Rabu, 29 April 2009

Kes Lim Cho Hock : Dewan Negeri Mempunyai Kata Pemutus dan Bukannya Mahkamah



Kes Lim Cho Hock lwn Speaker Dun Perak (1979) 2 MLJ 85. Di dalam kes ini secara ringkasnya pemohon iaitu Adun Bukit Kepayang mencabar di mahkamah berkaitan isu sama ada kerusi speaker dikira kosong kerana speaker didakwa telah gagal mengangkat sumpah sebagaimana Adun-Adun yang lain. Hakim Abdoolcader memutuskan Dewan Undangan Negeri mempunyai kata pemutus sama ada speaker telah hilang kelayakan atau tidak dan perkara tersebut hendaklah diputuskan di dalam Dewan Undangan Negeri dan tidak di Mahkamah.

Keputusan daripada kes ini amat jelas bahawa mahkamah telah ‘mencuci tangan’ daripada mendengar soal Dewan Undangan Negeri. Mahkamah amat waras bahawa ia tidak boleh campurtangan dalam hal-ehwal badan legislative. Keputusan mahkamah jelas membuktikan ia menghormati doktrin pemgasingan kuasa. Mahkamah sedar bahawa ia tidak mempunyai bidang kuasa untuk melangkah ke dalam Dewan Undangan Negeri. Kalau kita dengan telitinya racik kes ini, kita akan faham betapa pentingnya amalan pengasingan kuasa di sesebuah negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen. Tetapi, keputusan kes ini telah disia-siakan apabila Mahkamah Persekutuan membuat penghakiman dalam kes Speaker Perak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan