Khamis, 23 April 2009

Gobind Singh Cabar Pandikar Amin


Berita gembira kepada semua. Sekarang YB Gobind Singh akan mencabar Speaker Dewan Rakyat di mahkamah. Beliau akan menfailkan menfailkan kes terhadap Pandikar Amin pada 23 April 2009. YB Gobind Singh digantung daripada menghadiri Parlimen selama 12 bulan tanpa elaun dan kemudahan Ahli Parlimen oleh Speaker Dewan Rakyat. Kes akan difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Tindakan ini adalah susulan daripada keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Zambry vs V.Sivakumar (Speaker Perak). Dalam kes tersebut Mahkamah Persekutuan telah campurtangan dalam hal-ehwal Dewan Undangan Negeri.

Menurut YB Karpal Singh, Ahli Parlimen Gelugor, kes Perak telah menjadi satu 'duluan'. Ini merupakan kes pertama difailkan terhadap Speaker Dewan Rakyat. Selama ini pihak pembangkang menghormati doktrin pengasingan kuasa dan Perkara 72 Perlembagaan Persekutuan.

Biar mereka merasakan ubat mereka sendiri!!!

Adakah mahkamah akan mendengar kes ini atau mengambil U-turn? Kita akan perhatikan bersama-sama......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan