Rabu, 29 April 2009

Karpal Masih Sangkut Dalam Kes Hasutan


Karpal Singh tidak berjaya dalam permohonannya untuk melepaskan diri daripada kes hasutan terhadapnya. Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah menolak permohonnya semalam. Keputusan ini dibuat oleh JC Azman Abdullah. Ini bermakna kes hasutan terhadap Karpal akan diteruskan. Beliau dituduh menggunakan ‘kata-kata yang berbau hasutan’. Perkara ini berlaku dalam satu sidang media yang dibuat oleh Karpal pada 6 Februari 2009. Dikatakan Karpal telah menggunakan perkataan-perkataan berunsur hasutan apabila beliau berhujah mengenai isu Sultan Perak melucutkan jawatan DS Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak. Kes Hasutan terhadap Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh, akan bermula pada 12 Ogos 2009. Menurut Timbalan Pendakwaraya Manoj Kurup, lebih daripada 40 saksi akan dipanggil untuk memberi keterangan dalam kes ini.

Walau bagaimanapun, Karpal akan membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan