Khamis, 24 November 2011

Teks Perbahasan Belanjawan 2012 oleh YB V.Sivakumar

Teks Perbahasan Belanjawan 2012 oleh YB V.Sivakumar
dalam Mesyuarat Ketiga, Penggal Keempat, Dewan Negeri Yang Kedua Belas,
Perak Darul Ridzuan.



Salam sejahtera saya ucapkan kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat dan Ketua-ketua Jabatan yang disanjungi. Pada pagi ini saya mengambil kesempatan untuk membahaskan belanjawan 2012 yang telah dibentangkan di dewan yang mulia ini pada 21 November 2011.



Negeri kita berada dalam krisis, pada tahun 2009 dan 2010 kita berhadapan dengan krisis politik, kini kita bersemuka dengan krisis ekonomi yang juling. Krisis parah seperti ini memerlukan azam politik dan pemimpin-pemimpin serta sutradara ekonomi yang berwibawa untuk membawa satu anjakan paradigma secepat yang mungkin. Perak berdepan dengan prospek ekonomi yang pudar dan semakin ketinggalan berbanding dengan negeri-negeri lain. Kerajaan Barisan Nasional Perak tersungkur ke dalam kelesuan ekonomi dan tidak dapat melepaskan diri dari belenggu kegawatan ini. Lantaran daripada itu ke hulu kena bubu, ke hilir kena tengkulak.



Pada hemat saya, belanjawan 2012 ini adalah satu bajet pilihanraya yang sedang meraba-raba mencari penawar untuk menggula-gulakan rakyat. Perkara ini tidak dapat dinafikan malah diakui sendiri oleh Yang Berhormat daripada Pengkalan Hulu. Dewan Negeri Perak membentangkan bajet defisit sekurang-kurangnya 11 tahun berturut-turut. Ini bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan, tetapi YAB Menteri Besar cuba menutup lohong kegagalan kerajaan Barisan Nasional dalam menguruskan khazanah negeri ini secara bijaksana. Belanjawan kita bagaikan cakap melangit dapur tidak berasap.



Beliau telah berusaha menjajarkan satu helah yang pintar. Kononnya, bajet defisit yang lebih besar akan membawa keuntungan dan manfaat yang lebih lumayan kepada kerajaan negeri dan rakyat secara umumnya. Pada hakikatnya, defisit yang berjumlah RM50.14 juta itu membuktikan kelemahan kerajaan BN menguruskan wang rakyat dengan cekap dan berkesan. Belanjawan ‘Makan Tabung’ secara berterusan adalah satu kelemahan yang nyata dan bukanlah satu perkara yang boleh dibanggakan. Mentaliti menyanjung ‘makan tabung’ ini merupakan kaedah terdesak dan terpaksa digunakan oleh Barisan Nasional untuk menggula-gulakan rakyat tanpa perasan segan dan silu.



Nilai pasaran rizab kita ialah RM848.55 juta manakala hutang dengan persekutuan pula telah mencapai RM970.59 juta, Apabila nilai pasaran aset negeri ditolak tanggungan negeri kita memperolehi angka negetif iaitu sebanyak RM 122.04 juta. Kedudukan lumpuh ini akan dicederakan lagi dengan belanjawan defisit sebanyak RM50.14 juta bagi tahun 2012.



Untuk makluman Dewan yang mulia ini, simpanan tunai Kerajaan Selangor telah mencecah RM 1212 juta. Jumlah ini merupakan simpanan tertinggi yang pernah dicapai sejak 28 tahun yang lalu. Ini merupakan satu rekod yang boleh dibangggakan oleh kerajaan Pakatan Rakyat di negeri Selangor. Belanjawan negeri itu juga adalah belanjawan seimbang. Apa gunanya kita kalah sabung tetapi menang sorak?



Kenapa kita perlu simpanan tunai yang tinggi? Simpanan tunai yang tinggi ini adalah penting untuk memberi keyakinan kepada pelabur di dalam dan di luar negeri, bank-bank dan para kontraktor. Ini juga penting untuk menghadapi masa-masa yang genting, menangani sebarang risiko serta situasi yang tidak menentu seperti kemuncupan ekonomi dunia.



Kerajaan harus mengambil iktibar untuk menggunakan segala hasil dan khazanah negeri untuk kepentingan rakyat jelata. Tetapi kerajaan Barisan Nasional kini menghadapi pelbagai halangan dan rintangan dalam mencapai aspirasi ini. Masalahnya sekarang, durjana korupsi, kronisme dan nepotisme telah melanda di dalam pentadbiran Kerajaan Barisan Nasional. Laporan Ketua Audit Negara menyerlahkan ketirisan tidak kurang dari 30% dari keseluruhan peruntukan bajet persekutuan dan telah berlaku dalam pelbagai bentuk. Puncanya adalah budaya rasuah yang tidak terkawal dan amalan kronisme yang keterlaluan. Kita tidak boleh membenarkan amalan rasuah dan penyalahgunaan kuasa terus membarah. Saya cuma hendak ingatkan kerajaan ini bahawa kalau air keruh di hulu sampai ke muara keruh juga.



Negeri Perak juga tidak ketinggalan daripada hakikat ini. Sebagai contoh, di Majlis Daerah Batu Gajah, hampir semua projek-projek yang diluluskan adalah kepada sekumpulan kroni UMNO yang bersawang di situ. Dalam konteks ini, memang benar kalau dikatakan bahawa busut juga yang ditimbuni anai-anai. Perkara ini tidak asing lagi kepada seluruh warga Batu Gajah. Ini bukanlah rahsia yang terselindung lagi. Permainan kotor ini dilakukan secara terang-terangan. Kerajaan harus berasa aib kerana tidak dapat mengawal dan membendung amalan kronisme ini sejak bertahun-tahun lamanya. Kalau semua projek Majlis Daerah disapu oleh segelintir orang-orang berpengaruh dalam politik, ini akan menjejaskan kontraktor-kontraktor lain yang telus dan ikhlas.



Di sini, saya ingin mengingatkan wakil-wakil rakyat Barisan Nasional supaya tidak membelanjakan habis wang peruntukan ADUN dan belanjawan yang diluluskan dengan serta merta sepertimana yang telah dilakukan pada tahun 2008. Saya difahamkan bahawa pada tahun 2008 semua wang peruntukkan telah habis dibelanjakan dalam tempoh 3 bulan sebelum pilihanraya.



Belanjawan 2012 diluluskan untuk tempoh 12 bulan bagi tahun 2012. Jika Barisan Nasional sekali lagi berancang melakukan muslihat yang tidak beramanah ini seperti tahun 2008, maka ini akan membuktikan bahawa kerajaan Barisan Nasional di Perak adalah satu kerajaan yang tidak bertanggungjawab dan tidak berakauntabiliti. Saya cuma hendak mengingatkan ahli-ahli yang berhormat bahawa sesungguhnya kegemilangan sebuah tamadun tidak dibina dalam sehari dua, sebaliknya boleh runtuh dengan sekelip mata jika tanggungjawab dan amanah diabaikan dan dikhianati. Rakyat Perak masih ingat lagi adengan-adengan bagaimana mereka dikhianati apabila Barisan Nasional apabila merampas kuasa dengan cara yang kejam dan tidak bermaruah pada tahun 2009.



Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) mengunjurkan KDNK Malaysia berada pada kadar 4.6 % sahaja. Tetapi, data yang diberikan oleh YAB Menteri Besar dalam ucapannya juga adalah berbeza. Ini mengelirukan dan memerlukan penjelasan yang sewajarnya. Menurut beliau, KDNK negara diunjurkan untuk tumbuh pada kadar 5% hingga 6%. Walaupun perbezaan ini hanya dalam lingkungan 1% tetapi ia akan memberi kesan yang sangat berbeza dan implikasi yang cukup berlainan.



Belanjawan 2012 Negeri Perak tidak lengkap dalam mencerminkan kaedah untuk merakyatkan ekonomi negeri Perak. Apakah pendekatan yang telah dibuat untuk merakyatkan belanjawan ini? Kerajaan Perak harus mencontohi kerajaan Selangor yang mengambil pendekatan yang lebih komprehensif. Belanjawan 2012 negeri Selangor melibatkan inisiatif kerajaan negeri bertemu rakyat di setiap kawasan kerajaan tempatan dan mendengar serta mendapatkan pandangan mereka tentang keutamaan yang diperlukan di kawasan masing-masing. Ini adalah pendekatan merakyatkan ekonomi atau kekayaan negeri, bukan sekadar retorik atau omong-omong kosong melaungkan slogan ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’.



Terdapat banyak projek-projek perumahan yang dibiarkan terbengkalai di seluruh negeri Perak. Ini merupakan satu kelemahan dalam pentadbiran kerajaan negeri yang sangat mendukacitakan. Siapakah yang perlu dipersalahkan dalam hal ini? Pihak Perancangan Bandar, Kerajaan Tempatan, Pejabat Tanah & Daerah, Pemaju atau Kerajaan Negeri itu sendiri? Apakah inisiatif yang telah diambil oleh kerajaan negeri untuk mengatasi masalah ini dan membantu pembeli-pembeli rumah yang teraniaya? Ramai yang telah membeli rumah dan sedang membayar hutang di bank tetapi tidak dapat menduduki rumah yang terbengkalai itu. Ini telah menyusutkan nilai sosio-ekonomi keluarga-keluarga yang terlibat.



Di sini, saya ingin mendapatkan penjelasan daripada YAB Menteri Besar, apakah sumbangan negeri Perak dalam petunjuk ekonomi negara? Di manakah letaknya kedudukan negeri Perak pada masa ini? Berapakah peratus sumbangan negeri Perak dalam jumlah keseluruhan pelaburan negara kita? Saya juga ingin tahu adakah benar Perak telah corot kedudukannya dalam sayembara ekonomi menduduki tangga negeri ketiga termiskin di Malaysia?



Kenaikan gaji di negara kita sejak 15 tahun lalu adalah pada kadar 2.6% berbanding dengan kenaikan harga barang meningkat berlipat kali ganda daripadanya. Apakah langkah-langkah yang lebih efektif telah diambil oleh kerajaan negeri Perak untuk menangani inflasi yang semakin melonjak selain daripada mengadakan Gerai 1 Malaysia yang tidak praktikal untuk tujuan ini? Kita harus sedar bahawa rakyat terbanyak sedang dihimpit oleh kos sara hidup yang tinggi. Bahana inflasi dan kadar pengangguran yang meruncing telah menolak sebahagian besar warga Perak dalam kesempitan hidup yang ketara.



Saya terpanggil untuk membangkitkan isu berhubung dengan pemberian tanah kepada sekolah-sekolah Tamil. Saya difahamkan tanah seluas 2000 ekar di Sungkai telah diberikan kepada Yayasan Perak untuk membantu sekolah-sekolah Tamil. Saya hendak tahu apakah hubungan Yayasan Perak dengan sekolah-sekolah Tamil? Mengapakah tanah itu tidak diberikan kepada mana-mana organisasi atau pertubuhan orang-orang India di negeri Perak? Apakah rasional tanah seluas 2000 ekar itu diberikan kepada Yayasan Perak dengan jumlah premium yang nominal iaitu lebih kurang RM8000?



Ini merupakan satu penipuan besar yang menghampakan masyarakat India di negeri Perak. Tanah kerajaan negeri telah diserahkan kepada Yayasan Perak dan membohongi masyarakat India bahawa tanah itu telah diberikan kepada sekolah-sekolah Tamil. Kenapakah MIC membisu dalam hal ini? Sudah pasti MIC bersekongkol dengan kerajaan Perak untuk sekali lagi menipu masyarakat India di negeri Perak. Tetapi rakyat hari ini lebih arif dan faham akan budaya MIC ‘Jauh menyalak kuat, dekat mencawat ekor’. Golongan ini tidak habis-habis menipu dan mencurangi masyarakat India selama 50 tahun.



Ahli-ahli Yang Berhormat,

Mengikut Akta Pelajaran, setiap sekolah harus mempunyai Lembaga Pengurus Sekolah (LPS). Tetapi undang-undang ini tidak dipedulikan oleh sekolah-sekolah Tamil di Perak. Di Perak terdapat 134 sekolah Tamil. Setahu saya kurang daripada 10% sekolah-sekolah Tamil ini mempunyai Lembaga Pengurus Sekolah. Kenapakah kerajaan negeri tidak mengambil sebarang usaha untuk menubuhkan Lembaga Pengurus Sekolah di setiap sekolah Tamil di Perak?



Ini merupakan satu kegagalan Kerajaan Negeri untuk memberi perhatian sewajarnya kepada kebajikan dan pembangunan sekolah-sekolah Tamil. Kalau kerajaan mahu mengharapkan MIC untuk tujuan ini, adalah sama seperti memberi tugas kepada Mat Jenin dan mengharapkan beliau menyiapkan kerja itu. MIC akan tunggu sampai gagak putih dan bangau hitam datang untuk menyelesaikan masalah ini. MIC juga mungkin mempunyai agenda tersendiri atau sesuatu muslihat untuk mengelak daripada menubuhkan Lembaga Pengurus Sekolah di Sekolah-sekolah Tamil di Negeri Perak. Di Pulau Pinang, 5 daripada 28 sekolah Tamil iaitu 17.8% mempunyai Lembaga Pengurus Sekolah. Begitu juga di Selangor, lebih daripada 30% daripada sekolah-sekolah Tamil sudahpun mempunyai Lembaga Pengurus Sekolah.



