Ahad, 12 April 2009

Jamuan Makan Malam DAP Bercham


Pada 11 April 2009 (10.00pm), Speaker Perak menghadiri Jamuan Makan Malam anjuran DAP Bercham. Ia dipengerusikan oleh YB Sum Chok Leng (ADUN Bercham). Lebih daripada 600 penyokong menghadiri jamuan tersebut. Turut hadir ialah YB Lim Kit Siang, YB Kulasegaran, dan YB Ngeh Koo Ham.


Dalam ucapannya, YB Sivakumar menyentuh bahawa kemenagan Pakatan Rakyat di Bukit Gantang merupakan satu referendum rakyat yang mahukan Dewan Negeri Perak dibubarkan. Kekalahan BN jelas menunjukkan rakyat menolak tindakan BN merampas kuasa di negeri Perak. Ia ditunjukkan bukan sahaja melalui kemenagan kepada Pakatan Rakyat, malah majoriti undi juga telah meningkat. Oleh yang demikian, untuk menyelesaikan krisis politik perak Dewan Negeri mesti dibubarkan dengan segera. Berikan kuasa semula kepada rakyat untuk menentukan kerajaan baru. Penyelesaian hanya boleh dicapai melalui peti undi. Pakatan Rakyat berani turun ke gelanggang pilihanraya! Bagaimana pula BN? Sanggup 'mohon restu rakyat'lagi?

2 ulasan:

  1. YB Sivakumar, my love, respect and good wishes for the success of your new blog... and the restoration of true democracy in Perak. The rakyat are fully behind you and Pakatan Rakyat. Good things always emerge from bad. If not for Najib's ugly powergrab in Perak, Malaysians would never know what great heroes we voted into power in Perak in March 2008!
    I salute your strong and noble soul, brother Sivakumar.

    BalasPadam
  2. Go YB!. We're behind you 100%. V for Victory Sivakumar.

    BalasPadam