Isnin, 27 September 2010

Tanah Runtuh di Outlet Longkang Taman Pusing Baru


Kejadian tanah runtuh di outlet longkang ke Sungai Menderus, Taman Pusing Baru semakin meruncing selepas hujan lebat yang turun pada minggu lepas. Outlet longkang ini terletak di penghujung Jalan Saroja, Taman Pusing Baru. Kejadian tanah runtuh ini bukanlah satu masalah baru. Ia merupakan satu masalah yang tidak terselesai lebih daripada 10 tahun. Pernah sekali pihak Majlis Daerah Kinta Barat menambak tanah di kawasan itu lebih kurang 10 tahun yang lepas. Tetapi, masalah ini masih wujud selepas beberapa tahun. Walaupun aduan telah dibuat oleh penduduk kawasan ini, tetapi tidak ada tindakan susulan daripada pihak kerajaan tempatan. Pada penghujung tahun 2008, bekan Ahli Majlis Chan Chin Fah, Vijakumar beberapa pegawai Majlis Daerah Batu Gajah telah membuat lawatan tapak. Pada masa itu, pihak berkuasa tempatan telah menjanjikan untuk menyiapkan 'culvet' dan 'head wall' dengan sayap pada awal tahun 2009. Tetapi, masalah ini telah dibiarkan sehingga hari ini. Akibatnya keruntuhan tanah menjadi semakin teruk dan meruncing. Sudah terdapat keretakan di tengah-tengah jalan di lorong belakang Jalan Saroja. Jika ini dibiarkan lebih lama lagi, maka keseluruhan jalan dan rumah berhampiran dengan tapak tersebut mungkin akan runtuh. Seorang penghuni rumah disitu yang bernama Fong Seak Yoong (58) merungut kekecewaannya bahawa aduan beliau telah selama 10 tahun jatuh di telinga pekak. Tidak ada pihak yang mahu membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi. Pihak Majlis Daerah Batu Gajah harus menyelesaikan masalah ini dengan segera sebelum apa-apa kejadian yang tidak diingini berlaku di tempat ini. Tambahan pula, kos membaik pulih akan meningkat jika kerosakan tidak dikawal awal-awal lagi. Saya telah menulis surat kepada Yang Dipertua Majlis Daerah Batu Gajah Dato Razali untuk mengambil tindakan segera mengatasi masalah ini. Sikap acuh tak acuh pihak majlis mengakibatkan banyak masalah tempatan tidak dapat diselesaikan secara efektif. Kerajaan tempatan yang tidak responsif kepada masalah rakyat akan menambahkan kebencian orang ramai terhadap kerajaan yang memerintah.

