Ahad, 26 April 2009

Nizar : Mahkamah Memberi Pendapat Sahaja

Menurut Dato Seri Nizar, Sistem kehakimam telah melaksanakan satu perubahan dalam perundangan di Malaysia hanya semata-mata untuk meletak dan menjamin kuasa hanya berpusat kepada BN sahaja. "Perkara ini tidak pernah berlaku. Tetapi kali ini ia berlaku semat-mata campurtangan peguam negara dalam kes ini. Mereka telah mengambil kesempatan daripada apa yang berlaku dengan bertindak lebih daripada sepatutnya" tegas Nizar. Dato Seri Nizar tetap berpendirian pihaknya akan tetap melaksanakan tugasan-tugasan yang dibenarkan oleh apa sahaja saluran yang ada dalam Perundangan. Beliau melahirkan kekesalan kerana berita yang tersiar di media-media milik BN menggambarkan keputusan yang dibuat Mahkamah Persekutuan itu seolah-olah menunjukkan apa yang telah dilakukan tidak menyebelahi Pakatan Rakyat. "Itulah tafsiran mereka. Tetapi pada hakikatnya keputusan yang dibuat oleh Mahkamah hanya sekadar menyatakan 'opinion' sahaja", kata Nizar. Tetapi Mahkamah tidak memenuhi 8 lagi permintaan pengisytihran yang dibuat oleh Zambry.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan