Khamis, 16 April 2009

Keputusan-Keputusan Tuan Speaker


Disini saya ingin membawa kepada perhatian semua mengenai kuasa Speaker yang terkandung dalam Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak Darul Ridzuan.


Peritah-perintah Tetap (Standing Orders) merupakan undang-undang atau peraturan-peraturan yang digunapakai oleh Dewan Undangan Negeri. Ia diluluskan oleh Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak Darul Ridzuan, dalam Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua, Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak yang Ketujuh pada 23 Mac 1988, menurut Kertas Dewan Bil. 11/88 dan berkuatkuasa mulai 1 Mei 1988.


Perintah Tetap 89 : Keputusan Tuan Speaker berkenaan dengan sebarang tafsiran dalam mana-mana Perintah-perintah Tetap ini atau berkenaan dengan sebarang amalan tertakluk kepada usul yang dibawa dengan maksud itu, adalah muktamad, dan Tuan Speaker, dari semasa ke semasa, boleh mengeluarkan keputusan-keputusan berkenaan dengan perkara-perkara ini.


Bukankah perintah tetap ini memberi kuasa muktamad kepada Speaker untuk mentafsir kandungan keseluruhan Perintah-perintah Tetap. Hanya Speaker sahaja yang berhak mentafsir Perintah-perintah Tetap. Pihak lain tidak mempunyai kuasa langsung dalam memberi pentafsiran undang-undang Dewan Negeri.

11 ulasan:

  1. Buat YB sivakumar,

    What ever they do,what ever they said.we still support you and behind you.

    BalasPadam
  2. Apabila mahkamah persekutuan memutuskan bahawa pergantunggan Dato Zambry dan Exconya batal dan tidak sah bermakna secara implikasinya, sidang dibawah pokok itu yang dibuat tanpa kehadiran mereka2 itu juga mengikut turutannya terbatal dan tidak sah.

    Pun begitu sidang dibawah pokok itu tidak mendapat perkenan sultan. Maka jika dibuat diDewan pun tak sah, apatahlagi dibawah pokok.

    Berkenaan Fasal XXXVI (1) Undang2 Tubuh Negeri Perak jelas bahawa Sultan mempunyai kuasa dan hanya bertanggungjawab mengadakan paling tidak satu sidang setiap 6 bulan - tempoh ini pun belum tamat dan akan hanya tamat mengikut kata panel2 itu pada - 15 Mei 2009. (lihat Komen saya terhadap rancangan “Hujah, NTV9” pada 9.30 – 10.30 malam siaran langsung dari UiTM – “Krisis Perak” pada 31b Mac 2009)

    Perkara XXXVI (1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan memperuntuk “DYMM hendaklah dari semasa ke semasa memanggil bersidang Dewan Negeri itu dan tidaklah boleh membiarkan tempoh enam bulan berlalu di antara perjumpaan yang akhir lepas dalam satu persidangan dengan tarikh yang ditetapkan bagi perjumpaan yang pertama dalam persidangan yang di hadapan.”

    Pun begitu, untuk sidang itu sah, suatu notis hendaklah juga diisukan oleh setiausaha DUN yang mana tidak dibuat. Notis ini adalah mandatori (wajib) sepertimana yang saya faham dari perbincangan panel2.

    PT 1 (Perintah Tetap DUN) mengatakan “maka Setiausaha Dewan hendaklah membacakan Pemasyhuran DYMM Seri Sultan Perak Darul Ridzuan memanggil mesyuarat..”.

    Maka Sultan mempunyai kata akhir (ultimate say) dan jika belum diperkenankan Sultan, pada pandangan saya jika sidang dibuat diDewan pun adalah tidak sah apatah lagi ditempat yang tidak diwartakan iaitu dibawah pokok?

