Khamis, 30 April 2009

Bola di Kaki Nizar Sekarang!


Siapakah Menteri Besar Perak yang sah?

“Mahkamah Persekutuan tidak mahu mendengar kes ini. Bola ditendang balik ke Mahkamah Tinggi. ‘Pele Pangkor’ cuba tendang gol di Mahkamah Persekutuan semalam. Tetapi, kena tiang! Sekarang, bola di kaki Nizar. Harap-harap Nizar boleh tendang masuk gol di Mahkamah Tinggi nanti. Inilah harapan seluruh rakyat Perak. Tetapi kita harus ingat, dalam permainan ini, referee, lines man dan pengadil semuanya orang dia. Hanya penyokong-penyokong adalah orang kita. Ini bukan satu permainan yang adil. Tapi, kita tidak boleh putus asa.”

Kelima-lima hakim Mahkamah Tinggi secara sebulat suara membuat keputusan untuk mengembalikan kes ini ke Mahkamah Tinggi. Ini adalah kerana terdapat pertikaian fakta dalam isu pembubaran Dewan Negeri Perak.

Mahkamah Persekutuan telah membenarkan bantahan awal yang dibuat oleh Sulaiman Abdullah (peguam DS Nizar ). Beliau membuat bantahan awal supaya Mahkamah Persekutuan tidak membuat pentafsiran undang-undang seperti mana yang dipohon oleh DS Zambry.

Menurut Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim Alauddin Mohd Sheriff, permohonan Zambry ditolak atas bantahan awal yang dibuat. Antara hakim-hakim lain yang turut bersama semalam ialah:

1) Hakim Arifin Zakaria
2) Hakim Zulkefli Ahmad Makinudin
3) Hakim Ghazali Mohd Yusoff
4) Hakim James Foong

Mahkamah Tinggi diperintahkan untuk membuat keputusan mengenai fakta-fakta yang dipertikaikan. Kes ini akan masuk semula ke Mahkamah Tinggi pada 5 dan 6 Mei 2009.

Apakah isu yang menjadi pertikaian dalam kes ini?

Menurut afidavit yang difailkan oleh DS Nizar pada 20 April 2009, terdapat butir-butir yang bercanggah diantara affidavit awalnya dengan afidavit yang difailkan oleh Penasihat Undang-undang Negeri Perak pada 8 April 2009.

Menurut Nizar, beliau tidak memberitahu Sultan Perak bahawa dia telah hilang kepercayaan majoriti di Dewan Negeri Perak.

Nizar juga menegaskan bahawa beliau tidak meminta Sultan Perak untuk membubarkan DUN berdasarkan Artikel 16(6) Undang-undang Tubuh Negeri Perak.


Nizar memohon supaya menyoal balas Penasihat Undang-undang Negeri, Datuk Ahmad Kamal Md Shahid. Menurut Sulaiman Abdullah, beliau telah memohon untuk menyoal balas Datuk Ahmad Kamal pada 4 Mei 2009. Ini adalah kerana, Datuk Kamal dalam afidavitnya menyatakan bahawa Nizar telah memohon pembubaran DUN berdasarkan Artikel 16(6).

Semalam, Sulaiman Abdullah telah memohon kepada Mahkamah Persekutuan supaya tidak membuat tafsiran undang-undang sebelum Mahkamah Tinggi membuat keputusan berkaitan dengan isu yang dipertikaikan. Permohonannya berjaya!

6 ulasan:

  1. nizar macam budak nak gula2 nak sangat jadi mb kesian jadi ketua kampung pun tak layak

    BalasPadam
  2. undang2 malaysia sekarang telus?
    Adakah semua hakim di malaysia sekarang seperti robot hanya buat keputusan mengikut programmer?
    Harap2 semua hakim di malaysia mengikut kod dan etika dan akuan sumpah yg dilakukan semasa mengangkat sumpah jadi hakim.
    moga semua yang arif benar2 menjadi yang arif.
    KEBENARAN ITU PAHIT

    BalasPadam
  3. Ohoi tanpa nama 03:19

    Nizar bukan mcm budak2 nak gula2 kemaruk nak jadi MB.

    Geng hang si umno tu yg meroyan tak tentu hala nak perintah Perak hingga tidak menghormati kehendak rakyat jelata. Tak habih2 ngan isu derhaka, isu lain tarak dah ka???...

    Nizar bawa ke mahkamah kerana inginkan keputusan siapa yg berhak. Kalau mahkamah yg adil kata Zamry Mamak yg berhak, maka dia akan hormati keputusan tu.

    Agak2 apa akan jadi kalau mahkamah kata Nizar yg berhak....

    BalasPadam
  4. Jadi beban bukti ada di tangan Zambry. Dia perlu membuktikan terdapat keraguan mengenai kenyataan bahawa Nizar tidak pernah memberitahu Sultan mengenai kehilangan kepercayaan terhadap beliau.

    Tapi kalau keputusan mahkamah sudah diatur, kita pastikan hakim-hakim yang korup ini akan menjawab kepada rakyat selepas pilihanraya umum ke-13. Itupun kalau Pakatan menang

    BalasPadam
  5. Agaknya legacy
    LINGGAM-MAHATHIR......'CORRECT, CORRECT, CORRECT!'
    masih bertapak kuat di dalam sistem kehakiman kita

    BalasPadam
  6. alhamdulillah...

    Allah selamatkan kerajaan perak daripada menjadi boneka komunis DAP...


    yang benar kini telah benar...
    yang tipu telah kalah...

    alhamdulillah...

    semoga kerajaan perak terus maju dan aman.

    Tahniah Rakyat Perak..

    .

    BalasPadam