Mahkamah Persekutuan membuat keputusan bahawa Suruhanjaya Pilihanraya mempunyai kata pemutus dalam menentukkan kekosongan kerusi Dewan Negeri Perak. Pada masa yang sama Mahkamah juga telah membuat deklarasi bahawa Jamaluddin Mohd Radzi, Mohd Osman Jailu dan Hee Yit Foong masih menjadi ahli-ahli Dewan Negeri Prak.
Walaubagaimanapun, Menurut Presiden Majlis Peguam Malaysia Ragunath Kesavan, Keputusan Mahkamah Persekutuan itu tidak menyelesaikan isu tersebut sepenuhnya dari segi undang-undang dan politik. Keputusan Mahkamah masih mempunyai banyak kekaburan dan lacuna yang tidak terjawab.
Menurutnya lagi, Majlis Peguam Malaysia tidak puas hati dengan keputusan Mahkamah Persekutuan kerana ia telah mengambil kuasa daripada wakil yang dipilih oleh rakyat dan diberikan kepada pentadbir kerajaan yang dilantik untuk menentukan kedudukan kekosongan kerusi dewan negeri.
Untuk menyelesaikan masalah ini Mahkamah Persekutuan perlu mengkaji semula keputusannya yang berpihak kepada Suruhanjaya Pilihanraya.
tuan speaker, its very unique for this case.
BalasPadamhopefully, it will bring Malaysia to another level higher
nak wat camne? kangaroo is always a kangaroo
BalasPadam