    “PT 10 (1) mengatakan “ Penggal Dewan hendaklah diadakan pada waktu dan tempat sebagaimana yang ditetapkan oleh DYMM Seri Sultan Perak Darul Ridzuan dari semasa ke semasa melalui perisytiharan dalam Warta,”

    Fasal XXXVI (1) Undang2 Tubuh Perak memberi Sultan kata akhir (ultimate say) samada sidang DUN boleh atau tidak dibuat. Dalam hal ini, saya tidak nampak relevannya perbezaan samada sesi DUN di tangguhkan, prorogue atau sebab dibubarkan seperti mana pandangan Prof Dr Shad bahawa jika di tangguhkan perkenan Sultan tidak diperlukan lagi. Bukankah sultan mempunyai kata akhir (ultimate say, veto) dibawah Perkara XXXVI (1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan untuk memerintah agar sidang yang ditangguhkanpun supaya tidak dibuat sehingga arahan selanjutnya dari Baginda Sultan. Tindakan “mengunci” DUN adalah bukti Sultan tidak perkenankan sidang itu dibuat.

    Maka jika tiada perkenan Sultan, jangan nak kata sidang DUN didewan itu boleh sah, apatahlagi dibawah pokok.

    Isu yang tinggal kini ialah samada Dato Seri Nizar masih seorang MB.

    Prof Madya Dr Abdul Rani Bin Kamarudin
    Pensyarah Undang2 IIUM

    BalasPadam
  3. Speaker!!
    Sidang yang dicadangkan akan datang minta ADUN PR buat lagi sekali cadangan pergantungan Mb dengan EXCOnya, mahkamah tiada membuat apa-apa larangan...jadi semua ADUN PR mesti hadir, dan menyokong lagi sekali tindakan tersebut...

    BalasPadam
  4. YB Tuan Speker,
    Saya petik rencana ini dari blog ALHUSSEYN:

    Puak Umno khabarnya mencadangkan kepada Tuanku Sultan supaya persidangan Dewan Undanagan Negeri diadakan pada 9 atau 10 Mei depan.

    Dikhabarkan lagi, mereka sedang mengambil langkah yang perlu untuk melantik Katak Betina bekas ahli DAP Jelapang itu menggantikan Speaker Sivakumar !

    Kemudian khabarnya lagi, mereka akan menggantung Nizar dan 12 ADUN Pakatan Rakyat yang lain! Maka akan ber kara-ok lah katak-katak didalam dewan tersebut.

    Bolihkah hal2 seperti akan berlaku. Sefahaman saya perlantikan Speaker hanya bolih dibuat apabila berlaku pembubaran DUN dan terlantiknya Kerajaan Negeri yang baru. Maka Speaker baru bolih dilantik. Saya amat khuatir sesuatu yang buruk akan berlaku terhadap YB Tuan Speaker dan ADUN yang lain.

    BalasPadam
  5. ADAKAH DR RANI IKHLAS DAN JUJUR DGN KOMEN DI ATAS???ADAKAH PROF PERNAH MENDENGAR HADIS YG MENYATAKAN DARI 3 ORANG HAKIM,2 DARIPADANYA AKAN MASUK NERAKA.....
    APAKAH PROF BERSETUJU DGN SEMUA KEPUTUSAN2 HAKIM2 YG BERGELAR DATO DI MAHKAMAH2 TERTINGGI DLM NEGARA KITA INI?????
    APAKAH KEADILAN YG BERHAK DI PEROLEHI OLEH YG EMPUNYA DI KEMBALIKAN OLEH HAKIM2 TERSEBUT DEWASA INI??

    SAYA AMAT2 LAH MOHON AGAR PROF DAPAT MEMBERI JAWAPAN DI SINI,SEBAGAI MUSLIM SEJATI....

    BalasPadam
  6. aku rasa prof dr rani ni dapat title melalui pintu belakang...
    kalu mahu menafikan,tunjuk bukti
    KOMEN YANG MAHUKAN PANGKAT DATO
    HAHAHAHA....

    BalasPadam
  7. aku bukan prof tapi kalau lantik 100 panel juri pun bila keputusannya 100% veto juga, maka ada sesuatu yang janggal sedang berlaku. Kalau kerajaan yang sah pun boleh ditumbang dengan cara tidak sah,apa lagi yang ada pada rakyat dan negara ini....!!!

    BalasPadam
  8. buat prof kangkung di atas yg tk bolehnya persidangan biasa tapi ini Persidangan Tergempar yg dibawah pokok tu yg sbb Dewan Tidak Dibenar Menggunakannya..Utk persidangan biasa betullah memerlukan perkenan Tuanku tapi utk Persidangan Tergempar ianya tak perlu perkenan Tuanku..Cuba Prof lihat yg dah lepas2 seperti Parlimen yg pernah adakan persidangan tergempar tentang Isu Palestin baru2 ini..Adakah bekas Pm PkLah & Tn speaker Dewan mohon perkenan YDP..

    BalasPadam
  9. cut n paste komen saya dari blog;

    http://politikbanjar.blogspot.com/2009/02/bloggershot-sokongan-kepada-nizar-akan.html

    Saturday, February 28, 2009
    (*) Bloggers@HOT - ..sokongan kepada Nizar akan terjawab 3 Mac ini ?

    Anonymous said...
    Komen saya akan pebincangan. hujah ahli2 panel kelolaan NTV7 bersama UiTM pada 9.30-10.30 malam di UiTM.

    Ahli2 panel UiTM akur (concede)bahawa adalah hak Baginda Sultan mengikut kewajarannya (budibicaranya) untuk atau tidak membubarkan DUN Perak.

    Prof Dr Shad Faruqi tidak menolak bahawa adanya ruang (secara implikasi) dibawah Fasal 16(6) Undang2 Tubuh Negeri Perak bahawasanya jika permintaan MB untuk DUN dibubarkan tidak diperkenankan, MB berserta EXCOnya hendaklah meletakkan jawatan. Namun disini Prof Shad tidak memberikan jawapan nyata (express) bagaimana jika MB Dato Seri Nizar enggan berbuat demikian. Pada pandangan saya (Dr Abd Rani), jika Dato Seri Md Nizar engganpun, itu tidak relevan kerana akan dianggap sebagai sudah meletakkan jawatan (mahu atau tidak). Hanya selepas itulah MB dan exco baru dilantik Baginda Sultan.

    Sebab Dato Seri Nizar memohon DUN dibubar tidak lain dan tidak bukan bahawa beliau sendiri akur (conceded) sudah kehilangan majoriti ADUN2 dan beliau pun tidak sekali-kali mohon kepada Sultan sidang diadakan bagi menentukan sejauh mana undi tidak percaya terhadapnya itu betul. Maka bila Dato Seri Md Nizar memohon DUN dibubar, padahnya adalah beliau dan exconya (Majlis Eksekutif) shall tender resignation jika permohonan untuk membubarkan DUN tidak diperkenankan Sultan.
    Justeru, untuk kemudiannya mengesyorkan DUN dibubar sebagai jalan terbaik adalah merupakan langkah terkebelakang setelah akur bahawa sememangnya Baginda Sultan mempunyai budibicara untuk atau tidak membubarkan DUN.

    Bubarkan DUN bukan lagi suatu opsyen setelah Baginda Sultan membuat keputusannya (res judicata) kerana itu ibarat tidak menghormati dan mengingkari keputusan Baginda Sultan.

    Pandang Prof Dr Shad yang mengatakan bahawa dalam kes Stephen Kalongningkan DUN sememangnya "masih bersidang" sedangkan diPerak sudah ditangguhkan tanpa tarikh ditetapkan sekian lama (adjourn sine dine) perbezaan itu pada saya (DrAbdul Rani) tidak membawa apa-apa makna yang kuat. Fasal 16(6) tidak menetapkan sokongan majoriti ADUN2 hendaklah (shall) diraih dalam sidang DUN. Maka penentuan Sultan diistannya bahawa sokongan majoriti sudah berpihak kepada BN adalah tidak salah disegi undang2. Bahawa adalah lebih baik sokongan majoriti ADUN2 dibuat semasa sidang DUN samalah seperti elok sembahyang dimasjid berjemaah berbanding sembahayang sendiri dirumah. Ataupun memberikan pengajaran (lecture) didalam kelas berbanding di padang rumput - namun sah tetap sah. Lagipun Dato Seri Nizar sudah akur (concede) beliau tidak ada lagi majoriti dan minta DUN dibubar. Fakta ini tidak lagi perlu dipertikaikan (not a fact in issue - agreed fact)

