Sabtu, 25 April 2009

Zambry : Hanya Guna Kereta Kebangsaan


Tindakan melelong 16 buah kereta Camry oleh Dato Seri Zambry adalah tidak munasabah. Kereta Camry baru dibeli oleh kerajaan Perak beberapa bulan yang lalu. Isu pembelian kereta Camry pernah dibawa dan dibincangkan dalam Persidangan Dewan Negeri Perak pada bulan November yang lalu. Dalam persidangan tersebut, telah dijelaskan dengan jelas apakah rasional untuk pembelian kereta Camry.

Kereta-kereta Perdana yang digunakan oleh ahli-ahli EXCO dan Speaker seringkali mengalami kerosakan. Kos membaiki adalah amat tinggi. Setiap bulan ada juga kereta pasti masuk bengkel. Ini bukan sahaja melibatkan kos, tetapi ia mengganggu aktiviti-aktiviti dan perjalanan pemimpin-pemimpin negeri. Kereta Camry bukan dibeli dengan tujuan 'glamour'. Ia dibeli setelah membuat penelitian dan pertimbangan yang sewajarnya. Matlamat utama ialah untuk menjimatkan kos pengendalian dalam jangka masa panjang. Setiap ringgit yang dibelanjakan untuk membaiki kereta itu adalah wang rakyat. Wang rakyat tidak boleh dibelanjakan dengan sewenag-wenangnya. Kerajaan patut menunjukkan ciri-ciri akauntabiliti terhadap setiap ringgit yang dibelanjakan.

Dato Seri Zambry dalam kenyataan medianya mengatakan bahawa Kerajaan Perak tidak akan mengalami kerugian dalam melelongkan kereta-kereta Toyota Camry. Kereta-kereta Camry ini akan dijual dengan harga RM148,000 iaitu kurang RM10,000 daripada harga pembeliannya. Menurutnya ada pembeli-pembeli sanggup membeli dengan harga yang lebih tinggi daripda harga yang telah ditetapkan. Kita akan tahu pada hari kereta-kereta ini dilelongkan, samada kenyataan yang dibuat oleh Dato Seri Zambry itu benar ataupun tidak.

Kereta-kereta Camry itu tidak sepatutnya dijual sekarang. Mahkamah masih belum membuat keputusan siapakah Menteri Besar Perak yang sah. Oleh yang demikian, apakah hak Dato Seri Zambry untuk membuat keputusan menjual kereta-kereta Camry. Tindak-tanduknya amat mencurigakan.

Dalam beberapa bulan ini, sudah tentu kerajaan Perak telah menjimatkan beribu-ribu ringgit kerana pengurangan dalam kos membaiki kerosakan kereta-kereta Perdana. Apakah rasional untuk menjual kereta-kereta Camry dan digantikan dengan kereta-kereta baru. Tindakan ini amat menyedihkan kerana wang rakyat boros dibelanjakan. Kita sudah ada pengalaman pahit dengan menggunakan kereta Perdana. Kita seharusnya mempelajari daripada pengalaman lepas dan menjadikannya sebagai pedoman dalam keputusan-keputusan masa hadapan.

Menurut Dato Seri Zambry lagi, pendirian kerajaan negeri ialah 'hanya menggunakan kereta kebangsaan'. Saya tidak setuju dengan kenyataan Dato Seri Zambry. Kata-katanya hanya sekadar menanam tebu dibibir. Beliau cuba menunjukkan semangat patriotik dengan menjadikan kereta kebangsaan sebagai alasan. "Kalau betul itu merupakan pegangan mereka, kenapa mereka memberi kereta import untuk kegunaan sendiri". Apakah kereta yang dipakai oleh Dato Seri Zambry? Apakah kereta yang dipakai oleh Dato Hamidah? Dato Mah Han Soon?.......

Mereka membeli kereta import untuk kegunaan sendiri. Apa rasionalnya? Tidak percaya kereta kebangsaan? Atau soal imej? Mana perginya semangat patriotik yang diwar-warkan apabila membeli kereta untuk kegunaan sendiri. Tetapi, apabila membeli kereta untuk kegunaan kerajaan mereka saran kereta kebangsaan walaupun kos pegendaliannya amat tinggi. "Kerajaan rugi tak apa, sendiri tak boleh rugi", inilah pendirian mereka.

3 ulasan:

  1. semuanya hantu raya.kereta anak bini semua kereta import.semua tak boleh pakai.

    BalasPadam
  2. inilah hipokrit namanya. Kununnya..bersemangat patriotik.tapi dalam garaj rumah bersusun kereta impot.Kita minta wartawan tolong pegi melawat rumah Zambry dan exconya.

    BalasPadam
  3. sape yg untung kalau kereta nasional masuk bengkel?....kuncu-kuncu BN ler...

    Caj pembaikian masuk akaun bengkel...komisen masuk akaun sape...

    As a transparent process, can YB show the rakyat of the statistics/accounts of the amount (wang rakyat) wasted on the repairs of the national cars during the PR officials usage?

    BalasPadam