Sabtu, 23 Mei 2009

Politik Tidak Boleh Melampaui Ekonomi Di Perak

Kenapa kita berpolitik? Matlamat politik yang sebenar ialah ekonomi. Dalam sistem demokrasi, sesuatu kerajaan akan dibentuk melalui pilihanraya. Rakyat akan mengundi kerajaan pilihan mereka. Tetapi apakah rasional untuk rakyat keluar mengundi? sudah tentu rakyat mempunyai harapan daripada kerajaan yang dibentuk untuk memerintah negara bagi sesuatu tempoh tertentu. Jika kita mendalami isu ini, kita akan faham bahawa harapan rakyat ialah menyelesaikan masalah-masalah ekonomi yang dihadapi. Rakyat mahukan kemakmuran ekonomi dalam negara. Kebajikan rakyat mestilah diberi jaminan oleh kerajaan yang memerintah.

Kerajaan seharusnya menyelesaikan masalah ekonomi rakyat melalui program-program kebajikan dan pembangunan. Tumpuan kerajaan semestinya terhadap hal-ehwal ekonomi. Segala gejala sosial dalam negara juga adalah berkait langsung dengan ekonomi. Jika kerajaan tidak memberi tumpuan kepada ekonomi. Maka, itu bukanlah sebuah kerajaan yang berjiwa rakyat. Aktiviti-aktiviti politik tidak boleh melampaui aktiviti-aktiviti ekonomi. Hanya sewaktu pilihanraya, tumpuan harus diberikan kepada politik. Sebaik sahaja habisnya pilihanraya, tumpuan harus beralih kepada penyelesaian isu-isu ekonomi.

Apakah yang berlaku di Malaysia, terutamanya di Perak sekarang ini. Pergolakkan politik telah menenggelamkan isu-isu ekonomi. Ekoran daripada itu, rakyat menderita. Oleh, yang demikian, kita tidak boleh membiarkan krisis politik ini berterusan di negeri Perak. Ia perlu diselesaikan dengan serta merta. Apa yang perlu dibuat untuk menyelesaikan kemelut politik negeri Perak? Mudah sahaja, buburkan DUN Perak. Adakan pilihanraya peringkat negeri. Rakyat akan mengundi kerajaan dengan mandat baru. Biar kerajaan itu dengan serta merta membuat kewajibannya menumpukan perhatian kepada isu ekonomi Perak.

1 ulasan:

  1. Memang politik dan ekonomi tidak boleh lari perkaitannya. Sebab itu di universiti luar ditawarkan bidang falsafah, politik dan ekonomi yang digabungkan sebagai satu jurusan.

    BalasPadam