    Berkenaan Fasal 10 Undang2 Tubuh Negeri Perak jelas bahawa Sultan mempunyai kuasa dan hanya bertanggungjawab mengadakan paling tidak satu sidang setiap 6 bulan - tempoh ini pun belum tamat dan akan hanya tamat mengikut kata panel2 itu - 15 Mei 2009. Maka Sultan mempunyai kata akhir (ultimate say) dan jika belum diperkenankan Sultan, jika sidang dibuat diDewan pun adalah tidak sah apatah lagi ditempat yang tidak diwartakan iaitu dibawah pokok?

    Pun begitu, untuk sidang itu sah, suatu notis hendaklah diisukan oleh setiausaha DUN yang mana tidak dibuat. Notis ini adalah mandatori (wajib) sepertimana yang saya faham dari perbincangan panel2. Pun begitu, Fasal 10 Undang2 Tubuh Perak memberi Sultan kata akhir (ultimate say) samada sidang DUN boleh atau tidak dibuat. Dalam hal ini, saya tidak nampak relevannya perbezaan samada sesi DUN di tangguhkan, prorogue atau sebab dibubarkan seperti mana pandangan Prof Dr Shad bahawa jika di tangguhkan perkenan Sultan tidak diperlukan lagi. Bukankah sultan mempunyai kata akhir (ultimate say, veto)dibawah Fasal 10 undang2 Tubuh Perak untuk memerintah agar sidang yang ditangguhkanpun supaya tidak dibuat sehingga arahan selanjutnya dari Baginda Sultan. Tindakan "mengunci" adalah bukti Sultan tidak perkenankan sidang itu dibuat. Indulgence (kelonggaran) Baginda Sultan tidak boleh ditakrifkan sebagai bermaksud bahawa sidang DUN boleh dibuat tanpa perkenan atau permasyuharan Bagina Sultan sepertimana terdapat dalam Undang2 Tubuh Negeri Perak.

    Bahawa hujah SPR adalah badan bebas dan tidak tertakluk kepada Speaker DUN dalam menentukan casual vacancy lebih kuat dan logik. Kuasa SPR sepertimana terkandung didalam Akta Pilihanraya. Speaker DUN sekadar pengaturcara/referee semasa sidang DUN, dan SPR tidak menjawab (accountable) kepada Speaker DUN. Apakah surat yang tidak bertarikh itu sah? Mengikut Mahkamah tidak. Mengapa? Dibawah undang2 kontrak pun, suatu perjanjian yang dipaksa (oppressive, undue influence dan sebagainya) adalah voidable (kesahannya boleh ditolak). Maka ADUN2 lompat itu sudah menafikan perletakkan jawatan mereka dan membatalkan surat tersebut. Lagipun mandat ADUN adalah dari rakyat (pengundi2) bukan dari parti - maka apa hak parti meminta mana2 ADUN letak jawatan jika melompat? Bukankah itu undue influence -dan dalam kontrakpun adalah voidable? Apapun, SPR bukan dibawah arahan Speaker DUN.

    Lompat itu sah disisi undang2 dan dibenarkan oleh perlembagaan.

    Jika parti2 politik dapat sampai kesuatu settlement, memanglah baik. Jika tidak Mahkamah adalah penyelesaian terbaik sama ada menang atau kalah. Membubarkan DUN pada saya adalah langkah kebelakang setelah Baginda Sultan membuat keputusan dan seoalah-olahnya tidak menghormati kewajaran Sultan ataupun Sultan tidak menggunakan kewajarannya bila tidak perkenakan DUN dibubar.