Saya juga ingin mengucapkan syabas dan taniah kepada Yang Berhormat daripada Alor Pongsu kerana prihatin terhadap sekolah-sekolah Tamil di kawasan beliau. Saya hendak bertanyakan kepada Dewan yang mulia ini, tahukah Ahli-ahli Yang Berhormat bahawa Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Gopeng sedang dimakan anai-anai? Perkara ini telah dibangkitkan berulang kali kepada pihak berkuasa tetapi tidak ada tindakan yang sewajarnya diambil setakat ini. SJKT Gopeng merupakan sebuah sekolah yang dibina pada tahun 1965.

Sekolah ini merupakan sebuah sekolah bantuan penuh kerajaan. Saya difahamkan pihak sekolah telah melaporkan perkara ini kepada pihak Pejabat Pelajaran Negeri Perak. Hasil daripada aduan tersebut, pihak Jabatan Kerja Raya telah menyiasat keadaan bangunan sekolah itu beberapa bulan yang lepas. Sebagai tindakan awal, pihak Jabatan Kerja Raya telah meterai salah satu daripada bilik darjah di sekolah itu. SJKT Gopeng hanya memiliki 6 bilik darjah dan 1 daripadanya tidak digunakan sekarang kerana telah reput dimakan anai-anai.



Saya telah mendapat maklumat bahawa ke semua bilik darjah menghadapi masalah anai-anai yang sangat serius. SJKT Gopeng mempunyai jumlah murid seramai 200 orang. Keselamatan anak-anak ini adalah penting dan harus diberi keutamaan. Ibubapa murid-murid sekolah ini sungguh mengharapkan pihak kerajaan mengambil tindakan segera sebelum apa-apa kejadian yang tidak diingini berlaku di sekolah ini.



Satu lagi sekolah Tamil yang memerlukan perhatian kerajaan ialah SJKT Menglembu, Ipoh. Sekolah ini mempunyai lebih kurang 304 orang murid-murid. Sekolah ini menghadapi pelbagai masalah yang perlu diselesaikan dengan segera. Masalah-masalah sekolah ini telah dibawa kepada perhatian pihak-pihak yang bertanggungjawab tetapi tidak ada sebarang tindakan setakat ini. Setiap pemimpin yang melawat sekolah ini hanya memberi janji-janji kosong untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh sekolah ini.



Sekolah ini merupakan sebuah sekolah bantuan penuh kerajaan. SJKT Menglembu hanya memiliki 6 buah bilik darjah utama untuk menampung 304 orang murid-murid. Tambahan pula, bilik komputer dan perpustakaan juga telah dijadikan sebagai bilik darjah untuk menampung keperluan. Ini merupakan satu bukti bahawa sekolah-sekolah Tamil sentiasa di anaktirikan oleh kerajaan. Walaupun kerajaan telah menjanjikan untuk membina bangunan baru untuk sekolah ini, tetapi janji itu bagaikan janji di atas angin. Harap Dewan mengambil perhatian terhadap perkara yang dibangkitkan ini.



Sungguh sedih dalam belanjawan ini tidak ada peruntukan yang secukupnya untuk sekolah-sekolah Tamil di negeri Perak. Kerajaan Negeri Perak hanya memberi RM1juta perbelanjaan utiliti untuk sekolah-sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil. Untuk makluman semua Ahli-ahli Yang Berhormat, Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor memberi RM4juta empat tahun berturut-turut kepada sekolah-sekolah Tamil sejak tahun 2009. Pada tahun ini, di bawah program ‘Geran Selangorku’, peruntukan tambahan yang dianggarkan lebih kurang RM5juta lagi akan diberikan untuk 97 sekolah Tamil di Selangor.



Begitu juga di Pulau Pinang, Kerajaan Pakatan Rakyat memberikan RM1.5juta pada tahun 2009, RM1.75 juta pada tahun 2010 dan RM1.75juta pada tahun 2011. Jumlah ini diberikan untuk ke semua 28 buah sekolah Tamil di Pulau Pinang. Sedangkan di Negeri Perak, yang mempunyai jumlah sekolah Tamil yang paling banyak di Malaysia, iaitu 134 buah sekolah, terpaksa berkongsi peruntukan untuk utiliti dengan sekolah-sekolah lain berjumlah hanya sekadar RM1juta sahaja. Ini membuktikan bahawa kerajaan ini sekali lagi menganak-tirikan sekolah-sekolah Tamil di negeri Perak.



Pada masa yang sama, saya juga kesal bahawa hanya RM500 ribu sahaja diperuntukan terhadap pendidikan anak-anak orang asli di bawah program Murid Cemerlang Orang Asli. Jumlah ini adalah terlalu rendah untuk membantu kaum orang asli yang amat memerlukan sokongan dan dokongan daripada kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan. Kerajaan boleh memperuntukan sejumlah RM3.5juta untuk Program Pemetaan Minda untuk sekolah-sekolah menengah tetapi tidak berjiwa besar untuk membantu masyarakat orang asli yang sentiasa dipinggirkan dalam segala aspek pembangunan negara. Saya berharap kerajaan akan menambahkan jumlah peruntukan pendidikan untuk membantu anak-anak orang asli supaya mereka juga turut menikmati arus pembangunan negara.



Sekali lagi, di Dewan yang mulia ini saya ingin membangkitkan isu permohonan tanah kolam oleh penternak-penternak ikan kui di Kampung Baru Bali, Tronoh. Permohonan telah dibuat oleh penternak-penternak ini untuk sekian lama tetapi kerajaan langsung tidak mempedulikan permohonan mereka. Pada tahun 2008, Kerajaan Pakatan Rakyat telah bercadang untuk memberikan tanah kepada penternak-penternak ikan kui ini secara ‘in situ’ mengikut keluasan kawasan yang telah diusahakan oleh mereka.



Saya difahamkan perkara ini pernah dibincangkan dalam mesyuarat EXCO pada ketika itu. Kami juga pernah mengadakan mesyuarat dengan Pengarah Pejabat Tanah dan Galian beberapa kali. Perbincangan juga selesai diadakan dengan penternak-penternak ikan kui ini. Kerajaan Pakatan Rakyat amat serius dan prihatian untuk menyelesaikan masalah ini. Tetapi, fail tersebut kini menghidapi penyakit sembelit di bawah urus tadbir kerajaan Barisan Nasional. Kerajaan telah mengabaikan tanggungjawabnya kepada penternak-penternak ini. Malangnya penternak-penternak ikan kui ini masih lagi menunggu ‘durian runtuh’, tetapi mungkin pokok perlu ditumbangkan sebelum mereka dapat merasai nikmat itu pada masa hadapan.



Pada 20 Oktober 2011 satu mesyuarat mengenai Garispanduan Tempat Ibadat, Tanah Perkuburan dan Krematorium Orang-orang Bukan Islam Negeri Perak telah diadakan. Saya rasa sungguh sedih dan kecewa kerana garispanduan ini dikeluarkan oleh Urusetia Hal Ehwal Bukan Islam yang sepatutnya menjaga kepentingan orang-orang bukan Islam tetapi kini membelakangkan tanggungjawab itu seperti kerbau dicucuk hidung. Antara garispanduan yang diberikan ialah :



1) Tanah untuk tempat ibadat tidak dibenarkan dibina di kiri kanan jalan utama.

