Jumaat, 24 April 2009

Tindakan Bijak Gobind Singh


Gobind Singh, Ahli Parlimen Puchong, telah menfailkan kes di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam. Beliau mengambil tindakan mahkamah kerana beliau digantung sebagai Ahli Parlimen pada 16 Mac 2009.

Bolehkan Speaker menggantung seseorang itu daripada menjadi Ahli Parlimen? Beliau tidak dibenarkan menghadiri sidang Parlimen dan tidak boleh mendapat gaji/elaun serta kemudahan-kemudahan lain. Adakah Speaker mempunyai kuasa untuk berbuat demikian? kalau ya, kenapa tindakan Speaker Perak diputuskan tidak sah di sisi undang-undang?

Di Perak, Speaker hanya menggantung Zambry dan 6 orang ADUN BN daripada menghadiri sidang Dewan Negeri. Speaker tidak menggantung kedudukan mereka sebagai ADUN. Tindakan Speaker Perak tidak melibatkan gaji/elaun dan kemudahan-kemudahan lain yang diberikan kepada mereka. Tetapi, Mahkamah Persekutuan memutuskan tindakan Speaker Perak tidah sah ataupun ultra vires. Bagaimana pula tindakan Speaker Dewan Rakyat yang mengantung Gaobind Singh untuk 12 bulan tanpa gaji/elaun dan kemudahan-kemudahan lain? Bukankah ini juga ultra vires?

Gobind Singh telah mengambil satu tindakan yang bijak. Ini adalah kerana, kes Perak telah dijadikan sebagai satu 'duluan' untuk menfailkan kes ini. Campurtangan mahkamah dalam kes Speaker Perak telah membuka jalan kepada semua Ahli Parlimen dan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri untuk merujuk kepada mahkamah semua pertikaian yang memerlukan penyelesaian.

Gobind Singh telah menfailkan saman pemula terhadap 4 pihak iaitu:

1) Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin
2) Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Nazri
3) Setiausaha Dewan Rakyat
4) Kerajaan

Gobind Singh membuat permohonan untuk deklarasi bahawa penggantungan terhadapnya adalah tidak sah dan tidak mengikut perlembagaan. Beliau juga mahukan satu 'order' daripada mahkamah supaya beliau bebas menghadiri sidang Parlimen.

Beliau digantung kerana memanggil Datuk Seri Najib seorang pembunuh dalam mesyuarat Parlimen.

1 ulasan:

  1. memutuskan tindakan Speaker Perak tidah sah ataupun ultra virus.

    tolong betulkan kepada ultra vires

    BalasPadam