    Adakah hanya 3 ADUN - dengan membubarkan DUN bermakna ADUN2 yang lain turut terpaksa hilang kerusi-kerusi mereka juga? Mereka-meraka ini tidak mempunyai ataupun menimbulkan apa-apa masaalahpun. Maka dimana ketidakwajaran Sultan? Bila Pakatan Rakyat mewawarkan lompat beramai-ramai ADUN ke pihak mereka tiada pula masaalah - maka kenapa pula kerana tiga ADUNyang melompat - isu ini diperbesar-besarkan. Rakyat perlu fikir, apakah mereka berfikiran dengan baik dan wajar? Apakah mereka ini mewakili semua rakyat Malaysia atau semua rakyat Perak atau sebahagian besar/ sebahagian kecil sahaja?

    Maka soal wajar DUN dibubar atau tidak, yang sudah berlalu biarlah berlalu - sekarang tugas Mahkamah menyelesaikan dan pihak2 yang menyalah guna kuasa atau menggunakan kuasa yang salah perlu dipertanggungjawabkan.

    Prof Madya Dr Abdul Rani Bin Kamarudin
    Pensyarah Undang2 IIUM

    April 1, 2009 5:14 PM

    BalasPadam
  10. Dari keputusan Mahkamah Persekutuan bahawa EC (Suruhanja Pilihanraya) kompeten menentukan samada terdapat "casual vacancy" bermaksud (tersirat) keputusan EC bahawa Kerusi DUN tidak kosong dan EC tidak perlu mengadakan piliharaya kecil adalah sah disisi undang2. Keputusan ini adalah estoppel by record terhadap Pakatan Rakyat. Turutan dari keputusan bahawa EC berhak menentukan kekosongan kerusi DUN bermakna 3 ADUN tersebut kekal sebagai ADUN, Maka bolehkah ada kekosongan kerusi DUN?

    Pun begitu, terpulang kepada Pakatan Rakyat untuk membuat "judicial review" (semakan Undang2) terhadap keputusan EC bahawa “perletakkan jawatan “3 katak Pakatan Rakyat” itu meragukan dan tidak boleh pakai. Itupun jika dilayan (with leave) mahkamah.

    Tambahan pula, kini Mahkamah Persekutuan memutuskan penggantungan MB Dato Zambry dan EXCOnya tidak sah. Apabila mahkamah persekutuan memutuskan bahawa pergantunggan Dato Zambry dan Exconya batal dan tidak sah bermakna secara implikasinya, sidang dibawah pokok itu yang dibuat tanpa kehadiran mereka2 itu mengikut turutannya juga terbatal dan tidak sah.

    Apapun perlu ditekankan juga bahawa sidang dibawah pokok itu tidak mendapat perkenan sultan. Maka jika dibuat diDewan pun tidak sah, apatahlagi dibawah pokok.

    Berkenaan Fasal XXXVI (1) Undang2 Tubuh Negeri Perak jelas bahawa Sultan mempunyai kuasa dan hanya bertanggungjawab mengadakan paling tidak satu sidang setiap 6 bulan - tempoh ini pun belum tamat dan akan hanya tamat mengikut kata panel2 itu pada - 15 Mei 2009. (lihat Komen saya terhadap rancangan “Hujah-Krisis Perak, NTV9” pada 9.30 – 10.30 malam siaran langsung dari UiTM – “Krisis Perak” pada 31b Mac 2009)

    Perkara XXXVI (1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan memperuntuk “DYMM hendaklah dari semasa ke semasa memanggil bersidang Dewan Negeri itu dan tidaklah boleh membiarkan tempoh enam bulan berlalu di antara perjumpaan yang akhir lepas dalam satu persidangan dengan tarikh yang ditetapkan bagi perjumpaan yang pertama dalam persidangan yang di hadapan.”

    Apa pun, untuk sidang itu sah, suatu notis hendaklah juga diisukan oleh setiausaha DUN yang mana tidak dibuat. Notis ini adalah mandatori (wajib) sepertimana yang saya faham dari perbincangan panel2 Hujah-Krisis Perak NTV9 pada 31hb Mac 2009.