2) Penempatan satu tempat ibadat sahaja untuk satu fahaman bagi satu Bandar/Pekan/Kampong/ Penempatan/Kawasan dengan kepadatan penduduk tidak kurang daripada 1000 keluarga untuk Pusat Bandar/Bandar Utama dan tidak kurang daripada 300 keluarga bagi kawasan yang bukan Pusat Bandar/ Bandar Utama.

3) Keluasan tanah untuk satu tempat ibadat ialah tidak melebihi 0.406 hektar (1 ekar)

4) Setiap tempat ibadat hanya boleh digunakan bagi tujuan ibadat dan perayaan-perayaan agama sahaja dan tidak untuk tujuan-tujuan lain.

5) Tempat ibadat hanya dibenarkan dibina di atas tanah yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri dan tidak di tempat-tempat lain seperti tempat kediaman dan lain-lain.



Usaha kerajaan untuk megenakan peraturan-peraturan ini adalah tidak sahih kerana ia adalah bertentangan dengan Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan iaitu Kebebasan Agama. Saya cukup yakin bahawa pak-pak angguk dari MIC, MCA dan Gerakan telah berlumba-lumba untuk menyokong dalam meluluskan garispanduan ini. Saya membantah sekeras-kerasnya terhadap garispanduan ini yang tidak direstui oleh golongan bukan Islam di negeri Perak.



Saya juga ingin tahu samada pemimpin-pemimpin politik boleh memasuki ke kawasan sekolah? Pada ketika ini, ramai pemimpin-pemimpin politik dari kalangan UMNO, MCA dan MIC mengambil kesempatan untuk memasuki perkarangan sekolah dengan alasan memberi wang RM100 kepada ibubapa. Mereka juga berkempen meraih undi untuk Barisan Nasional.



Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengeluarkan beberapa pekeliling berkaitan dengan undangan kepada tetamu kehormat ke majils-majlis rasmi di sekolah. Antaranya Surat Pekeliling (Ikhtisas Bil. 10/1989 : Aturcara Majlis Rasmi Sekolah bertarikh 5 Oktober 1989, Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.3/1991 : Mengundang Orang-Orang Kenamaan Ke Upacara Sekolah/Institusi Pendidikan bertarikh 16 Mei 1991 dan yang terbaru berhubung perkara ini adalah Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/2008 : Mengundang Orang-Orang Kenamaan Ke Upacara Sekolah dan Penggunaan Premis Sekolah Oleh Pihak Luar bertarikh 31 Mac 2008.





Walau bagaimanapun, setakat ini Kementerian Pelajaran Malaysia tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan secara spesifik yang melarang Ahli Parlimen atau wakil rakyat untuk menyertai ataupun memasuki sekolah. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menetapkan bahawa semua majlis rasmi di sekolah yang melibatkan majlis perasmian oleh orang-orang kenamaan atau individu-individu tertentu, hendaklah mendapat kebenaran daripada Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Pengarah Pelajaran Negeri masing-masing terlebih dahulu bagi memastikan majlis yang dianjurkan bukan untuk bertujuan politik serta tidak mengganggu pengajaran dan pembelajaran murid. Adalah tidak wajar institusi pendidikan dipengaruhi mana-mana ideologi politik di negara kita. Saya ada maklumat kukuh bahawa Ketua Bahagian MIC Batu Gajah telah memasuki Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Changkat dengan alasan memberi wang RM100 tetapi berkempen untuk Barisan Nasional. Perkara ini perlu disiasat dan diambil tindakan segera oleh pihak berkuasa.



Pada hemat saya, jumlah peruntukan wang untuk Pihak Berkuasa Tempatan juga adalah terlalu sedikit iaitu hanya RM3.5juta sahaja untuk melaksanakan pelbagai projek termasuk pembangunan infrastruktur, perkhidmatan bandar, kemudahan awam dan kemudahan komersial. Pihak Berkuasa Tempatan merupakan badan bermatlamat serampang dua mata yang paling rapat dengan rakyat jelata tetapi peruntukan untuk kesemua Pihak Berkuasa Tempatan itu hanya 0.41% daripada jumlah perbekalan sebanyak RM847,255,200. (Lapan Ratus Empat Puluh Tujuh Juta Dua Ratus Lima Puluh Lima Ribu Dua Ratus Ringgit)



Dalam pada itu, saya juga berasa kesal dengan tindakan Majlis Daerah Batu Gajah kerana mengubahsuai tapak buah-buahan berhampiran dengan Taman Orkid. Tempat ini merupakan satu tapak kosong yang luas berhadapan dengan pasar awam Batu Gajah. Tapak ini telah dibina lebih kurang 3 tahun yang lalu dan berada dalam keadaan yang cukup baik. Sudah tentu Majlis Daerah telah membelanjakan beratus ribu ringgit menyiapkan tapak ini. Pada hari Ahad dan pada musim perayaan, tapak ini digunakan oleh orang ramai sebagai tempat letak kereta. Ini adalah kerana pasar awam Batu Gajah tidak mempunyai tapak tempat letak kereta yang mencukupi. Selain daripada itu, tapak ini juga digunakan untuk mendirikan gerai-gerai pada bulan Ramadhan.



Tiba-tiba Majlis Daerah Batu Gajah mula membuat satu projek baru yang tidak diketahui umum di tapak ini. Tidak ada sebarang papan tanda di tapak itu untuk menerangkan atau memberi maklumat mengenai projek yang dijalankan. Apa gunanya mewar-warkan ‘Local Agenda 21’ jika Majlis Daerah tidak telus dalam memberitahu wakil rakyat dan penduduk tempatan tentang projek yang dijalankan di sesuatu kawasan di bawah bidang kuasanya?



Melihatkan kerja-kerja yang sedang dijalankan, projek ini sudah tentu menelan belanja beratus ribu ringgit. Ini adalah satu projek semata-mata untuk menghabiskan wang rakyat dan tidak membawa sebarang keuntungan ekonomi kepada orang ramai.

Banyak lagi projek-projek yang lebih berfaedah perlu dilaksanakan tetapi tidak dihiraukan oleh pihak Majlis Daerah Batu Gajah. Aduan rakyat mengenai longkang tersumbat, jalan rosak, masalah banjir kilat, keperluan lampu jalan, kerosakan alat-alat mainan di padang permainan dan macam-macam lagi tidak dipedulikan oleh pihak Majlis Daerah. Natijahnya, ini menimbulkan perasaan marah dan meluat di kalangan orang ramai yang membuat aduan mengenai masalah harian yang dihadapi oleh mereka. Pembayar cukai taksiran diabaikan dengan alasan tidak cukup dana.