Khamis, 23 September 2010


(和丰 23 日讯)
行动党今日指吡州马华高调反对怡保市政府大藍图计划,包括把门牌稅从16%提高至20%显示马华领袖正对该党行政议员拿督马汉顺投不信任票。
吡州行动党秘書兼太平区国会议员倪可敏今日说,除了要反对党建大学,马华如今又成立怡保市政府大藍图小组来向市政府呈备忘录。马华似乎忘了本身是执政党,反而正积极学习当反对党呈备忘录,让人大开眼界。
倪氏指出,马华高调反对怡保市政府大藍图计划,甚至拉大队去向怡保市政厅呈备忘录,种种令人啼笑皆非的举动除了自我矮化,更印证了当家不当权的窘境。他说,马华在市政府有多名市议员,但该党不但沒份擬定大藍图,马华怡保大藍图小组主任拿督易沛鴻甚至于昨日纡尊降贵去向区区地方政府秘書拿督拉欣呈备忘录。“马华似乎忘了本身是执政党,更忘了掌管吡州地方政府的行政议员名字叫拿督马汉顺。”他调侃。
倪可敏指出,马华成立怡保市政府大藍图小组去向市政府呈备忘录清楚显示该党对马汉顺投不信任票;而马汉顺沒有事先阻止市政府提高门牌稅至20%更突显马氏后知后觉、要劳动党同志去反对,表现不合格。怡保市政府现今的门牌稅是16%,高居西马之冠。一旦调高至20%,这将打击民生及加剧低层市民的重担。
倪氏表示,马华在黄家定的时代于2006年曾率领九名非回教徒部长向当时的首相阿都拉呈改教备忘录,过后在巫统施压下却虎头蛇尾、匆匆收回,最终灰头土脸后不了了之;事实证明吡州马华如今却在重蹈覆徹。
他说,马华投诉该党沒份擬定大藍图,全体马华市议员应当集体辞职以显示该党沒有耍弄双面人的政治把戏。该党身为执政党沒份擬定大藍图却拉大队到处向媒体提建议,这也算创举,举世罕见。“这种廉价宣传突显了马华巳严重到失去方向。”他感叹。
倪氏今日受邀出席和丰民主行动党<阳光计划>服务队探访也朗新村潘润祥、潘玉娇、潘福兰等一家四口弱智的不幸家庭、赠送米糧后向媒体如此表示。该服务队由薛观胜担任队长,积极投入为和丰区人民服务并发扬雪中送炭的精神。
一家四口弱智 潘润祥不幸遭遇情况可憐
潘润祥一家四口皆弱智及失业,该不幸家庭可谓家徒四壁、情况可憐。受邀出席的该党其他领袖包括桂和区州议员黃家和、德賓丁宜区州议员黃文标、万里望区州议员林碧霞、州副组织秘書郑福基、也朗东区支部主席李春华、金美丽花园支部主席何发及太平国会选区社青团团长郑国霖等。
(图) 1 : 和丰民主行动党<阳光计划>服务队探访也朗新村一户弱智不幸家庭并赠送米糧表达关怀。左三起郑福基、林碧霞、黃文标、倪可敏、李春华及何发等。

(图) 2, 3 & 4 : 和丰也朗新村潘润祥、潘玉娇等一家四口皆弱智及失业,该不幸家庭可谓家徒四壁、情况可憐,极须社会热心人士援助。

(图) 3 : 倪可敏出席和丰民主行动党<阳光计划>服务队探访也朗新村不幸家庭后向媒体发言。

Rabu, 22 September 2010

Masalah Banjir Di Kampung Pinang B, Pusing


Setiap kali hujan lebat mesti berlaku banjir kilat di Kampung Pinang B, Pusing Batu Gajah. Penduduk kawasan ini terpaksa berdepan dengan masalah ini kerana kecuaian Majlis Daerah Batu Gajah membersihkan longkang-longkang di situ yang ditumbuhi rumput dan tersumbat. Di manakah perginya kontraktor-kontraktor yang dilantik oleh Majlis Daerah Batu Gajah untuk membersihkan longkang-longkang ini? Kenapa Majlis Daerah Batu Gajah tidak memantau kerja-kerja pembersihanan yang terletak di bawah bidang kuasanya. Ini menimbulkan masalah kepada rakyat. Penduduk kawasan Kampung Pinang B berasa sangat kecewa kerana rungutan mereka tidak mendapat perhatian pihak berkuasa tempatan.


Saya telah menulis surat kepada Yang Dipertua Majlis Daerah Batu Gajah, Dato Razali supaya mengambil tindakan segera menyelesaikan masalah yang dibangkitkan.

Jumaat, 17 September 2010

Mah Han Soon Tidak Bersalah?


Kenapa YB Ong Boon Piow didakwa di Mahkamah kerana memiliki 23 DVD berkaitan dengan Sidang DUN Bawah Pokok?


Dato Dr Mah Han Soon juga telah mencetak dan mengedarkan 50,000 DVD Sidang DUN 7 Mei.


Gambar ini membuktikan Mah Han Soon telah mengeluarkan DVD tersebut.


Jelas sikap 'double standard' pihak pendakwa dalam isu DVD ini.



(太平 17 日讯)


為了加强党员的政治理念,太平行动党国州议员服务中心决定在每个月首个及第三个周三晚上八时主办<就事论事>时事论坛,并由太平区社青团团长郑国霖担任讲师主讲,欢迎全体党员报名参加。


太平区国会议员倪可敏今日受邀推介该<就事论事>时事论坛时表示,政治理念是一个政党的灵魂,一个沒有理念的政党将只剩下追求权力与利益的慾望,沦为行屍走肉。
他表示,党员若对党的理念认识不深,很容易就遭人影响或摆佈,这对行动党是很危险的事。若党员轻易受人误导或听信有心人散播的谣言甚或匿名信,轻则选出不爱党的领袖,重则断送党几十年辛苦奋斗得來不易的江山。
他强调,一流的政党有竞爭但无党爭,它爭的是对党路线与理念的坚持;三流的政党则是个人意气之爭,尽是说三道四的小人政治,对党国一些幇助都沒有。行动党要做一流或三流政党,决定权在党员手中,這点值得大家深思。
倪氏指出,太平行动党每个月首及第三个周三晚上八时主办<就事论事>时事论坛是一个广开言路、集思广益的民主论坛,希望州内每个选区皆能见贤思齐,踴跃推行。他表示,担任讲师的郑国霖毕业于澳洲顶尖的莫纳斯大学工商金融管理系,年青有为,希望全体党员踴跃参与论坛,彼此互相学习。任何有兴趣参与时事论坛者欢迎致电服务中心助理陈荟丝 Tel : 05-8050672报名。
(图) 1 : 太平行动党<就事论事>时事论坛,欢迎大家广开言路、集思广益。前排右一起刘长一、郑国霖、倪可敏、黄木义及后排左一蔡长山。
(图) 2 : 太平区国会议员倪可敏受邀推介<就事论事>时事论坛时向学员发表谈话。

Khamis, 16 September 2010

Cuti Umum 16 September, Kejayaan Pakatan Rakyat


Kenyataan Akhbar YB V.Sivakumar pada 16 September 2010 di Batu Gajah


Cuti Umum 16 September , Kejayaan Pakatan Rakyat


Malaysia terbentuk pada 16 September 1963. Tetapi, sehingga tahun lalu tarikh itu tidak diberi keistemewaan oleh kerajaan. Hari kemerdekaan disambut dengan meriah pada tiap-tiap tahun pada 31 Ogos. Jalur Gemilang dipasang diseluruh negara. Tetapi, tidak ada iktibar yang sama untuk menyambut Hari Malaysia yang tidak kurang pentingnya pada 16 September. Bagi Sabah dan Sarawak, tarikh 16 September mempunyai makna yang lebih besar daripada 31 Ogos. Walau bagaimanapun, 47 tahun telah berlalu untuk kerajaan sedar bahawa tarikh 16 September mempunyai ertikata yang sangat mendalam di sanubari setiap rakyat Malaysia. Pada 16 September inilah lahirnya nama baru untuk tanah air kita ‘Malaysia’.


Pakatan Rakyat mengiktiraf sepenuhnya Hari Malaysia untuk disambut meriah oleh seluruh rakyat negara ini termasuk Sabah dan Sarawak. Tekanan dan desakan telah diberikan oleh Pakatan Rakyat terhadap kerajaan untuk membuka tirai menyambut Hari Malaysia yang penuh bermakna ini. Atas desakan tersebut, maka pada tahun ini kerajaan telah mengisytiharkan 16 September sebagai hari cuti umum. Kerajaan telah sedar dan menjadikan pertikaian yang diungkitkan oleh Pakatan Rakyat sebagai satu pedoman untuk mengambil tindakan ini. Kerajaan juga mengaku kesilapan yang telah dilakukan olehnya selama 45 tahun tidak memberi keutamaan yang sewajarnya kepada Hari Malaysia. Pemberian cuti umum pada 16 September ini merupakan satu kejayaan besar kepada usaha Pakatan Rakyat menanam Semangat Malaysia dikalangan rakyat jelata.


Semangat Malaysia ini adalah penting kerana negara ini terdiri daripada pelbagai kaum dan keturunan. Untuk menjamin kesejahteraan dan kemajuan negara, Semangat Malaysia ini akan menjadi tunggak perpaduan. Kita tidak mahu rakyat negara ini pecah belah. Kita tidak mahu pihak-pihak tertentu mengancam perpaduan masyarakat dalam negara ini. Kita mahu lihat negara ini aman dan damai. Rakyat hidup secara muhibbah tanpa hasad dengki dan bermusuhan. Inilah aspirasi yang perlu ditanam didalam jiwa setiap rakyat di negara ini. Kita juga harus mengutuk sekeras-kerasnya orang-orang yang mahu mencemarkan perpaduan negara ini .


Sehubung dengan itu Pakatan Rakyat Batu Gajah telah menganjurkan sambutan Hari Malaysia yang bertema ‘Malaysia Untuk Rakyat Malaysia’ . Sambutan ini dibuat pada pukul 10 pagi di Cawangan DAP Kampung Baru Bemban, Batu Gajah. Turut hadir bersama ialah V.Sivakumar (ADUN Tronoh), Lim Pek Har (ADUN Menglembu), YDP PAS Batu Gajah Ustaz Ismail, Wakil PKR saudara Anthony, Pengerusi DAP dari cawangan-cawangan DUN kawasan Tronoh, ahli-ahli dan penyokong-penyokong Pakatan Rakyat. Program dimulakan dengan jamuan ringan diikuti dengan ucapan pimpinan tempatan untuk menyemarakan Semangat Malaysia.


Dalam ucapan V.Sivakumar , ADUN Tronoh, beliau berkata, “ Kita lahir di Malaysia, kita juga akan mati di Malaysia, kita tidak ada negara lain melainkan Malaysia. Oleh, itu kita harus setia dan mempunyai tanggungjawab untuk menyelamatkan Malaysia daripada segala bentuk ancaman. Kita mahu melihat Malaysia yang bebas daripada jenayah, rasuah, kronisme dan nepotisme. ”


Beliau juga melahirkan rasa kesal dan kecewa dengan berkata, “Bila saya berada di Malaysia, saya dipanggil India, Bila saya pergi ke India, saya dipanggil Malaysia….siapa saya?” Adakah 1Malaysia yang diwar-warkan oleh Perdana Menteri akan berjaya mencari satu penyelesaian untuk masalah ini yang dihadapi oleh sebilangan besar rakyat yang dilahirkan di negara ini? Atau pun 1Malaysia hanya sekadar mata kail untuk memancing undi dalam pilihanraya akan datang?

V.Sivakumar
ADUN Tronoh

Jumaat, 3 September 2010

Lelong Lembu Di Majlis Daerah Batu Gajah


Kenyataan media oleh YB V.Sivakumar di Batu Gajah pada 3 September 2010


Bayaran Menuntut Balik Haiwan Tidak Munasabah


Majlis Daerah telah menangkap 2 ekor lembu dan ekor kerbau pada 28 Ogos 2010. Haiwan-haiwan ini ditangkap kerana kesalahan peruntukan undang-undang yang berkaitan Sek 3(10) Undang-undang Kecil Haiwan Merayau MDKB 1984. Pemilik kerbau tidak datang untuk menuntut haiwan peliharaannya.


Dua ekor lembu ditangkap pada jam 3.30 pagi di kawasan lebuh raya dekat Batu Gajah. Butir-butir kesalahan ialah membiarkan haiwan peliharaan tanpa kawalan di kawasan lebuh raya. Untuk kesalahan tersebut, kompaun sebanyak RM 250 telah dikenakan oleh Majlis Daerah Batu Gajah.


Tambahan pula, pihak Majlis Daerah Batu Gajah mengenakan bayaran menuntut balik haiwan yang disita berdasarkan Undang-undang Kecil 4 kepada Undang-undang Kecil Haiwan Merayau (MDKB) 1984.