    PT 1 (Perintah Tetap DUN) mengatakan “maka Setiausaha Dewan hendaklah membacakan Pemasyhuran DYMM Seri Sultan Perak Darul Ridzuan memanggil mesyuarat..”.

    Maka Sultan mempunyai kata akhir (ultimate say) dan jika belum diperkenankan Sultan, pada pandangan saya jika sidang dibuat diDewan pun adalah tidak sah apatah lagi ditempat yang tidak diwartakan iaitu dibawah pokok?

    “PT 10 (1) mengatakan “ Penggal Dewan hendaklah diadakan pada waktu dan tempat sebagaimana yang ditetapkan oleh DYMM Seri Sultan Perak Darul Ridzuan dari semasa ke semasa melalui perisytiharan dalam Warta,”

    Fasal XXXVI (1) Undang2 Tubuh Perak memberi Sultan kata akhir (ultimate say) samada sidang DUN boleh atau tidak dibuat. Dalam hal ini, saya tidak nampak relevannya perbezaan samada sesi DUN di tangguhkan, prorogue atau sebab dibubarkan seperti mana pandangan Prof Dr Shad bahawa jika di tangguhkan perkenan Sultan tidak diperlukan lagi. Bukankah sultan mempunyai kata akhir (ultimate say, veto) dibawah Perkara XXXVI (1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan untuk memerintah agar sidang yang ditangguhkanpun supaya tidak dibuat sehingga arahan selanjutnya dari Baginda Sultan. Tindakan “mengunci” DUN adalah bukti Sultan tidak perkenankan sidang itu dibuat.

    Maka jika tiada perkenan Sultan, jangan nak kata sidang DUN didewan itu boleh sah, apatahlagi dibawah pokok.

    Isu utama yang tinggal kini ialah samada Dato Seri Nizar masih seorang MB.

    Kini Sultan Perak sudah perkenankan Dato Zambri mengadakan sidang DUN – jika ada sesiapa yang ada bertanya apa itu Raja Berpelembagaan – ini adalah antara contohnya.

    Contoh lagi, dalam kes bunuh, Raja ada kuasa pengampunan, dan seorang yang melakukan pembunuhan (jika sabit) hakikatnya, Sultanlah yang menggantungkan pembunuh tersebut sampai mati tetapi melalui Hakim (Hakim juga dilantik oleh YDPA/Sultan juga) dan Jabatan Penjara menggunakan Undang2 Sultan. Bukankah semua undang2 memerlukan perkenan Sultan juga?

    Ramai yang tanpa segan dan silu melaungkan Raja Berpelembagaan sedangkan mengetahui hanya sedikit (atau fahaman salah) apa hakikat dan maksud Raja Berpelembagaan.

    Adalah hak rakyat untuk berpersatuan (dibawah Akta Pertubuhan) dan memperjuangkan kebajikan ahli-ahli mereka dan pada masa yang sama mencalonkan ahli-ahli mereka bertanding dipilihanraya untuk merebut kerusi DUN mahupun Parlimen. Rakyat turut serta terbabit dalam proses ini - namun perlantikan EXCO dan MB serta mandat pentadbiran kerajaan negeri/Negara adalah prerogatif Sultan samada mereka-meraka (ADUN2/ Ahli2 Parlimen) adalah suatu Management Team/Pakatan Pentadbiran (BN/ dan atau Pakatan Rakyat dan sebaliknya) yang boleh pada pandangan Sultan/YDPA membawa kepada kesejahteraan dan kemajuan kepada rakayat dan negera/negeri . Jika tidak, saya tidak nampak relevannya kenapa mandat pentadbiran yang diberikan Sultan/ YDPA kepada mana-mana Management Team/ Pakatan Pentadbiran samada BN atau Pakatan Rakyat itu tidak seharusnya ditarik balik oleh YDPA/Sultan.