Saya hendak bertanyakan kepada YAB Menteri Besar, adakah benar seorang ahli MCA (kalau tak silap saya ketua Wanita MCA Bahagian Batu Gajah) yang mungkin juga akan dicalonkan dalam pilihanraya akan datang, telah diambil kerja secara kontrak di Pejabat Kebajikan Masyarakat Batu Gajah. Seringkali saya melihat beliau mempamerkan dirinya dalam akhbar. Bukankah amalan ini bertentangan dengan konsep neutraliti perkhidmatan awam? Ini merupakan salahguna kuasa yang amat jelas sekali. Seorang ahli politik diberi jawatan awam semata-mata untuk mengambil kesempatan meraih undi daripada golongan fakir miskin yang datang ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Batu Gajah. Mohon perkara ini disiasat dengan segera.



Perak masih mempunyai masalah setinggan yang sangat ketara. Kita tidak mahu rakyat tinggal sebagai setinggan dan duduk merempat di negeri sendiri. Saya amat terpikat dengan program setinggal sifar yang dijanjikan oleh YAB Menteri Besar menjelang tahun 2012. Walaupun 9994 kes setinggan iaitu 69.98% telah diselesaikan setakat ini, tetapi masih mempunyai 30.02% yang belum diselesaikan lagi. Pada hemat saya, kerajaan sudah pasti tidak dapat selesaikan masalah ini dalam tempoh 12 bulan akan datang. Walau bagaimanapun, saya juga berminat untuk mengetahui status kawasan setinggan di Batu Gajah dan Tronoh.



Saya memohon YAB Menteri Besar untuk menyelesaikan masalah setingan di Tronoh Mines, Kampung Ara Payung dan Kampung Sri Kanthan, Kampung Kamariah, Kampung Pasir, Perak River-Hydro dan Siputeh Jalan Tronoh sebelum Pilihanraya Umum ke-13.

Baru-baru ini sekumpulan petani dan penternak dari kawasan Bakap, bersempadan dengan Kinta Kellas Estate telah datang berjumpa dengan saya. Mereka mengadu bahawa tanah yang mereka mohon itu telah dicerobohi oleh pihak-pihak tertentu untuk tujuan mengambil pasir (mungkin curi pasir).



Saya telah membawa mereka ke Pejabat Tanah & Daerah Batu Gajah untuk menyemak status permohonan tanah tersebut, mengikut rekod komputer dan pelan di pejabat itu didapati bahawa keseluruhan tanah yang mereka mohon itu telah diberi milik kepada seorang yang tidak mengusahakan tanah itu. Ini telah memeranjatkan semua pemohon yang datang pada hari itu. Kemudian apabila perkara ini dirujuk semula kepada pegawai atasan, kami dimaklumkan bahawa tanah itu memang telah diluluskan kepada seorang lelaki dan kemudiannya telah dibatalkan kelulusan itu oleh kerajaan negeri. Saya rasa amat curiga dengan aktiviti meluluskan tanah dan kemudian membatalkan kelulusan itu secara sewenang-wenangnya. Mohon YAB Menteri Besar memberi penjelasan mengenai perkara ini juga.



Sebagai penutup tirai, saya memohon maaf jika ada kata-kata yang telah mengguris hati mana-mana pihak, bajak biasa terdorong, perkataan biasa terlanjur. Sebelum mengakhiri perbahasan, ingin saya membacakan serangkap pantun untuk seisi Dewan yang mulia ini.



Belanja Kawan Siap Dibentang

Ditabur Gula Sekeliling Pinggang

Barisan Nasional Tetap Ditentang

Malaysia Selamat Rakyat Senang





Program Deepavali di Buntong

Media News : Sidang Dewan Huru-hara (Makkal Osai 23 Nov 2011)

Isnin, 21 November 2011

Sambutan Majlis Rumah Terbuka Deepavali Pakatan Rakyat Perak

Sambutan Majlis Rumah Terbuka Deepavali Pakatan Rakyat Ng Perak
pada 19 November 2011 @ 7.30 malam
di Dewan Orang Ramail Jelapang, Ipoh



Di antara tetamu-tetamu yang hadir - Prf P. Ramasamy, Yb Dato' Ngeh Koo Ham, YB Wong Kah Woh, Dr Khairuddin..


Sambutan Majlis Rumah Terbuka Deepavali Pakatan Rakyat Perak

Sambutan Majlis Rumah Terbuka Deepavali Pakatan Rakyat Ng Perak


pada 19 November 2011 @ 7.30 malam
di Dewan Orang Ramail Jelapang, Ipoh



Para hadirin menjamu selera...

Tetamu-tetamu kehormat bersama Pengerusi Program (YB V. Sivakumar) dan krew program yang telah menjayakan majlis ini

Sambutan Majlis Rumah Terbuka Deepavali Pakatan Rakyat Perak

Sambutan Majlis Rumah Terbuka Deepavali Pakatan Rakyat Ng Perak

pada 19 November 2011 @ 7.30 malam
di Dewan Orang Ramail Jelapang, Ipoh



Ucapan Aluan Pengerusi Program - YB V. Sivakumar (ADUN Tronoh)

Penduduk-penduduk tempatan sedang menjamu selera.
Lebih dari 2800 orang telah menghadiri dan raikan majlis ini.

SAMBUTAN MAJLIS RUMAH TERBUKA DEEPAVALI PR PERAK


Sambutan Majlis Rumah Terbuka Deepavali Pakatan Rakyat Ng Perak
pada 19 November 2011 @ 7.30 malam
di Dewan Orang Ramail Jelapang, Ipoh

Upacara nyalaan 'kuttu vilakku' oleh Pn Parameswary, Pn Santi dan Pn Kumutham


Tarian tradisional - Bharatha Natyam - oleh Sdri Aarti Tharmalingam


Jumaat, 18 November 2011

Media Statement : Pakatan Rakyat Deepavali Open House





民主行动党霹雳州署理主席西华古玛于2011年11月17日(星期四)在怡保所发表的新闻稿:







(怡保17日讯)霹雳州民联将在本周六(11月19日)晚上7时30分假九洞大会堂主办大型屠妖节文娱晚会,在庆祝屠妖节的同时也为来届大选巩固印裔支持率造势,为迈向重夺九洞州议席以及霹雳州政权的目标前进。






民主行动党霹雳州署理主席兼屠妖节文娱晚会筹委会主席西华古玛今天连同霹雳州桂和区州议员黄家和以及近打谷民联成员前往九洞进行逐家沿户活动宣传后,向报界表示,民联3党在今年的农历新年、开斋节庆典分别已经在怡保市区和美露隆重举办,而本周末举办的屠妖节文娱晚会庆典也希望能够获得各族同胞的响应,彰显国家多元种族、多元文化的特色。






西华古玛表示,屠妖节带来驱走黑暗、迎向光明的讯息,这也代表着霹雳州在经过2009年2月的夺权黑暗事件过后,光明的时刻将随着第13届大选而到来。






“民联在308大选中获得人民的委托,虽然只有短短的10个月执政表现机会,但是在任何的政策方面,民联都成功落实不分种族、不分宗教、不分阶级的全民施政。民联如果在来届大选继续获得人民的支持,将会延续之前的施政方针,造福全民。”