Dalam kes tangkapan ini, bayaran yang dikenakan untuk mendapatkan balik haiwan ialah RM2000 seekor. Oleh itu, RM 4000 dikenakan terhadap seekor lembu jantan dan seekor lembu betina yang disita oleh Majlis Daerah Batu Gajah pada 28 Ogos 2010.


Oleh yang demikian, pemilik lembu-lembu itu dikehendaki membayar RM 250 kompaun dan RM 4000 untuk bayaran menuntut balik haiwan yang disita. Dengan itu, jumlah besar yang patut dibayar untuk mendapatkan semula lembu-lembu itu ialah RM4250.


Jumlah itu adalah terlalu besar untuk dibayar oleh pemilik lembu tersebut. Dalam kata lain, undang-undang tersebut tidak memberi peluang kepada pemilik lembu untuk mendapatkan lembu peliharaannya. Harga pasaran lembu jantan yang ditangkap ialah RM 800 manakala harga pasaran lembu betina yang ditangkap pula lebih kurang RM650 sahaja. Nilai sebenar kedua-dua lembu yang ditangkap itu ialah lebih kurang RM1450 sahaja. Tetapi jumlah yang perlu dibayar untuk mendapatkan kembali lembu-lembu itu jauh lebih besar daripada nilai sebenar. Pemilik terpaksa menbayar lebihan sebanyak RM2800. Dari segi logiknya, tidak munasabah untuk pemilik tersebut untuk menuntut lembu-lembu itu.


Jika lembu-lembu tersebut tidak dituntut oleh pemilik dalam tempoh yang diberikan, maka ia akan dilelong kepada orang awam. Dalam kes ini, lelongan awam telah dibuat oleh Majlis Daerah Batu Gajah pada 3 September 2010 di bangunan lama MBKB. Lelongan dimulakan dengan harga RM1500 seekor, tetapi tidak ada mana-mana pihak berminat untuk membeli lembu-lembu tersebut dengan harga yang begitu tinggi. Akhirnya Majlis Daerah Batu Gajah tidak berjaya menjual lembu-lembu yang ditangkap olehnya dalam lelongan awam. Menurut V.Sivakumar, ADUN kawasan Tronoh, ‘Sudah tentu orang tidak akan membeli sesuatu dengan harga yang lebih tinggi daripada harga pasaran dalam lelongan awam kecuali untuk barang-barang antik. Pihak Majlis Daerah Batu Gajah harus sedar tentang perkara ini dan meminda Undang-undang Kecil Haiwan Merayau (MDKB) 1984 supaya ia boleh diguna pakai dan relevan.


Perkara ini membuktikan kecacatan dalam Undang-undang kecil tersebut. Oleh itu, Ahli-ahli Majlis Batu Gajah seharusnya membuat pemindaan undang-undang dengan segera. Aduan juga diterima bahawa MBI hanya mengenakan kompaun sebanyak RM250 sahaja, begitu juga dengan beberapa Majlis Daerah yang lain.


Menurut V.Sivakumar lagi, tindakan harus diambil terhadap mereka yang bersalah, tetapi hukumannya mesti logik dan relevan. Sebagai contoh :-


1) Tangkapan pertama – kompaun RM 250
2) Tangkapan kedua – kompaun + bayaran menuntut balik RM 500
3) Tangkapan ketiga – kompaun + bayaran menuntut balik RM750
4) Tangkapan keempat – terus dilelong


V.Sivakumar juga mengakui bahawa masalah lembu dan kerbau adalah amat ketara di kawasannya. Beliau menegaskan supaya satu sistem yang lebih ketara dan berkesan dilaksanakan oleh pihak Majlis Daerah Batu Gajah dalam membendung masalah ini.


Pihak kerajaan negeri juga perlu prihatin dengan penternak-penternak lembu dan kerbau ini. Lebih banyak kemudahan dan padang ragut disediakan untuk mengatasi masalah ini. Tempatkan penternakan lembu dan kerbau dilokasi yang sesuai supaya masalah haiwan berkeliaran tanpa kawalan dapat diatasi. Ini akan menyelesaikan masalah orang awam secara umum dan masalah penternak secara khusus.


V.Sivakumar

3/9/2010

Rabu, 1 September 2010

Jalan Bota Perlu Dinaik Taraf Untuk Keselamatan Penduduk Tronoh


Kenyataan Media YB V.Sivakumar, ADUN Tronoh pada 1 September 2010


Jalan Bota Perlu Dinaik Taraf Untuk Keselamatan & Kesejahteraan Penduduk Tronoh


Jalan Bota merupakan jalan utama Ipoh-Bota pada satu masa dahulu. Jalan itu wujud sejak mulanya pekan Tronoh iaitu sebelum terdapatnya aktiviti perlombongan yang giat di kawasan tersebut. Pada penghujung tahun 60an jalan baru telah dibina dari Pusing ke Bota. Jalan itu kemudian menjadi jalan utama dari Jelapang ke Lumut. Oleh itu, Jalan Bota tidak lagi menjadi jalan utama Jelapang – Lumut pada masa ini. Walau bagaimanapun, Jalan Bota merupakan jalan penting di dalam Pekan Tronoh sehingga ke hari ini.


Jalan ini menghubungi Pekan Tronoh dengan Lebuhraya Ipoh-Lumut. Penduduk Tronoh menggunakan jalan ini untuk memasuki Lebuhraya Ipoh – Lumut. Bilangan kenderaan yang menggunakan jalan ini juga kian meningkat. Tambahan pula terletak 3 buah sekolah di sepanjang jalan tersebut. Sekolah-sekolah itu ialah SK Tronoh, SJK(C) Chung San dan SJK (T) Tronoh. Selain daripada itu, terdapat sebuah tokong Sikh dan Kuil Hindu disamping Jalan tersebut. Jalan ini juga merupakan pintas ke 2 buah taman perumahan di Tronoh.


Memandangkan penggunaan yang meluas, Jalan Bota ini perlu dilebarkan lagi. Didapati jalan tersebut agak sempit terutamanya pada waktu sebelum sekolah bermula dan selepas sekolah tamat. Ibubapa dan bas sekolah menggunakan jalan ini untuk mengambil dan menurunkan murid-murid di sekolah-sekolah tersebut. Ramai juga murid-murid sekolah berbasikal di Jalan Bota ini. Pada masa yang sama penduduk-penduduk dari Taman Bali Emas, Tronoh Mines dan Taman Tasek Putra menggunakan jalan ini untuk memasuki pasar awam dan Pekan Tronoh. Pelajar-pelajar Universiti Petronas juga menggunakan Jalan Bota untuk pergi ke gerai-gerai makanan di Pekan Tronoh.


Keadaan ini menimbulkan bahaya keselamatan jalanraya terutamanya kepada kanak-kanak sekolah yang menggunakan jalan ini pada tiap-tiap hari. Banyak kemalangan juga pernah berlaku di jalan tersebut. Ramai juga dikalangan ibubapa pernah mengadu kepada saya mengenai soal keselamatan anak-anak mereka yang menggunakan jalan ini untuk pergi ke sekolah. Oleh yang demikian tindakan perlu diambil oleh pihak JKR untuk mengatasi masalah ini.


Dalam Persidangan Dewan Negeri yang lepas iaitu pada 3 Ogos, satu soalan bertulis telah dikemukakan oleh pihak saya mengenai Jalan Bota ini. Soalan tersebut meminta JKR Perak samada mempunyai niat untuk melebarkan Jalan Bota dihadapan SK Tronoh, SJK(C) Chung San dan SJK(T) Tronoh. Pihak JKR telah menjawab bahawa pihaknya mempunyai cadangan untuk melebarkan Jalan Bota tersebut dan kerja pembinaan dijangka akan dimulakan pada bulan September 2010.


Saya sungguh mengharapkan pihak JKR akan memulakan kerja-kerja naik taraf Jalan Bota ini secepat yang mungkin demi keselamatan dan kesejahteraan semua pengguna-pengguna jalan tersebut.