    “Ketuanan Rakyat” yang diwawarkan mana-mana pihak atau pertubuhan jika tidak mengikut lunas-lunas perlembagaan akan cenderung kepada fahaman atau unsur2 komunisme, sosialis dan atau republik. Ini adalah menyalahi dan bertentangan dengan konsep Raja Berpelembagaan yang dipegang dan amalkan di Malaysia (Rukun Negara). Pertubuhan yang sebegitu piagamnya boleh diharamkan kerana bergiat dalam aktiviti2 subversif sebenarnya. Jika ini halnya, ianya adalah sesuatu yang membabitkan isu keselamatan negara (ISA), kesejahteraan dan ketenteraman awam (Ordinan Darurat 1969), hasutan (Akta Hasutan), dan atau memerangi Pemerintah (Raja2 – Kanun Keseksaan).

    Kepada Management Team BN, selamat mentadbir negeri Perak dan jangan dipersia-siakan mandat Raja dan hasrat rakyat untuk agama dan Negara. Bagi Pakatan Rakyat – bukankah esok masih ada?

    Prof Madya Dr Abdul Rani Bin Kamarudin
    Pensyarah (jabatan Undang2 Awam)IIUM

    Perhatian: Disini saya hanya memberikan pandangan undang2 saya. Bukankah diblog ini kita bole bertukar2 pendapat dan pandangan secara informal? Banyak lagi pandangan lain yang bole juga dipertimbangkan oleh pembaca diblog ini - terserah. Mahkamah yang buat keputusan bukan saya - dan pandangan Mahkamah mengikat pihak yang bertelagah.

    Apapun keputusan Mahkamah (betul atau tidak,setuju atau tidak) mengikat pihak2 yang bertelagah. jangan pula kerana keputusan Mahkamah Persekutuan, kita pula yang bertelagah.

    BalasPadam
  11. "Apapun keputusan Mahkamah (betul atau tidak,setuju atau tidak) mengikat pihak2 yang bertelagah. jangan pula kerana keputusan Mahkamah Persekutuan, kita pula yang bertelagah."

    Saya ni tidaklah sepakar Prof. Dr, tapi dengan sendirinya diberikan Allah ilmu pengetahuan yang boleh digunapakai untuk menelai arah mana baik dan yang tidak baik.

    Pendapat saya tentang keputusan mana-mana Mahkamah di Malaysia termasuk "Federal Court" amatlah mendukacitakan, sebahagian besar keputusannya boleh diramal, terutamanya melibatkan "Political Figure" yang masih memegang kuasa.

    Keputusan Mahkamah tidak lagi mencerminkan "kewarasan", kesucian, ketidak-berat-sebelah dan professionalism. Mahkamah di Malaysia sudah tidak lagi betul termasuklah "MOOT COURT" di IIUM. Semuanya tidak telus dan suci.

    Dahulu kala, kita bolehlah berserah kepada keputusan Mahkamah untuk sesuatu perkara dalam pertelagahan antara dua pihak, tetapi dengan adanya "Proxy" orang-orang politik didalam kamar Hakim, maka semuanya akan "berjalan dengan lancar" mengikut kehendak atau "bisikan" syaitan berjawatan tinggi KERAjaan.

    Apa yang saya, hendak kemukakan disini adalah Prof. Dr. jika hendak berhujah tolonglah jelaskan sejelas-jelasnya bukti-bukti dan janganlah ambil sekerat saja, tambahan pula janganlah sentiasa berat-sebelah. Prof. Dr. memanglah sudah pakar dalam menginterpretasi hujahan-hujahan dalam bidang undang-undang tetapi Prof. Dr. belum mahir lagi dalam permainan politik UMNO-BN yang "menghalalkan segalanya cara asalkan dapat mencapai tujuan politk mereka."

    SAYA SENTIASA BERHARAP DAN BERDOA SEMOGA ORANG SEPERTI PROF. DR. DAPAT PETUNJUK DARINYA AGAR DAPAT BERFIKIR DENGAN BAIK DAN BOLEH MENEGAKKAN YANG BETUL DAN MENEGAH YANG SALAH... AMIIIIIIIIIIINNNNNN...

    BalasPadam