西华古玛指出,文娱晚会当晚除了将设自由餐款待来宾之外,传统节目也十分丰富,而已经确定出席的民联高层领袖包括前任州务大臣拿督斯里尼查、槟州副首长拉马三米教授、行动党霹雳州主席倪可汉、公正党霹雳州主席诺马努地博士等人。西华古玛也呼吁霹雳州民联各阶级基层动员出席,以务必在九洞掀起一番高潮。






图:西华古玛(中)与黄家和联手率领民联近打谷成员前往九洞逐家沿户宣传民联屠妖节庆典。






民主行动党

PROGRAM DEEPAVALI PR NG PERAK


RAKAN-RAKAN SEKALIAN,

DIJEMPUT HADIR DAN MERAIKAN PROGRAM INI BERSAMA KAMI

Selasa, 15 November 2011

JAMUAN & MALAM KESENIAN DEEPAVALI PR PERAK

Program Deepavali Rakyat di Desa Changkat, Batu Gajah




Program Deepavali Rakyat telah diadakan pada malam 13 November 2011 di Desa Changkat. Kawasan inilah yang paling ramai penduduk India di DUN Tronoh. Ini merupakan kali kedua sambutan makan malam Deepavali DAP DUN Tronoh diadakan di kawasan ini. Desa Changkat lebih dikenali sebagai Indian Settlement.

Pihak penganjur telah pergi dari rumah ke rumah untuk menjemput orang ramai hadir program makan malam ini selama seminggu.

Sambutan yang diterima adalah cukup baik. Dianggarkan lebih kurang 600 orang telah menghadiri makan malam Deepavali ini. Kebanyakan penduduk yang hadir ialah penduduk tempatan Desa Changkat. Sambutan tahun ini lebih meriah daripada sambutan sebelum ini.

Majlis makan malam ini tambah lebih meriah lagi dengan kehadiran Dato Seri Nizar. DS Nizar telah memberi ucapan yang bersemangat dalam program ini.

YB Sivakumar juga turut memberi ucapan dengan menyentuh masalah-masalah yang melibatkan kaum India.
 
Program telah bermula pada pukul 7.30 petang dan berakhir lebih kurang pukul 10.00 malam.

YB Sivakumar juga menyanyikan 2 lagu Tamil untuk pengundi-pengundinya di DUN beliau. Beliau berharap untuk membuat sambutan yang lebih meriah lagi pada tahun hadapan di Desa Changkat.

Ini merupakan sambutan kedua rumah terbuka Deepavali yang dianjurkan oleh YB Sivakumar di DUN Tronoh pada tahun ini. Yang pertama di Pekan Tronoh dan yang kedua Desa Changkat.

Isnin, 14 November 2011

端洛11.11.11日讯



端洛11.11.11日讯



民主行动党端洛区州议员西华古玛昨日上午与基层领袖,一起到百利新村处理一项路面积水而湿滑的投诉。该事件路段是在百利新村所通往督亚冷(由怡红大道进入大概3公里左右)处,陪同他一起的有百利支部主席范东才,财政魏润平,民万支部主席林思松,布先支部主席陈进华及其助理江丽玲等等。


他巡视后表示,这路面积水问题不是雨水所致,因为即使不是下雨天也是如此情形,因此他相信是地底下的水喉破裂原因。他指,这情况据悉已经数月之久,附近的马来甘榜村民也已经投诉给有关当局,只是当局至今依然未有任何行动。


西华古玛已经在当天下午致函霹雳工程局,要求该局迅速采取行动,因为路面湿滑,摩多或脚车骑士安全受到威胁,他获悉不久前就曾经发生过意外事故,伤及摩多骑士。


图:西华古玛(左三)在百利新村处理路面积水而湿滑,危及摩多骑士的投诉,由其助理及行动党支部领袖们陪同。

Rabu, 2 November 2011

Media : MAJLIS DAERAH BATU GAJAH MASIH BOROS LAGI


Kenyataan Media YB V.Sivakumar di Batu Gajah pada 1 November 2011

Majlis Daerah Batu Gajah 
Masih Boros Lagi


Pakatan Rakyat Batu Gajah berasa kesal dengan tindakan Majlis Daerah Batu Gajah kerana mengubahsuai tapak buah-buahan berhampiran dengan Taman Orkid. Tempat ini merupakan satu tapak kosong yang luas berhadapan dengan pasar awam Batu Gajah.  Tapak ini telah  dibina lebih kurang 3 tahun yang lalu dan berada dalam keadaan yang cukup baik. Sudah tentu Majlis Daerah telah membelanjakan beratus ribu ringgit menyiapkan tapak ini.  Pada hari Ahad dan pada musim perayaan, tapak ini digunakan oleh orang ramai sebagai tempat letak kereta. Ini adalah kerana  pasar awam Batu Gajah tidak mempunyai tapak  tempat letak kereta yang mencukupi. Selain daripada itu, tapak ini juga digunakan  untuk mendirikan gerai-gerai pada bulan Ramadan.

Tiba-tiba Majlis Daerah Batu Gajah mula membuat satu projek yang tidak diketahui umum di tapak ini. Ada jentera-jentera yang sedang memecahkan tapak tar yang sedia ada. Kerja-kerja ubahsuai tapak itu telah dimulakan. Walau bagaimanapun, tidak ada sebarang papan tanda di tapak itu untuk menerangkan atau memberi maklumat mengenai projek yang dijalankan.  Oleh yang demikian, orang ramai tidak mengetahui apakah sedang dilakukan oleh Majlis Daerah Batu Gajah di tapak buah-buahan itu. Sungguh menyedihkan kerana pihak Majlis juga tidak pernah memberitahu projek-projek yang dijalankan oleh mereka kepada Ahli Dewan Negeri kawasan itu.  Apa guna mewar-warkan ‘Local Agenda 21’ jika Majlis Daerah tidak telus dalam memberitahu wakil rakyat dan penduduk tempatan tentang projek yang dijalankan di sesuatu kawasan di bawah bidang kuasanya. Ini bererti pihak Majlis Daerah sendiri tidak faham tentang maksud ‘Local Agenda 21’ dan menyebutnya secara mebuta tuli.

Projek pengubahsuaian tapak ini adalah satu projek yang boros.  Melihatkan kerja-kerja yang sedang dijalankan, projek ini sudah tentu menelan belanja beratus ribu ringgit. Tidak ada sebarang keperluan untuk mengubah suai tapak ini. Ini adalah satu projek semata-mata untuk  menghabiskan wang rakyat dan tidak membawa sebarang keuntungan ekonomik kepada orang ramai. Ini merupakan satu bukti bahawa pihak Majlis Daerah tidak mempunyai satu perancangan yang baik. Itulah sebabnya senantiasa mengamalkan budaya ‘buat kemudian pecah, kemudian buat yang baru’.  Banyak projek-projek gajah putih telah dilaksanakan oleh Majlis Daerah Batu Gajah. Semua ini telah membelanjakan wang rakyat sewenang-wenangnya. Banyak lagi projek-projek yang lebih penting  perlu dibuat tetapi tidak dibuat oleh pihak Majlis Daerah Batu Gajah.  Aduan rakyat mengenai longkang tersumbat, jalan rosak, masalah banjir kilat, keperluan lampu jalan, kerosakan alat-alat  mainan di padang permainan dan macam-macam lagi tidak dipedulikan oleh pihak Majlis Daerah.

