Jumaat, 24 April 2009

Dr Aziz Bari : Hakim-hakim Perlu Buka Buku Balik


Profesor Dr Aziz Bari berkata, mahkamah sendiri sebenarnya telah melakukan sesuatu yang ultra vires atau melampaui bidang kuasa. Beliau yang merupakan pakar perlembagaan persekutuan berkata, dalam isu ini, mahkamah tidak mempunyai kuasa berbuat demikian kerana Perkara 72(1) Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyatakan "Sahnya apa-apa perjalanan dalam mana-mana Dewan Negeri tidak boleh dipersoalkan dalam mana-mana mahkamah."

Peruntukan ini sebenarnya melaksanakan intipati konsep pemisahan kuasa khususnya mahkamah tidak boleh mencampuri urusan dewan perundangan. Ini juga merupakan perlindungan dan autonomi negeri dalam persekutuan. Jadi Mahkamah Persekutuan telah melanggar 2 prinsip penting perlembagaan, tambah beliau.

Prof Aziz menjelaskan bahawa peruntukan ini telah diakui oleh mahkamah dalam banyak kes sebelum ini.

Nampaknya hakim-hakim perlu buka buku balik dan fahami maksud dan konsep doktrin pengasingan kuasa atau 'separation of powers' ini, ujar beliau.

Apakah asas mahkamah menghukumkan yang tindakan Speaker itu tidak sah? Peraturan mana?, soal beliau.

Katanya, "kalau kita merujuk kepada 'Standing Orders' yang menjadi undang-undangnya di sana jelas kuasa mentafsir terletak ditangan Speaker sebagaimana yang disebutkan olen Peraturan 89 dan 90."

"Mahkamah kata Speaker tidak ada kuasa; kita ingin bertanya apa pula kuasa mahkamah untuk menyemak kuasa Speaker? soal beliau lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan