Rabu, 27 Jun 2012

MIC Gulung Tikar Jika Tidak Berani Bela Datuk Ambiga


Kenyataan Media YB V.Sivakumar, Timbalan Pengerusi DAP Perak, ADUN Kawasan Tronoh di Ipoh pada 27/6/2012.
MIC Gulung Tikar Jika Tidak Berani Bela Datuk Ambiga

UMNO dan ‘rasism’ tidak boleh dipisahkan. Politik UMNO adalah politik perkauman.  Tanpa isu perkauman, UMNO  tidak tahu berpolitik. Pemimpin-pemimpin UMNO menggunakan perkauman sebagai senjata untuk menimbulkan salah faham dan permusuhan antara kaum di negara ini. UMNO menggunakan sentimen perkauman untuk meraih undi daripada orang-orang Melayu. Ini adalah permainan politik kotor kerana mewujudkan ketegangan antara kaum di negara ini.

Peristiwa yang berlaku di Parlimen hari ini sungguh menyedihkan apabila Ahli Parlimen BN Seri Gading, Datuk  Mohamad Aziz mahu Pengerusi Bersama Bersih Datuk S.Ambiga  ‘digantung’ kerana didakwanya sebagai seorang pengkhianat.  Perkara ini tidak patut disebut oleh seorang ahli parlimen. Beliau tidak boleh dan tidak patut berhujah di parlimen dengan bahasa yang boleh menyinggung perasaan seseorang individu atau satu kaum tertentu. Imuniti untuk berucap di parlimen telah disalah gunakan oleh beliau.  Tindakan beliau  memalukan Parlimen Malaysia. 

Kenyataan beliau pastinya mempunyai niat perkauman. Beliau mahu  Datuk S. Ambiga ‘digantung’ semata-mata kerana dia seorang  wanita India. Ini merupakan satu penghinaan kepada keseluruhan masyarakat India dan kaum ibu di negara ini. Rakyat Malaysia tidak patut memaafkan orang seperti ini. Mereka perlu dihukum melalui peti undi dalam PRU13.

MIC mahu UMNO berhenti  mencemuh Datuk S. Ambiga. MIC sudah berasa  takut  dan ragu kerana hilang lebih banyak undi orang-orang India terutamanya kaum ibu kerana tindakan-tindakan UMNO yang keterlaluan. Datuk S. Ambiga telah melalui penghinaan dan cemuhan yang melampau daripada orang-orang UNMO dan segelintir NGO yang tidak bertanggungjawab. 

MIC hanya mampu memberi teguran lembut kepada UMNO ibarat menyurat di atas air. UMNO tidak akan menghormati  pemimpin-pemimpin MIC yang sudah pasti telah kehilangan sokongan masyarakat India. UMNO tidak peduli terhadap MIC dan undi orang-orang India di negara ini. Itulah sebabnya mereka seringkali menghina kaum India di negara ini. Pemimpin-pemimpin UMNO termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hanya bersandiwara menunjukkan keprihatinan mereka terhadap  kaum India.

Kalau MIC banar-benar berani, saya mencabar pemimpin-pemimpinnya membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Seri Gading, Datuk Muhamad Aziz yang mengeluarkan kenyataan yang sensitif di parlimen hari ini. Jika tidak, MIC harus mengaku  bahawa parti itu adalah boneka UMNO dulu, sekarang dan selama-lamanya. Rakyat akan memastikan MIC akan menggulung tikar bersama-sama dengan UMNO dalam PRU13 nanti.  

KONSERT PELANCARAN LAGU KEMPEN DAP

SAUDARA - SAUDARI,

DIJEMPUT HADIR KE

KONSERT PELANCARAN LAGU KEMPEN DAP PRU 13

* PELANCARAN CD LAGU MAATRAM (UBAH) 
DALAM BAHASA TAMIL *

ataupun mengikuti pelancaran ini secara langsung di

www.dapperak.org/livestream

IPOH MAYOR CHEATED PAPAN RESIDENTS


Residents of Papan complained of the foul-smell that affects this residential area. 

The Ipoh Municipal Council has burdened the residents of Papan yet with another problem, commented V. Sivakumar, the State Assemblyman of Tronoh. This stinky smell also affected part of Papan, Bukit Merah, Menglembu, Pusing, Lahat and its surrounding areas.