Majlis Daerah Batu Gajah hanya memberi  tumpuan kepada projek-projek mewah yang tidak membawa faedah kepada rakyat jelata. Natijahnya, ini menimbulkan perasaan marah dikalangan orang ramai yang membuat aduan mengenai masalah harian yang dihadapi oleh mereka. Pembayar cukai taksiran diabaikan dengan alasan tidak cukup dana. Akan tetapi, Majlis Daerah sanggup membuat projek-projek mewah seperti ini. Ada juga gejala-gejala kronisme yang menjadi buah mulut yang sangat ketara dikalangan warga Batu Gajah.  Yang Dipertua Majlis Daerah Batu Gajah yang baru harus  memandang serius masalah-masalah ini. Budaya lama sebelum  ini perlu dikikis dan amalan berjimat cermat perlu diutamakan. Jangan membuat projek-projek kalut  yang tidak membawa manfaat kepada rakyat malah merugikan  wang pembayar cukai.


Bangunan SJKT Gopeng Dimakan Anai-anai, Keselamatan Murid Terancam


Kenyataan Media YB V.Sivakumar , ADUN Tronoh ,Timbalan Pengerusi DAP Perak pada 2 November 2011 di Gopeng.


Bangunan SJKT Gopeng Dimakan Anai-anai, Keselamatan Murid Terancam


SJKT Gopeng merupakan sebuah sekolah yang dibina pada tahun 1965. Kebanyakan  dana untuk membina sekolah ini dikutip daripada orang ramai sebagai sumbangan ikhlas pada masa itu. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah bantuan penuh kerajaan.  Adakah sekolah ini menerima bantuan penuh seperti yang disyaratkan? Ini menjadi satu tanda tanya kerana kerajaan tidak prihatin dalam menyelesaikan satu masalah yang memerlukan perhatian yang segera. 


Saya telah menerima aduan daripada beberapa orang ibubapa bahawa  bangunan sekolah ini telah  dimakan anai-anai. Oleh yang demikian, bangunan sekolah itu semakin hari semakin reput. Saya difahamkan pihak sekolah telah melaporkan perkara ini kepada pihak Pejabat Pelajaran Negeri Perak. Hasil daripada aduan tersebut, pihak Jabatan Kerja Raya telah menyiasat keadaan bangunan sekolah itu beberapa bulan yang lepas. Sebagai tindakan awal, pihak Jabatan Kerja Raya telah meterai salah satu daripada bilik darjah di sekolah itu. SJKT  Gopeng hanya memiliki 6 bilik darjah dan 1 daripada tidak digunakan sekarang kerana reput dimakan anai-anai. Bagaimanakah keadaan bilik-bilik darjah yang lain? Saya mendapat maklumat bahawa kesemua bilik darjah menghadapi masalah yang sama. Dalam kata lain, keseluruhan bangunan itu menghadapi masalah anai-anai yang sangat serius. 


Untuk memastikan keadaan yang sebenar, saya bersama-sama dengan beberapa orang wakil Pakatan Rakyat dan NGO telah turun padang pada 2 November 2011 untuk melihat sendiri keadaan bangunan sekolah tersebut. Akan tetapi, rombongan kami telah dihalang oleh pihak sekolah daripada memasuki kawasan sekolah. Pihak sekolah memberi alasan bahawa mereka telah menerima arahan daripada Pejabat Pelajaran Negeri  supaya tidak membenarkan kami memasuki kawasan premis sekolah. 


Saya rasa sedih dan kecewa kerana pihak kerajaan cuba menghalang  seorang wakil rakyat daripada menjalankan kewajiban. Adakah menjadi satu kesalahan untuk seorang wakil rakyat menyiasat sendiri aduan awam mengenai keadaan sekolah  yang membahayakan anak murid dan guru-guru? Bukankah ini merupakan  tanggungjawab  dan kewajipan seorang wakil rakyat? 


SJKT Gopeng mempunyai jumlah murid seramai 200 orang. Keselamatan anak-anak ini adalah penting dan harus diberi keutamaan.  Tindakan menghalang kami untuk melihat keadaan bangunan sekolah itu sendiri menambahkan keraguan dan kekhuatiran kami mengenai keselamatan murid-murid SJKT Gopeng. 


Adakah kerajaan cuba mengelak dan menutup  kecuaian  pihaknya yang tidak mengambil tindakan segera  mengatasi keadaan fizikal bangunan sekolah itu yang membahayakan keselamatan penghuni-penghuninya.  Saya telah menulis surat kepada Pengarah Pelajaran Negeri Perak dan Pengarah Jabatan Kerja Raya untuk memberi maklumbalas berhubung dengan perkara ini. Ibubapa murid-murid sekolah ini sungguh mengharapkan pihak kerajaan mengambil tindakan segera sebelum apa-apa kejadian yang tidak diingini berlaku di sekolah ini.

西华古玛:建筑地砖浪费公款



(华都牙也1日讯)端洛区州议员西华古玛与伊斯兰党及人民公正党等地方领袖,今日到巴刹对面的胡姬花园的广场巡视,对那里进行的美化工程作出批评。
西华古玛表示,该面积略大过一个篮球场的广场,平时很少使用,只在节日时让小贩摆卖物品及食物,而柏油仅仅铺了3年余,目前还完好,却要把它撬开,切上地砖,是浪费公款的做法。
他说,再加上巴刹前装置的新颖装饰街灯,以及金黄色的围栏石柱,切砖走道等,花费估计上二三十万令吉。
他表示,华都牙也区还有许多基建修建的问题待解决,尤其国家经济状况年年赤色,如此做法只会使经济情况恶化。
他指出,美化工作可以进行,但应该优先处理一些较紧逼的工程,如填补破损道路 、开阔淹水区的水沟等。他表示将向县议会了解建筑的款项,或在州议会提出询问有关问题。
图:
1. 西华古玛(前右5)与民联地方领袖在该广场前合照。
2. 牙也区会公正党署理主席阿南(右)与西华古玛对建筑这些黄色栏杆不表赞同。

Selasa, 1 November 2011

YB V. Sivakumar's Speech at 'An Evening With Lim Guan Eng' - 30 Oct 2011


REFORMING AND EMPOWERING THE PERAK STATE ASSEMBLY

Good evening to our honourable guests, Chief Minister of Penang, YAB Sdr Lim Guan Eng, YB Dato’ Seri Nizar Jamaluddin, YB Dato’ Ngeh Koo Ham, YB Nga Kor Ming, Dato’ Seri-Dato’ Seri, Datuk-Datuk, Yang Berhormat-Yang Berhormat, ladies and gentlemen.

