Isnin, 27 April 2009

Kerajaan Pakatan Rakyat Perak Prihatin Terhadap Orang Asli


Dalam tempoh pemerintahan Pakatan Rakat di Perak, ia telah menubuhkan sebuah pasukan khas mengenai tanah orang asli untuk mengiktiraf secara rasmi semua tanah adat orang asli di Perak selain melantik seorang pegawai orang asli yang ditugaskan untuk menyelesaikan semua masalah yang dihadapi orang asli di Perak.

Pakatan Rakyat juga telah membatalkan semua aktiviti membalak dan perladangan di kawasan orang asli di sekitar Gopeng yang sebelum ini telah menjejaskan lebih 2000 penduduk orang asli.

Dalam pada itu pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat juga kerapkali melawat tapak-tapak kediaman orang asli di Perak untuk mencari penyelesaian bagi masalah-masalah yang dihadapi oleh mereka.

Orang asli dibiarkan menderita sejak kemerdekaan. Mereka tidak dianggap sebagai masyarakat yang penting oleh pemerintah dahulu. Malah, banyak kegiatan-kegiatan ekonomi telah dimulakan di kawasan-kawasan orang asli tanpa menghiraukan kesejahteraan mereka. Orang-orang asli sudah hilang tempat pergantungan. Harapkan pagar, pagar makan padi, inilah situasi orang asli yang sentiasa menyokong BN dalam pilihanraya.

1 ulasan:

  1. blog ini telah dilink ke blog Bukit Gantang. Sekadar makluman.

    BalasPadam