Isnin, 4 Oktober 2010

Jamuan Tang Lung Raya Anjuran Pakatan Rakyat Batu Gajah


Jamuan Tang Lung Raya Anjuran Pakatan Rakyat Batu Gajah
2 Oktober 2010, Pakatan Rakyat Batu Gajah telah menganjurkan satu Jamuan Makan Malam Tang Lung Raya di Dewan Tokong Tham Shen, Pusing. Program berlangsung dari jam jam 7.00 pm hingga 10.30pm. Tetamu khas pada malam itu ialah Mohamad Bin Sabu. Turut hadir sebagai penceramah undangan ialah YB Wong Kah Woh, YB Chan Ming Kai, YB Lee Boon Chye dan Ngoi Thiam Woh, bekas Ahli Parlimen Kampar.


Tuan rumah yang menganjurkan program ini ialah Ahli Dewan Negeri Tronoh YB V.Sivakumar bersama-sama dengan Pakatan Rakyat Batu Gajah. Lebih dari pada 800 orang telah hadir dalam program yang dianjurkan.


Dalam ucapan Chan Chin Fah, Pengerusi DAP Bahagian Batu Gajah, beliau mempersoalkan tentang masalah tapak bola keranjang berhampiran Pasar Awam Pusing. Datuk Seri Zambry pernah mengeluarkan kenyataan bahawa masalah tapak bola keranjang ini telah diselesaikan oleh kerajaan. Setakat ini tidak ada apa-apa yang nampak terselesai. Keadaan tapak bola kerajang masih seperti sedia kala. Beliau minta Datuk Seri Zambry menjelaskan bagaimana masalah tapak boleh kerajaan ini diselesaikan oleh kerajaan negeri. Adakah ini bermaksud, tapak itu dikembalikan kepada rakyat? Adakah kerajaan sedia membina sebuah tapak bola keranjang berbumbung di tempat itu?


Dalam ucapan V.Sivakumar, beliau menyatakan rasa kecewa dan tidak puas hati mengenai sikap Majlis Daerah Batu Gajah yang tidak prihatin dan sensitif kepada masalah rakyat. Majlis Daerah Batu Gajah sering kali boros membelanjakan wang dalam projek-projek yang tidak mendatangkan faedah kepada orang ramai. Masalah-masalah rakyat yang kecil dan amat memerlukan tidak diselesaikan. Malah menghabiskan wang dalam projek-projek mudah dan tidak penting seperti membina dinding 'Selamat Datang Ke Batu Gajah', meletakkan pasu-pasu bunga, menanam pokok hiasan berlampu dan macam-macam lagi. Saya bukan anti program mengindahkan bandar, tetapi ia perlu dibuat selepas masalah-masalah asas yang dihadapi oleh rakyat diselesaikan.


Rakyat tidak pernah meminta untuk menghiaskan bandar dengan perbelanjaan beribu-ribu ringit. Rakyat mahu masalah harian yang dihadapi oleh mereka diselesaikan. Majlis Daerah Batu Gajah harus selesaikan masalah- masalah penting terlebih dahulu sebelum mengindahkan pekan Batu Gajah. Kebersihan merupakan keindahan yang sebenar. Tidak ada guna kita mempunyai lampu warna-warni disekeliling pekan tetapi longkang tersumbat di merata tempat. Menjaga kesihatan, keselamatan, kebersihan dan keselesaan rakyat seharusnya dijadikan matlamat utama setiap kerajaan tempatan.


V.Sivakumar juga berasa hampa dan Bangunan Baru Majlis Daerah Batu Gajah yang dibina atas bukit menelan berjuta-juta ringgit. Adakah Majlis Daerah Batu Gajah memerlukan bangunan yang yang gitu besar dan berkos tinggi. Wang yang dibelanjakan untuk membina bangunan itu boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah rakyat di sekitarnya. Ini merupakan satu lagi projek yang membazirkan wang rakyat. Wang cukai taksiran digunakan untuk membina bangunan-bangunan yang tidak membawa faedah terus kepada rakyat.


Bangunan baru Majlis Daerah Batu Gajah telah menelan belanja berjuta-juta ringit. Bangunan itu siap dibina pada tahun 2007 dan dirasmikan pada tahun 2008. Selepas itu, beberapa projek kecil dilaksanakan untuk memperbaiki dan menaik taraf bangunan baru tersebut. Pada tahun ini, tempat letak kereta pula telah siap dibina di belakang bangunan Majlis Daerah Batu Gajah. Masalahnya, kenapakah tempat letak kereta yang baru ini harus dibina sekarang dan tidak sekaligus semasa membina bangunan induk dahulu?


Pada Sidang Dewan Negeri 3 Ogos, saya telah memasukkan satu soalan bertulis mengenai hal ini. Dalam soalan itu, saya menanyakan kerajaan berapakan kos pembinaan tempat letak kereta yang baru itu? Kerajaan telah menjawab kos pembinanan tempat letak kereta yang baru adalah RM 180, 577.85. Adakah perlu untuk Majlis Daerah Batu Gajah untuk membinaan tempat letak kereta dengan harga yang tinggi sedangkan banyak masalah-masalah kecil yang hanya melibatkan kos beberapa ribu ringgit ditangguhkan.


Saya rasa sedih apabila Majlis Daerah Batu Gajah memberi alasan bahawa tidak cukup peruntukan untuk membuat projek-projek kecil sedangkan banyak wang dibelanjakan secara boros dalam projek-projek yang besar dan tidak berfaedah kepada rakyat. Saya juga menanyakan adakah tempat letak kereta itu untuk kegunaan orang ramai dengan bermatlamat memenuhi aspirasi Kerajaan Persekutuan 'Rakyat Didahulukan'? Kerajaan Negeri Perak pula menjawab bahawa tempat letak kereta tersebut adalah untuk kegunaan penjawat awam Majlis Daerah Batu Gajah. Kenyataan ini sendiri membuktikan sejauh manakah kerajaan tempatan dan kerajaan negeri memberi keutamaan kepada rakyat.


V.SivakumarADUN Tronoh

Jumaat, 1 Oktober 2010

Daftar Pengundi Untuk Ke Putra Jaya


Pakatan Rakyat perlu membuat pendaftaran pengundi sebagai agenda utama aktiviti harian. Pilihanraya umum ke13 mungkin diadakan tidak lama lagi. Ramai lagi yang tidak mendaftar sebagai pengundi. Oleh yang demikian, program pendaftaran pengundi baru harus diberi perhatian yang serius oleh Pakatan Rakyat. Kemenangan Pakatan Rakyat dalam PRU 13 sangat bergantung kepada pengundi baru. Perkara ini tidak boleh dipandang ringan jika hendak mencapai sasaran Putrajaya. Pasukan Khidmat Khas DAP Tronoh sedang membuat pendaftaran pengundi baru di Pasar Awam Pusing. Mulai sekarang, ini merupakan aktiviti harian yang akan diberi keutamaan. Selain daripada semakan daftar pengundi juga harus dibuat untuk memastikan tidak wujud sebarang penyelewengan atau permainan kotor dalam pilihanraya yang bakal kita hadapi