The topic given to me today is ‘How to Reform and Empower the Perak State Assembly’.

As we all know, State Assembly is the highest authority to make law for the entire state. We elect our representatives to the Assembly to make new laws, to amend existing laws to suit the current needs and to repeal unnecessary and outdated laws from time to time.

This august house must be respected by every individual, from all class of the society. This is important to make sure the smooth running of the state in a democratic manner. Abuses and misconducts in the house will lead to an unhealthy political environment which would also lead to negative impact in the state economically and socially as a whole.

As we all know, the Perak State Assembly is not conducted in an orderly manner especially during the Perak crisis and until now.

An enormous effort need to be plow into in order to reform and empower the Perak State Assembly.

Hereby, in my personal opinion, I have a few suggestions on what we could do to Reform and Empower the Perak State Assembly, if we come into power in the next general Elections:


I strongly believe that the Perak State Assembly should be separated from the Administrative building. As now in Perak, the State Assembly is situated in the State Administrative building. As we all believe in separation of power, it must not merely be a theory but is must be seen functioning.  Separation of power means separating the power of legislative, executive and judiciary, but it is also important to separate them physically.  For an example, Parliament is an entity by its own and it is not controlled by the Executives directly. Ladies and Gentlemen, I would like to remind you about the sitting under the rain tree.  Why did that happen? I, as the Speaker, had called for a sitting on 3rd March 2009 and my instruction was challenged by the executive power. The State Secretary had instructed the police to take control over the entire Administrative building and they had locked the entrance to SUK and the State Assembly hall. All the State Assemblymen and I were forcefully barred from entering the State Assembly hall by police. This had resulted in an uncalled for, historical assembly sitting under the tree. We had to assemble under the tree because the Executive took charge of the entire State Administrative building and the State Assembly hall.

Therefore, I suggest that the State Assembly of Perak to be relocated in a separate premise. It will be a relief to the legislative body from the State Executive power.

Assemblymen represents the rakyat in the State Assembly hall, the rakyat must be aware of what is happening in the State Assembly. It is the people’s right to know what is their representatives doing in the State Assembly.

How do we optimize this?

A live-telecast of the sitting through internet is one of the best ways. During Pakatan Rakyat’s governance, live-telecast of the State Assembly sitting was implemented where everyone from every part of the world could view the sitting via internet.

Also, DVDs can be produced and distributed to the public in every part of the state, where they can see and know what are the policies and laws approved at the state level.

The public should be allowed and encouraged to come and observe the State Assembly sitting. This will create a more informed society.

As we all know, the media has no full freedom in our country. Even in the Perak State assembly, the media representatives was treated unfriendly and unfairly. They were not given the freedom to cover the news as it is. Only the government-friendly media were allowed to enter.. The alternative media, such as, electronic media, bloggers, Harakah, Keadilan and Rocket were not at all allowed to cover the state assembly’s sitting. Only a few selected media representatives were placed in the gallery that we call it as ‘Aquarium’.  In this ‘Aquarium’, the reporters can view of what is happening in the State Assembly hall through the sound-proof glass and could hear the debate from the microphones installed in the ‘Aquarium’. Even here, the reporters were not able cover accurate news from the sitting hall because the microphones would be purposely switched off. So, the news they cover will be only parts and pieces of what they could here from the microphones and not the précised news. You could check with the reporters who are here today for yourself, of their experiences in the ‘Aquarium’.

Therefore, to enhance the media freedom, I strongly suggest that all media representatives should be given access into the state assembly hall to fully cover the state assembly sitting accurately from inside the hall itself.

At this moment, the State Assembly rarely sits. At times there would be half-day sitting for the entire session. In 2009, the budget was approved within 20 minutes. In 2011, there were not even 10 days sitting all together. This shows the inefficiency of the State Assembly. This is also can be remarked as a waste of public money to conduct the assembly in such a manner. This has tarnished the entire democratic process.

State Assemblymen are not given opportunity to debate or speak out. They are given a very limited time frame, even if they get a chance to debate. But, in most sittings, a huge number of State Assemblymen will not get the chance to speak.

In Parliament, the Opposition Leader is given at least 2 hours to debate on the Budget. But in Perak State Assembly, Dato’ Seri Nizar, was given only 20 minutes to debate on the budget last year.

The State Assembly had seriously failed to uphold the mandate given by the public.

I suggest that the State Assembly sitting should take place, a minimum of 6 sittings per year. Each sitting should be conducted for 5 days and in total, it will be 30 days of sitting per year.

Well, I agree that the number of days of the sittings, by fact is far behind compared to the Parliament’s sitting duration, yet this will increase the quality of the State Assembly itself.

As we know, the Selangor State Assembly has set-up and accomplished a Select Committee called SELCAT. It is a committee to check on the Competency, Accountability and Transparency, with the Speakers chairs SELCAT with a six-member panel consisting of state assemblymen which holds public hearings to investigate state issues.

A similar committee should be set-up in Perak to reform, empower and enhance the State Assembly. The assembly can use this as a tool to investigate any misconduct in the State affairs.

This mechanism will be another check and balance which will promote and strengthen the accountability in the state.

          To maintain the nobleness of the State Assembly sitting and its premise, the police and external force should be barred from stepping into the august house.

To refresh your memory, on 7th May 2009, there were hundreds of policemen barged into the Perak State Assembly hall and its surrounding. They had roughened the Pakatan Rakyat State Assemblymen in particular and especially me, as the Speaker. These external alien figures had come up to me at the Speaker’s territory and vigorously had carried me from the Speaker’s chair and hurriedly carried and ran me off to a storeroom where they had locked me up.

That was a filthy and disgracing episode which had never happened in any of the Commonwealth countries. This chapter should never occur again in future and all compulsory paces should be taken to avoid it.

It is a must that police be barred to enter the august house and including its compound.

The State Assemblymen could speak out their mind without fear in the State Assembly sitting and the hall would maintain its dignity without the external figures presence.

I suggest that the State Assembly to employ more Sergeant-at-Arm to protect the august house from trespassers and foreign elements. The Sergeant-at-Arm should receive instructions and orders only from the Speaker and not from other unauthorized parties, as what had happened on 7th May 2009 when the Sergeant-at-Arm did not adhere to the legitimate Speaker’s instructions but from other parties.



Dear honourable guests, ladies and gentlemen,

I strongly believe that the role of the State Assembly should be reviewed and upgraded from time to time. As the suggestions that I had given from my opinions, I trust that we can have a reformed Perak State Assembly and I will be giving these suggestions to the authority for its serious consideration. I am certain that we can achieve an empowered Perak State Assembly if Pakatan Rakyat comes into Power again in Perak.

Thank you and enjoy the rest of your evening.