Isnin, 27 April 2009

Abdul Aziz Melarang Pondok Panas & Perayu Undi di Penanti


SPR telah mengumumkan 31 Mei 2009, pilihanraya kecil DUN Penanti. Hari penamaan calon ditetapkan pada 23 Mei 2009.

Walau bagaimanapun, Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mengumumkan bahawa pondok panas dan perayu undi tidak dibenarkan dalam pilihanraya kecil Penanti. Sekali lagi SPR mencabul prinsip demokrasi. Apa salahnya 'pondok panas dan perayu undi' dibenarkan. Ini merupakan amalan kita dalam semua piliharaya umum dan pilihanraya kecil sebelum ini. Kenapa tiba-tiba hendak tukar peraturan?

Nampaknya SPR memang tidak neutral lagi. Ia telah dikuasai dan dipengaruhi oleh pihak-pihak tertentu. Kredibiliti SPR diragui. Kalau dibiarkan, SPR mungkin akan membuat peraturan baru untuk melarang ceramah politik sama sekali apabila menghadapi pilihanraya. Ini merupakan sesuatu yang perlu diberi perhatian oleh semua pihak. Perkembangan negatif seperti ini perlu ditangani awal-awal lagi. Jangan sampai nasi menjadi bubur. SPR mesti menarik balik peraturannya yang tidak membenarkan pondok panas dan perayu undi di pilihanraya kecil Penanti. SPR tidak seharusnya memberi sebarang alasan kerana ia akan menjejaskan keutuhan demokrasi di negara kita.

3 ulasan:

  1. Dari dulu time datuk moyang, datuk belah ibu mertua, bapa belah ibu kandung, time bapa sedara hingga kini, tak pernah ada trend larangan pondok panas dan parayu undi......masa dulu BN tak pernah larang pon soal ini...apsal tiba-tiba jer tukar trend....Hairan yer...???

    Takut kalah ker, nie tak gentleman nie...baik ikut pintu belakang....gerenti menang !!!

    BalasPadam
  2. nanti buat banner besar-besar dan banyak2 tulis SPR TAK BAGI BUAT PONDOK PANAS MAAP LE KALAU KITE KENA TIPU LEPAS NI... baru orang tak terkejut... hehe
    di minta jemput membincangkan konsep 1MALAYSIA gagasan Najib... link:
    http://bagindareformasi.blogspot.com/2009/04/konsep-1malaysia-gagasan-boneka-mader.html

    BalasPadam
  3. Perkara yang tak boleh semasa kempen PRK Penanti:
    1.Pondok panas
    2.Perayu undi
    3.Penyokong tidak lebih 5 orang semasa penamaan calon.
    4.Keputusan tunggu di rumah masing-masing
    5.Pengangkutan angkut pengundi tempatan pun tak boleh.Biar pengundi pegi sendiri.sebab takut dalam kereta ada perayu undi.
    6.Perkataan Al@##tuy# diharamkan.
    7.Topeng diharamkan
    8.Keranda diharamkan.Kalau ada yang mati hari tu,ubah laluan.
    9.Orang luar pun diharamkan.Polis check IC.Orang penanti saja. DSAI pun tak boleh sebab ceruk tok kun.
    10.Kempen hingga 9.30 malam sahaja.
    11.Lain-lain akan dimaklumkan selepas penamaan calon.

    BalasPadam