Likewise, the residents from Jelapang, too, complained of the fetid day and night. So, where is the smell actually coming from, asks Sivakumar. 

From 1 April 2012, it has been 3 months since the Ipoh Municipal Council dumping the garbage and trash in Papan. The residents here still complain about the foul-smell and the living environment has affected them very seriuosly.

During the meet with Mayor, he assured that the garbage dumping will not affect the residents as the sanitation project is a high-tech program and that it will not release or discharge any foul-smell. 

Obviously, Mayor's assurance seen as just words in the air. This is a strong reason for the residents of Papan to claim that the Mayor has lied and cheated them.

Isnin, 25 Jun 2012

Ceramah Sekeliling Perak Bersama Nga & Superman



Kenyataan Media YB V.Sivakumar, Timbalan Pengerusi DAP Perak, ADUN Kawasan Tronoh pada 25/6/2012 di Batu Gajah

Ceramah Sekeliling Perak Bersama Nga & Superman

DAP Perak telah berjaya menganjurkan satu program ceramah di Dewan Tokong Sam Wong Kong, Batu Gajah. Ceramah telah diadakan pada 24/6/2012 bermula jam 8pm. Antara penceramah utama yang berucap pada malam itu ialah YB Nga Kor Ming, Setiasusaha DAP Perak yang juga merupakan Ahli Parlimen Taiping dan ADUN Pantai Remis. Selain daripada itu, Dr Hew Kuan Yau yang lebih dikenali sebagai ‘Superman’ juga telah memberi ucapan dengan penuh semangat. 

Dua orang ADUN tempatan  iaitu YB V.Sivakumar dan YB Lim Pek Har juga telah berucap dalam program ceramah yang meriah ini. Seorang ahli veteran DAP dan juga merupakan bekas ahli Parlimen Kampar iaitu Sdr Ngoi juga telah berucap dengan penuh lawak jenaka mengutuk kerajaan Barisan Nasional. Dua orang ahli politik muda dan merupakan AJK DAP Perak iaitu Sdr Cheah Poh Hian dan Sdr Paul Yong juga dapat menonjolkan diri sebagai penceramah-penceramah yang berkaliber. 

Lebih daripada 1500 orang telah menghadiri program ceramah anjuran DAP Perak itu. Jumlah ini adalah sungguh memberangsangkan kerana Pekan Batu Gajah yang merupakan kubu kuat MCA telah berjaya ditembusi. Sokong rakyat kepada Pakatan Rakyat adalah amat jelas sekali. Kejayaan ini akan memberi semangat untuk terus berusaha untuk meningkatkan sokongan rakyat kepada DAP dan Pakatan Rakyat.
Kali ini DAP pasti dapat mengekalkan kerusi Parlimen  Batu Gajah dan ketiga-tiga DUN iaitu Tronoh, Menglembu dan Jelapang.

Ahad, 24 Jun 2012

KSN Bukan Jawatan Politik, Mungkin Dia Lupa Konsep ‘Neutraliti’


Kenyataan Media YB V.Sivakumar, Timbalan Pengerusi DAP Perak, ADUN Kawasan Tronoh pada 24/6/2012 di Ipoh

KSN Bukan Jawatan Politik, Mungkin Dia Lupa Konsep ‘Neutraliti’

Kenyataan Ketua Setiausaha Negara  yang baru sungguh memalukan.  Datuk Seri Dr Ali Hamsa yang baru dilantik sebagai Ketua Setiausaha Negara tidak layak memegang jawatan itu. Kenyataan beliau menyokong Barisan Nasional secara terbuka  membuktikan beliau bukan seorang yang neutral. Sebagai seorang penjawat awam  tertinggi di negara beliau harus mengetahui tentang prinsip ‘neutraliti’ yang didokong oleh kakitangan awam. Tetapi, beliau telah membuat  satu kenyataan yang bercanggah dengan  etika penjawat awam. 

Ketua Setiausaha Negara yang baru mungkin tidak tahu peranan dan  tanggungjawab beliau kepada rakyat. Oleh itu, saya menyeru beliau supaya  membaca kenyataan berikut yang mungkin tidak diketahui olehnya sebelum menjawat jawatan yang tinggi itu. 

