Rabu, 29 April 2009

Payung Pakatan Rakyat Untuk Semua


Kerajaan Perak ketika dibawah pemerintahan Pakatan Rakyat telah berjaya meningkatkan toleransi serta keharmonian di antara kaum. Menurut DS Nizar Jamaluddin, permuafakatan terbukti dengan beberapa peristiwa yang terjadi di Negeri Perak, termasuk sokongan yang diterima oleh Pakatan Rakyat datang dari pelbagai kaum pada pilihanraya kecil Bukit Gantang yang lalu.

“Bukit Gantang sendiri telah menunjukkan kaum Cina dan bangsa lain telah menyokong penuh PAS. Walaupun Nizar dari parti Islam PAS namun itu tidak menghalangnya menerima sokongan dari pelbagai bangsa,” katanya dalam satu forum Politik Baru & Politik Etnik” di Dewan Perhimpunan Cina Selangor baru-baru ini.

Nizar mengulas, “walaupun UMNO memerintah dengan majority 2/3 namun Kerajaan Negeri Terengganu terumbang-ambing berbeza dengan Perak yang kerajaannya terdiri daripada pelbagai bangsa.

“Di Terengganu UMNO cukup kuat, seluruh wakil rakyat dan EXCO orang UMNO, Melayu dan Islam namun akhirnya mereka bergaduh dan berpecah-belah juga,” sindir Nizar.

Politik perkauman tidak ada tempat lagi di Malaysia. Malaysia sedang melalui satu proses politik dimensi baru. Rakyat mahu bersatu padu dan menolak politik perkauman BN. Ini merupakan satu kejayaan yang nyata dicapai oleh Pakatan Rakyat.

“Bersatu Kita Teguh, Bercerai Kita Roboh”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan