Jumaat, 10 April 2009

Khairy Tiada Tempat Dalam Kabinet Najib


Kenapa Khairy Jamaluddin tidak memdapat tempat dalam kabinet Najib? Khairy telah hilang pengaruh dalam kerajaan Malaysia setelah bapa mertuanya Tun Abdullah Ahmad Badawi telah meletak jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia. Jelas membuktikan Khairy telah ditindas oleh Najib kerana beliau tidak diberi apa-apa portfolio dalam kabinetnya.

Khairy akan dilenyapkan daripada arena politik tidak lama lagi. Walaupun beliau menang sebagai ketua pemuda UMNO, beliau tidak dihormati. Sebelum ini, Hishamuddin ketua pemuda UMNO boleh diberi jawatan Menteri Pelajaran, satu jawatan yang sangat disanjungi. Sekarang, Khairy pula tidak diberi apa-apa jawatan. Adakah beliau tidak layak diberi sekurang-kurangnya jawatan timbalan menteri.

Kenapa ini berlaku? Adakah ia mempunyai perkaitan dengan:

1) Kes rasuah Khairy dalam Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini
2) Perlantikan Mukriz sebagai Timbalan Menteri
3) Kemasukan semula Mahathir dalam UMNO
4) Balas dendam terhadap bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi

Apakah tindakan Khairy terhadap perkembangan terbaru ini? Rakyat Malaysia sedang memerhatikan Maruah ketua pemuda UMNO yang lantang bersuara dalam zaman bapa mertuanya.

2 ulasan:

  1. http://www.telokbakong.com/?p=962
    Arahan dari PM ghaib

    BalasPadam
  2. KHAIRY JAMALUDDIN YANG LEBIH DIKENALI SEBAGAI KJ BERCITA-CITA TINGGI.
    DALAM POLITIC SESEORANG INDIVIDU TAK SEPATUTNYA CUBA MENAIKI TANGGA SEBEGITU CEPAT LEBIH LEBIH LAGI DENGAN CARA PENGGUNAAN RASUAH. KEMAJUAN KJ DALAM POLITIK SELAMA INI ADALAH TIDAK DAPAT DINAFIKAN DISEBABKAN BAPA MERTUANYA.

    BalasPadam