“Persons working in the State services (State servants) are required to act in the course of their duties in a politically neutral manner.  This includes the requirement to act impartially and to implement the Government's policies. The requirement that State servants must be apolitical when carrying out their duties, functions and powers. It is a principle that underpins the continuing employment status of State servants and enables State servants to provide consistent services (including policy development) for the government of the day. This means, essentially, that State servants must keep their jobs out of their politics and their politics out of their jobs.”

Ketua Setiausaha Negara telah menggesa kakitangan awam supaya setia kepada kerajaan dan tidak mudah diperbodohkan oleh "janji kosong" pembangkang. Kenyataan ini adalah satu kenyataan politik. Beliau tidak boleh menbuat ungkapan seperti itu yang membuktikan beliau adalah  penyokong kuat kerajaan Barisan Nasional. Beliau telah melanggar etika penjawat awam dengan berkempen pilihanraya secara terbuka untuk Barisan Nasional. Beliau berkata, "Sebagai kakitangan awam, kita perlu taat kepada Raja dan kerajaan. Ianya penting supaya kita sedar peranan sebagai kakitangan awam dan melaksanakan tugas kita dengan sempurna." 

Setiap rakyat Malaysia harus taat kepada Raja, Perlembagaan Persekutuan dan Negeri, Jalur Gemilang, Lagu Negaraku dan Rukun Negara. Tetapi, sesuatu kerajaan itu adalah dipilih melalui proses pilihanraya. Tidak ada sebab kita ‘mesti’ taat setia kepada kerajaan yang memerintah. Apabila sesuatu kerajaan yang memerintah telah keluar dari landasan kebajikan, amalan korupsi berleluasa, rakyat merana kerana masalah sosio-ekonomi, penyelewengan dibuktikan  dan sebagainya, maka adalah wajar untuk menukar kerajaan yang memerintah. Rakyat boleh memilih satu kerajaan baru melalui proses pilihanraya. Penjawat-penjawat awam yang juga merupakan ‘rakyat yang berhak mengundi’ boleh membuat pilihan mereka tanpa sebarang  desakan dan paksaan  daripada mana-mana pihak. 

Ketua Setiausaha Negara tidak boleh mengugut kakitangan kerajaan untuk menyokong Barisan Nasional. Beliau telah terang-terang menonjolkan diri sebagai penyokong Barisan Nasional. Beliau harus meletak jawatan dengan segera kerana rakyat akan hilang kepercayaan terhadap pentadbiran beliau yang nyata sekali menuju satu hala. Kenyataan beliau juga adalah bertentangan dengan amalan demokrasi. Penjawat awam mempunyai hak sebagai warganegara untuk menentukan kerajaan yang memerintah melalui pilihanraya. Ketua Setiausaha Negara tidak boleh mempengaruhi undi penjawat-penjawat awam yang lain. “Itu bukan kerja dia, gaji dia dibayar oleh rakyat Malaysia, tidak kira dari penyokong Barisan Nasional atau penyokong Pakatan Rakyat”.  Oleh yang demikian kakitangan awam harus setia kepada rakyat yang memilih sesuatu kerajaan. 

Beliau juga ada menyebut ‘ Janji Kosong pembangkang ’ dalam kenyataan media yang dibuat olehnya. Ini adalah satu kenyataan yang tidak boleh diungkapkan oleh seorang yang memegang jawatan Ketua Setiausaha Negara. “Mana dia tahu pembangkang buat janji kosong? Pembangkang belum memerintah negara ini untuk membuktikan kewibawaannya”. Beliau telah tersalah langkah membuat kenyataan media  yang  ‘kurang arif’ itu. 

Beliau harus sedar bahawa kerajaan boleh berubah tetapi kakitangan awam akan terus menjawat jawatan mereka. Penjawat awam adalah jentera pelaksana polisi awam yang digariskan  oleh mana-mana pihak yang menjadi kerajaan  melalui mandat yang  diberi oleh rakyat. Apabila Ketua Setiausaha Kerajaan telah  membuat satu pendirian pro Barisan Nasional, beliau tidak  layak memegang jawatan itu lagi. Apa akan berlaku apabila Putrajaya ditawan oleh Pakatan Rakyat, sedangkan Ketua Setiausaha Negara adalah orang kuat dan setia kepada Barisan Nasional? Ini akan menimbulkan banyak masalah kepada kerajaan baru yang dipilih oleh rakyat melalui proses pilihanraya. 

Barisan Nasional risau penjawat awam yang merangkumi lebih kurang 1.4 juta orang akan membuat satu perubahan yang besar dalam pilihanraya umum yang akan datang. Barisan Nasional sudah mula merasakan pola perubahan itu apabila ‘fix deposit’ mereka semakin hari semakin berkurangan. Oleh yang demikian, Barisan Nasional cuba mengugut penjawat-penjawat awam melalui Ketua Setiausaha Negara.

Sabtu, 23 Jun 2012

PR Sedia Ambil Alih Perak


Kenyataan Media YB V.Sivakumar, Timbalan Pengerusi DAP Perak, ADUN Kawasan Tronoh pada 23/6/2012 di Ipoh
PR Sedia Ambil Alih Perak


Pakatan Rakyat Perak cukup yakin bahawa Barisan Nasional akan tumbang sekali lagi di Perak. Dalam PRU13, Pakatan Rakyat mempunyai peluang untuk menang dengan majoriti kerusi yang lebih besar. Barisan Nasional telah membuat kesilapan besar  merampas kuasa  rakyat di negeri Perak pada tahun 2009. Undang-undang Tubuh Negeri Perak, Perlembagaan Persekutuan dan Perintah-perintah Tetap Dewan Negeri Perak telah dibelakangkan  oleh Barisan Nasional  dalam kerakusannya untuk  berkuasa kembali. 

Pelbagai muslihat dan politik kotor telah dilakukan oleh Barisan Nasional. Mereka telah memperalatkan Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Pilihanraya, Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia, Mahkamah dan beberapa agensi kerajaan yang lain untuk merampas mandat yang diberikan oleh rakyat kepada Pakatan Rakyat.  Barisan Nasional juga telah merampas kuasa dengan menggunakan kekerasan polis dan samseng. Selain daripada itu, politik wang juga telah digunakan untuk tumbangkan kerajaan sah yang dipilih oleh rakyat. Barisan Nasional tidak menghormati sistem demokrasi  yang berteraskan ‘kerajaan yang dipilih oleh rakyat’. Kerajaan Perak  yang ada hari ini adalah kerajaan yang ditentukan oleh mahkamah. 

Rakyat Perak sedar akan semua tindak-tanduk Barisan Nasional dalam menggulingkan kerajaan Pakatan Rakyat Perak. Rakyat Perak tidak diberi peluang untuk menilai polisi-polisi dan pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat. Kerajaan pilihan rakyat hanya berkuasa selama 11 bulan. Tempoh itu adalah terlalu singkat untuk menentukan  sejauh manakah kecekapan dan keberkesanan kerajaan Pakatan Rakyat berbanding dengan Barisan Nasional.  Sebelum Pakatan Rakyat dapat membuktikan kewibawaannya, kerajaan itu dirampas dengan cara yang tidak demokratik. 

Rakyat Perak juga berpuas hati dengan beberapa polisi kerajaan Pakatan Rakyat Perak seperti geran kekal untuk kampung-kampung tersusun dan kampung-kampung baru di seluruh negeri. Banyak lagi polisi-polisi kebajikan yang telah dirancang tidak dapat dilaksanakan dengan sepenuhnya. Rakyat Perak merasakan bahawa Barisan Nasional tidak adil dan terlalu gila kuasa sehingga sanggup melakukan apa sahaja untuk kembali berkuasa. 

Sudah pasti rakyat Perak akan memberi satu pengajaran kepada Barisan Nasional Perak dalam PRU13 nanti.  Tambahan pula, Barisan Nasional juga sudah hilang genggaman di Perak. Krisis dalaman UMNO, MCA dan MIC juga sudah memuncak kebelakangan ini.  Pemimpin-pemimpin mereka tahu bahawa Barisan Nasional akan tumbang sekali lagi di Perak. Saya pasti Dato Seri Zambry juga  sedar bahawa keadaaan Barisan Nasional hari ini seperti  ‘duduk dalam duri, bersandar di batang renggas’. 

Walau bagaimanapun, Pakatan Rakyat Perak sudah bersedia untuk mengambil alih kerajaan Perak bila-bila masa apabila pilihanraya umum diadakan. Pimpinan Pakatan Rakyat Perak cukup yakin bahawa rakyat akan memberi peluang sekali lagi untuk melaksanakan polisi-polisi yang berjiwa rakyat.

