Isnin, 27 April 2009

Bank Negara Malaysia Perlu Mengurangkan Kadar Bunga


Bank Negara Malaysia mungkin perlu mengurangkan kadar bunga untuk pinjaman. Ini adalah kerana aktiviti-aktiviti ekonomi semakin merosot di Malaysai. Ini merupakan satu mekanisme untuk mempergiatkan ekonomi negara. Walaupun terdapat perangsang-perangsang fiskal yang nyata tetapi ia tidak akan memberi kesan yang memadai untuk mempercepatkan ekonomi. Adalah sukar untuk mengembalikan ekonomi negara ke dalam gelanggang positif bagi tahun 2009.

Adalah amat sukar untuk ekonomi negara pulih dalam tempoh terdekat. Ini adalah kerana beberapa sebab. Antaranya ialah:

1) Kejatuhan yang mendadak dalam permintaan global
2) Kejatuhan dalam harga komoditi-komoditi
3) Krisis kewangan yang melanda seluruh dunia
4) Kejatuhan dalam eksport
5) Pasaran tempatan yang semakin kecut

Dijangka 'Overnight Policy Rate' (OPR) basic points akan dikurangkan diantara 25% hingga 50%. Ramai pakar-pakar ekonomi berpendapat masih ada ruang untuk mengurangkan kadar tersebut.

Jawatankuasa Polisi Kewangan akan mengadakan mesyuarat pada hari rabu. Dalam 2 mesyuarat yang lalu, Bank Negara telah mengurangkan kos pinjaman dua kali iaitu sebanyak 75% dan 50%.

Dijangka ekonomi akan bertambah buruk dalam tempoh separuh tahun yang pertama. Oleh yang demikian tindakan atau polisi kewangan Bank Negara akan memberi kesan yang langsung dalam merangsangkan ekonomi negara.

Bank Negara tidak boleh terlalu konservatif dalam tindakan-tindakan mempergiatkan ekonomi negara. Jika perlu Bank Negara mesti bersedia mengurangkan OPR pada tahap yang maksima. Banyak lagi perkara-perkara yang perlu dilakukan dari segi polisi kewangan untuk memantapkan ekonomi negara.

Walaupun pengurangan kadar OPR akan memberi kesan-kesan negatif, tetapi ia adalah untuk jangka pendek sahaja. Ia akan memberi kesan negatif terhadap mereka yang menabung wang di institusi-institusi kewangan. Di Malaysia didapati kadar tabungan adalah 47.1%. Golongan 'penabung' ini akan menerima kadar bunga yang rendah bagi tabungan mereka.

Walau bagaimanapun, tindakan mengurangkan kadar bunga ini akan memberi kesan positif dalam jangka panjang . Perkara ini perlu diberi perhatian yang sewajarnya oleh Bank Negara.

Tindakan ini akan membolehkan lebih ramai orang berpeluang mengambil pinjaman bank. Ia akan memantapkan aktiviti pinjaman dalam suasana ekonomi yang lemah. Ia juga akan membantu dalam proses pemulihan ekonomi. Pekerja-pekerja juga tidak akan hilang pekerjaan, malah ia boleh mengekalkan kadar pengangguran pada tahap yang tidak memudaratkan. Tindakan ini juga boleh mengawal aktiviti-aktiviti 'loan shark' yang boleh mengambil kesempatan dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan