Ahad, 26 April 2009

Keputusan 'Poll' Di Blog Suara Perak - Isu DUN Perak




Soalan yang telah dikemukakan:

'Dewan Negeri Perak Mesti Dibubarkan Untuk Menyelesaikan Krisis Negeri Perak'

Seramai 924 orang telah mengundi dalam tempoh 14 hari.

Keputusan poll:

98.2% iaitu 907 orang telah mengundi supaya DUN Perak dibubarkan.

Hanya 17 orang ataupun 1.8% yang tidak bersetuju dengan kenyataan ini.


Terima kasih diucapkan kepada semua yang mengambil bahagian dalam poll ini.

1 ulasan:

  1. Dipetik dari Suara Keadilan (dari markas Angkatan Muda Keadilan) (http://www.suarakeadilan.com/sk/beritautama/2009/04/4408)
    Cadangan penalti RM50,000 bagi anggota dewan undangan negeri dan RM100,000 bagi anggota parlimen yang melepaskan jawatan tanpa sebab munasabah adalah satu cadangan keanak-anakan kerana tidak masuk akal kata Timbalan Angkatan Muda (AMK) KeADILan Faris Musa.
    Berikutan kenyataan Ketua Pemuda Gerakan Kedah Tan Keng Liang yang mahu penalty itu di kenakan keatas mana-mana Adun atau Ahli Parlimen yang mahu meletak jawatan tanpa sebab manasabah.
    Beliau juga mencadangkan jika perletakan jawatan itu atas alasan bagi mendapat mandat baru daripada pengundi bagi Adun terbabit untuk menyertai parti gabungan, penalti itu perlu dikurangkan separuh.
    Sementara itu, satu lagi kenyataan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Jerlun, Mukhriz Mahathir menyokong supaya Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mengenakan hukuman terhadap wakil rakyat yang meletak jawatan sesuka hati tanpa alasan yang kukuh.
    Katanya, perbuatan meletak jawatan dalam kalangan Anggota Parlimen atau Anggota Dewan Undangan Negeri pembangkang dengan sewenang-wenangnya, kini seolah-olah menjadi trend bagi memastikan parti mereka sentiasa mendapat perhatian.
    Perbuatan itu katanya merugikan rakyat dan negara kerana pilihan raya kecil memerlukan perbelanjaan besar setiap kali diadakan, selain mewujudkan suasana tidak selesa dalam kalangan penyokong parti-parti yang bertanding.
    Faris membidas kenyataan Tan dan Mukhris sebagai tidak masuk akal kerana amalan perletakan jawatan adalah perkara biasa yang diamalkan di negara-negara berasakan demokrasi.
    “Kenyataan itu amat tidak masuk akal serta agak keterlaluan dan memihak kepada kerajaan Barisan Nasional sahaja tanpa mengambil kira pendapat pihak lain,” jelas Faris kepada Suara Keadilan.

    BalasPadam