Jom Berdebat : Masalah & Pembangunan Sekolah-sekolah Tamil di Perak


Kenyataan Media YB V.Sivakumar, Timbalan Pengerusi DAP Perak, ADUN Kawasan Tronoh pada 23/6/2012 di Ipoh.

Jom Berdebat : Masalah & Pembangunan Sekolah-sekolah Tamil di Perak

Saya telah menjemput pemimpin-pemimpin MIC Negeri Perak untuk berdebat dengan saya berhubung dengan isu sekolah-sekolah Tamil di Perak. Di Perak terdapat 134 sekolah Tamil yang sebahagian besarnya adalah sekolah-sekolah bantuan modal. MIC telah gagal untuk mempertahankan dan memajukan sekolah-sekolah  Tamil di Perak.  Saya terpanggil untuk berdebat dengan Dato Veerasingam atau Dato R.Ganesan mengenai masalah dan pembangunan sekolah-sekolah Tamil di Perak. Tetapi, kedua-dua pemimpin MIC ini tidak mahu berbuka mulut untuk menyahut cabaran saya. 

Terdapat sekolah-sekolah Tamil yang tidak mempunyai bangunan dan infra-struktur yang mencukupi.  Bangunan sekolah-sekolah ini  perlu diperbaiki dan diubahsuai kerana  sudah lama usang.  Ada juga sekolah-sekolah Tamil yang memerlukan bangunan baru. Banyak juga sekolah-sekolah Tamil di Perak yang mana tapak tanahnya masih belum direzabkan. Tetapi, pihak MIC tidak mempedulikan semua ini. Mereka tidak boleh menyelesaikan masalah-masalah ini kerana tidak berani menyuarakan keperluan-keperluan ini kepada‘tauke’ UMNO. MIC adalah satu parti boneka UMNO yang ‘dipergunakan’ untuk menipu masyarakat India negara ini. UMNO menggunakan MIC sebagai alat untuk menindas kaum India.

Dato Seri S.Samy Vellu sendiri pernah bercakap dengan pihak media bahawa dalam zaman pemerintahan Tun Mahathir, UNMO tidak menyelesaikan masalah orang-orang India yang diutarakan oleh pemimpin-pemimpin MIC. Dato Seri S. Samy Vellu berkata bahawa Perdana Menteri ketika itu Tun Mahathir yang menghadiri Konvensyen MIC tiap-tiap tahun pernah dibekalkan dengan semua masalah masyarakat India di negara ini. Tetapi beliau berkata. “apa yang dibentangkan itu masuk telinga kiri Mahathir dan keluar dari telinga kanannya”.

Ini adalah satu bukti yang diakui sendiri oleh bekas Presiden MIC Dato Seri S.Samy Vellu bahawa pimpinan UMNO tidak menghormati parti MIC. Pemimpin-pemimpin UMNO tidak mempeduikan MIC kerana mereka  menganggap MIC adalah satu parti yang tidak relevan.  Itulah sebabnya Tun Mahathir tidak memberi  pengiktirafan kepada parti MIC.

Kenyataan Dato Seri S.Samy Vellu membuktikan bahawa MIC telah diperkudakan oleh UMNO untuk kepentingan dan agenda politik mereka. Walaupun pemimpin-pemimin MIC mengetahui hakikat ini tetapi mereka tidak boleh berbuat apa-apa kerana menjaga kedudukan politik mereka. Dalam erti kata yang lain MIC telah mengadai hak kaum India kepada UMNO. MIC terpaksa tunduk kepada UMNO untuk pangkat dan kedudukan. Sudah sampai masa kepada  kaum India negara ini untuk membawa satu perubahan dengan menolak politik kotor MIC-UMNO yang  telah membelakangkan kaum India dalam pembangunan negara.

Jumaat, 22 Jun 2012

Sambutan 'Hari Ibu dan Bapa' Anjuran Wanita DAP Parlimen Batu Gajah


Pada 16 Jun 2012 Wanita DAP Parlimen Batu Gajah telah menganjurkan sambutan Hari IbuBapa 2012 di cawangan DAP Bemban.

Sambutan ini telah dimeriahkan dengan konsep 'pot luck' oleh ahli-ahli wanita dari cawangan-cawangan DAP di kawasan Parlimen Batu Gajah. 

Turut hadir di majlis ini adalah YB V. Sivakumar (ADUN Tronoh) dan YB Lim Pek Har (ADUN Menglembu) juga selaku Pengerusi Wanita DAP Parlimen Batu Gajah serta Pengerusi bersama ahli-ahli cawangan DAP di serata kawasan Parlimen Batu Gajah.

Ahli-ahli wanita telah mempersembahkan nyanyian Lagu Ubah versi Bahasa Melayu dan sebuah lagu berbahasa Cina dan Tamil yang menyanjungi kaum Ibu dan Bapa. Sebelum mengakhiri majlis, setiap orang kaum ibu telah dihadiahkan dengan sekuntum bunga ros dan kaum bapa pula dengan sebatang pen.

Lebih kurang 150 orang telah bersama menyambut majlis ini. 




Datuk Bandar Ipoh Telah Membohongi Penduduk Papan


Kenyataan Media YB V.Sivakumar , Timbalan Pengerusi DAP Perak , ADUN Kawasan Tronoh pada 21/6/2012 di Papan.
Datuk Bandar Ipoh Telah Membohongi Penduduk Papan

Penduduk  Papan dan sekitarnya mengadu bau busuk akibat projek pelupusan sampah di kawasan ini. Projek MBI ini membawa satu lagi masalah baru kepada penduduk kawasan Papan, Bukit Merah, Menglembu, Pusing, Lahat  dan beberapa tempat lain. Ada juga aduan diterima daripada penduduk kawasan Jelapang  yang mengatakan bahawa terdapat bau busuk pada waktu petang di kawasan kediaman mereka. Dari manakah datangnya bau busuk ini?

MBI telah memulakan pelupusan sampah di kawasan Papan pada 1 April 2012. Belum sampai 3 bulan projek dimulakan, penduduk-penduduk kawasan persekitaran telah mengadu bau yang terlalu busuk terutamanya pada waktu petang dan malam. Mereka mengadu bahawa mereka telah hilang keselesaan sejak projek pelupusan ini dimulakan oleh MBI di kawasan Papan.

Kerajaan Negeri Perak telah meluluskan 560 ekar tanah untuk pelupusan sampah di kawasan papan. Walaupun dibantah oleh penduduk-penduduk Papan dan sekitarnya, tetapi kerajaan berdegil juga untuk melaksanakan projek ini. Lebih daripada 1000 orang penduduk tempatan telah menurunkan tandatangan  membantah projek ini pada awal tahun ini. Walau bagaimanapun MBI tidak mempedulikan bantahan rakyat tempatan. Mereka hanya mahu menyelesaiakan masalah bau busuk di tapak pelupusan sampah Bercham.

Akhirnya mereka telah berpindah  dari tapak pelupusan sampah Bercham ke Papan. Saya bersama-sama dengan YB Lim Pek Har, ADUN Kawasan Menglembu telah berjumpa Dengan Datuk Bandar Ipoh pada awal bulan Mac 2012 berhubung dengan projek pelupusan sisa pepejal ini.

Dalam perjumpaan itu, Datuk Bandar Ipoh telah memberi jaminan bahawa tidak akan timbul isu bau busuk seperti yang dijangkakan oleh kami. Beliau memberitahu bahawa MBI akan melaksanakan ‘projek teknologi tinggi’ untuk memproses sampah di kawasan Papan itu. Tetapi, jelas sekali beliau telah membohongi penduduk  Papan dan sekitarnya.

Setakat ini tidak ada apa-apa projek pembinaan loji untuk memproses sisa pepejal di tapak tanah yang diluluskan. MBI hanya melaksanakan pembuangan sampah secara tradisional ‘kutip, buang dan tutup’.  Adakah MBI bercadang untuk menggunakan keseluruhan 560 ekar tanah ini untuk dijadikan tempat buang sampah? Setakat ini kurang daripada 1 ekar tanah digunakan  untuk membuang sampah di kawasan itu, tetapi ramai penduduk kawasan itu telah  membuat aduan. Apakah akan berlaku jika 100 atau 200 ekar dibuang sampah dalam tempoh 2 atau 3 tahun lagi?

Saya minta supaya Datuk Bandar Ipoh turun padang untuk tunjukkan kepada rakyat apakah yang beliau maksudkan ‘Projek pelupusan sisa pepejal berteknologi tinggi’ yang dijalankan di kawasan papan ini. Masalah ini perlu diselesaikan dengan segera sebelum keadaan menjadi lebih parah lagi.