Jumaat, 10 April 2009

Calon BN Mengaku Kekalahanya Kerana Rampasan Kuasa


BN kalah dalam pilihanraya kecil Bukit Gantang pada 7 April 2009. Calonnya Ismail Saffian mengaku bahawa kekalahannya adalah kerana rampasan kuasa yang berlaku di negeri Perak. Inilah faktor utama yang mengakibatkan kekalahannya. Pada pandangan beliau, rakyat sangat marah terhadap tindakan rampasan kuasa ini yang menyebabkan ramai yang mengundi Pakatan Rakyat.

Ketua Pemuda MCA, Datuk Wee Ka Siong juga berpendapat bahawa kekalahan BN di Bukit Selambau juga kerana rampasan kuasa yang berlaku di negeri Perak.

Rakyat membantah tindakan BN ramapasan kuasa yang dilakukan oleh BN di negeri Perak. Ini dibuktikan dengan referendam rakyat melalui pilihanraya kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Oleh yang demikian, Dewan negeri Perak harus dibubarkan dengan segera supaya krisis politik Perak dapat diakhiri. Suara Rakyat Suara Keramat!

2 ulasan:

  1. http://bukitgantang59.blogspot.com

    BalasPadam
  2. selamat berblog, paparkan yang terkini tanpa prajudis, fitnah dan bertanggungjawab.

    BalasPadam