Khamis, 23 April 2009

Bukit Gantang Restu Rakyat


BN dalam kempen pilihanraya Bukit Gantang 'Memohon Restu Rakyat'. Di mana-mana sahaja BN membubuh poster dan papan tanda dengan slogan 'Mohon Restu Rakyat'. Dapatkah restu rakyat? Rakyat Bukit Gantang telah menolak BN dengan majoriti yang lebih besar. Ini jelas bahawa rakyat tidak puas hati dengan rampasan kuasa yang dibuat oleh BN. Rakyat Perak tidak akan berjoget dengan rentak BN. Tetapi, sudah menjadi kelaziman BN tidak menghormati suara rakyat. Kalaulah BN mengutamakan rakyat, sudah tentu ia bersedia untuk membubarkan dewan negeri dan bertembung dengan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya. Walau bagaimanapun, dalam pilihanraya Bukit Gantang, rakyat telah memberi restu kepada Pakatan Rakyat. Ini merupakan satu tamparan yang hebat kepada BN sehinggakan mereka kecut untuk bertanding di Penanti. BN tahu ia tidak boleh menanag Penanti. Kalau BN bertanding juga, ia sedar bahawa peluang kemenangannya ibarat menyurat di atas air.

1 ulasan: