Jumaat, 17 April 2009

Suruhanjaya Piliharaya Menjadi Jurucakap BN


Baru-baru ini Suruhanjaya Pilihanraya sentiasa bertindak di luar daripada bidangkuasanya. Dalam kes Fairus yang telah meletak jawatannya sebagai ADUN Penanti, Suruhanjaya Pilihanraya tidak ada hak untuk membuka mulut dan memberi sebarang komen. Itu bukannya kerja pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya. Mulakan kerja-kerja persediaan untuk pilihanraya kecil di Penanti.


Suruhanjaya Pilihanraya merupakan agensi yang mengendalikan pilihanraya. Itu sahaja kuasa yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan. Apabila terima surat daripada Speaker, buat sahaja kerja yang patut dibuat. Jangan pula pandai-pandai nak beri nasihat. Suruhanjaya Piliharaya tidak perlu memberi nasihat politik kepada mana-mana pihak.


Pengerusi Suruhanjaya Piliharaya , Tan Sri Abdul Aziz Yusuf sudah bertanduk selepas Mahkamah Persekutuan membuat keputusan bahawa Suruhanjaya Pilihanraya berhak menentukan kekosongan sesuatu kerusi Dewan Negeri.


Beliau memberi komen bahawa pengendalian pilihanraya kecil seperti ini amat membazirkan wang negara. Siapakah yang membazirkan wang dalam pilihanraya kecil? Kerajaan mencurahkan berjuta-juta ringgit untuk memikat hati rakyat sewaktu pilihanraya kecil. Pelbagai projek mee segera dilaksanakan secara lintang-pukang oleh kerajaan. Banyak lagi pemberian dibuat walaupun tindakan-tindakan seperti itu menyalahi undang-undang pilihanraya. Kos sebenarnya ditimbulkan oleh kerajaan sendiri kerana boros berbelanja untuk kepentingan parti-parti politiknya.. Kalau Tan Sri Abdul Aziz betul-betul berniat untuk memberi nasihat, beritahu Perdana Menteri supaya tidak boros membelanjakan wang rakyat dalam pilihanraya kecil Penanti yang bakal kita dihadapi.

4 ulasan:

  1. buat pertama kali najib menjadi takut kepada perkataan PILIHANRAYA...Dikatanya membazir WANG...jika begitu benar ler apa yang pimpinan PR katakan...UMNO sebenarnya parti yang mengamalkan RASUAH...JELAS NAJIB MULA MERASAKAN KEPIMPINAN MULA GOYAH...MIC,MCA,GERAKAN HANYA MENUNGGU MASA UNTUK MENGUGUT NAJIB...

    BalasPadam
  2. komponen bn berbaju spr.jika pakatan rakyat berjaya mentadbir kerajaan pusat. pembersehan wajib di laku kan. kaji di segi undang2 jika terdapat mereka ini ada melakukan perlangaran undang2. mereka ini jangan sesekali di lepaskan seperti di bawah tadbir krajaan bn. sekadar di tukarkan atau selebihnya di nasihatkan berhenti dengan begitu mudah. tanpa dikenakan sebarang tindakkan undang2.mereka ini adalah perosak negara waji dibawa kemahkamah dan dikenakan tindakan yang setimpal.

    BalasPadam
  3. alfarisi

    Jika Pakatan memerintah? Sekadar jika?

    Bertanding kat Semenanjung Malaysia bolehlah menang. Kalau nak rampas Kerajaan Persekutuan, kena menang kat Sabah dan Sarawak juga.

    Ditambah lagi Mahathir berganding bahu sama Najib, silap haribulan bilangan kerusi Pakatan dalam Parlimen akan berkurangan.

    Apa-apa pun diharap keputusan PRU-13 berpihak kepada kita. Masa itu, bolehlah Kerajaan Pakatan dok bincang sama-sama macam mana nak perbaiki negara yang telah dirosakkan oleh pentadbiran BN. Itupun, sekadar JIKA.

    BalasPadam
  4. siapa mahathir?

    BalasPadam