  2. Andaikata, Speaker baru dilantik oleh MB tidak sah Zambry bagi menggantikan YB Sivakumar, ini beerti, apa-apa keputusan Speaker melalui majoriti pun nanti boleh dicabar oleh Ahli Dewan Undangan Negeri melalui proses mahkamah.

    Kalau macam itu, buat apa kita ada Dewan Undangan Negeri, buat apa ada pilihanraya, baik buat mahkamah sahaja untuk bersidang. Jadi buang duit ajelah bayar gaji Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri yang tak ada fungsinya.

    Precedent dah set, bagaimana pulak nak ketepikan presedent ini ?

    Sebab itu mungkin BN tak perlu bertanding dalam pilihanraya Penanti kot, biaq Mahkamah yang buat keputusan.

    BalasPadam