Khamis, 16 April 2009

Datuk Ngeh : Keputusan Mahkamah Tidak Mengakhiri Krisis Perak


Menurut Datuk Ngeh Koo Ham, Pengerusi DAP Negeri Perak, krisis Perak belum berakhir lagi. Menurutnya, walaupun Mahkamah Persekutuan telah membuat keputusan bahawa tindakan Speaker Perak menggantung Zambry dan kuncu-kuncunya tidak sah, ia tidak membawa apa-apa makna yang mengikat.


Mahkamah juga tidak membuat apa-apa keputusan mengenai 'Persidangan Bawah Pokok' yang dibuat pada 3 Mac 2009. Dalam persidangan itu, keputusan Jawatankuasa Hak & Kebebasan untuk menggantung 7 orang ahli Dewan Negeri itu telah diterima dan diluluskan.


Keputusan Mahkamah Persekutuan menimbulkan lebih banyak keraguan kerana ianya telah campurtangan dalam prosiding Dewan Negeri.


Menurutnya lagi, apa sahaja keputusan yang dibuat pada hari ini boleh diabaikan oleh Dewan Negeri kerana ia hanya merupakan satu deklarasi dan bukannya mandamus atau certiorari. Beliau menegaskan bahawa deklarasi itu hanyalah pendapat yang tidak menguatkuasakan tindakan terhadap mana-mana pihak yang terlibat.


Dewan Negeri mempunyai undang-undang tersendiri. Undang-undang itu hanya boleh ditafsirkan oleh Speaker. Samada Speaker bertindak secara betul ataupun tidak, hanya dewan sahaja yang boleh membincangkan hal ini melalui usul yang dibawa. Keputusan Speaker hanya boleh dicabar dalam Dewan itu sendiri.


Datuk Ngeh juga mengatakan bahawa Mahkamah telah mentafsir kuasa -kuasa Speaker, adalah tidak baik jika Dewan Negeri juga memberi pendapatnya mengenai keputusan-keputusan Mahkamah. Beliau mengatakan bahawa deklarasi yang dibuat oleh Mahkamah Persekutuan adalah 'akademik dan tidak perlu'.

6 ulasan:

  1. Bolehland is full of kangaroo courts..

    BalasPadam
  2. Lepas ni, badan perundangan (DUN dan Parlimen) pun boleh persoalkan keputusan mahkamah sebab pengasingan kuasa dah tak boleh pakai lagi.

    Tak lama lagi, mana-mana ahli badan Eksekutif (Kabinet, Exco Negeri) pun boleh terlepas daripada hukuman mahkamah lepas rogol anak orang, bunuh orang, makan suap dan macam-macam lagi.

    Doktrin pengasingan kuasa sekadar dalam buku teks sekolah sahaja. Tetapi tak boleh diamalkan.

    Inilah kerja-kerja politikus perosak negara

    BalasPadam
  3. Hello Ngeh, kalau sudah takda suka sama Sultan, itu pingat Dato' kali hantar balik la....

    BalasPadam
  4. Dari keputusan Mahkamah Persekutuan bahawa EC (Suruhanja Pilihanraya) kompeten menentukan samada terdapat "casual vacancy" bermaksud (tersirat) keputusan EC adalah sah disisi undang2. Pun begitu, terpulang kepada Pakatan Rakyat untuk membuat "judicial review" itupun jika dilayan (with leave) mahkamah.

    Perlu ingat bahawa mahkamah Persekutuan sudahpun memutuskan bahawa 3 ADUN tersebut kekal sebagai ADUN, maka bolehkah ada kekosongan kerusi DUN lagi? Keputusan ini adalah estoppel by record terhadap Pakatan Rakyat.

    Tambahan pula, kini penggantungan MB Dato Zambry dan EXCOnya tidak sah. Apabila mahkamah persekutuan memutuskan bahawa pergantunggan Dato Zambry dan Exconya batal dan tidak sah bermakna secara implikasinya, sidang dibawah pokok itu yang dibuat tanpa kehadiran mereka2 itu juga mengikut turutannya terbatal dan tidak sah.

    Pun begitu sidang dibawah pokok itu tidak mendapat perkenan sultan. Maka jika dibuat diDewan pun tak sah, apatahlagi dibawah pokok.

    Berkenaan Fasal XXXVI (1) Undang2 Tubuh Negeri Perak jelas bahawa Sultan mempunyai kuasa dan hanya bertanggungjawab mengadakan paling tidak satu sidang setiap 6 bulan - tempoh ini pun belum tamat dan akan hanya tamat mengikut kata panel2 itu pada - 15 Mei 2009. (lihat Komen saya terhadap rancangan “Hujah, NTV9” pada 9.30 – 10.30 malam siaran langsung dari UiTM – “Krisis Perak” pada 31b Mac 2009)

    Perkara XXXVI (1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan memperuntuk “DYMM hendaklah dari semasa ke semasa memanggil bersidang Dewan Negeri itu dan tidaklah boleh membiarkan tempoh enam bulan berlalu di antara perjumpaan yang akhir lepas dalam satu persidangan dengan tarikh yang ditetapkan bagi perjumpaan yang pertama dalam persidangan yang di hadapan.”

    Pun begitu, untuk sidang itu sah, suatu notis hendaklah juga diisukan oleh setiausaha DUN yang mana tidak dibuat. Notis ini adalah mandatori (wajib) sepertimana yang saya faham dari perbincangan panel2.

    PT 1 (Perintah Tetap DUN) mengatakan “maka Setiausaha Dewan hendaklah membacakan Pemasyhuran DYMM Seri Sultan Perak Darul Ridzuan memanggil mesyuarat..”.

    Maka Sultan mempunyai kata akhir (ultimate say) dan jika belum diperkenankan Sultan, pada pandangan saya jika sidang dibuat diDewan pun adalah tidak sah apatah lagi ditempat yang tidak diwartakan iaitu dibawah pokok?

    “PT 10 (1) mengatakan “ Penggal Dewan hendaklah diadakan pada waktu dan tempat sebagaimana yang ditetapkan oleh DYMM Seri Sultan Perak Darul Ridzuan dari semasa ke semasa melalui perisytiharan dalam Warta,”

    Fasal XXXVI (1) Undang2 Tubuh Perak memberi Sultan kata akhir (ultimate say) samada sidang DUN boleh atau tidak dibuat. Dalam hal ini, saya tidak nampak relevannya perbezaan samada sesi DUN di tangguhkan, prorogue atau sebab dibubarkan seperti mana pandangan Prof Dr Shad bahawa jika di tangguhkan perkenan Sultan tidak diperlukan lagi. Bukankah sultan mempunyai kata akhir (ultimate say, veto) dibawah Perkara XXXVI (1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan untuk memerintah agar sidang yang ditangguhkanpun supaya tidak dibuat sehingga arahan selanjutnya dari Baginda Sultan. Tindakan “mengunci” DUN adalah bukti Sultan tidak perkenankan sidang itu dibuat.

    Maka jika tiada perkenan Sultan, jangan nak kata sidang DUN didewan itu boleh sah, apatahlagi dibawah pokok.

    Isu yang tinggal kini ialah samada Dato Seri Nizar masih seorang MB.

    Prof Madya Dr Abdul Rani Bin Kamarudin
    Pensyarah Undang2 IIUM

    BalasPadam
  5. jangan tunggu lama gantung balik zamry dan exco nya segera!!!!

    BalasPadam
  6. Betul @ tidak ialah apabila sesuatu itu berpihak kepada mereka. Pedulikan yang lain, yang penting hanyalah diri sendiri. Inilah namanya undang-undang rimba.

    BalasPadam