Ahad, 24 Mei 2009

N.Gobalakrishnan : Jangan Main-main Dengan Kuasa Rakyat


Nampaknya tragedi penyingkiran Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri dengan cara yang keji berlaku lagi di Perak.

Apa yang berlaku di Perak ini bakal mencetuskan gelombang reformasi pemikiran rakyat yang baru. Jika gelombang reformasi ‘98 sudah kelihatan agak menyepi, kini reformasi’09 mengambil tempatnya, kata N.Gopalakrishnan, Ahli Parlimen Padang Serai.Rakyat pasti tidak akan melupakan reformasi dalam politik negara ini.

Beliau percaya kerajaan BN ini tidak stabil dari kerajaan Pakatan Rakyat. Tambahan pula, dimana Setiausaha Kerajaan Negeri dan polis bertindak dengan cara tidak bertanggungjawab terhadap MB Nizar yang dipilih rakyat. Ini menyebabkan kemarahan rakyat.

Beliau juga mengesa kerajaan Barisan Nasional yang diketuai oleh pimpinan Najib supaya jangan main-main dengan kuasa rakyat dan menyeru supaya DUN di Perak dibubarkan serta-merta agar pilihanraya kecil di negeri Perak dapat diadakan.

Dengan sebuah kerajaan haram iaitu BN yang di ketuai oleh MB haram dan juga speaker haram, amanat rakyat Perak diperlekeh dan dimainkan oleh kerajaan BN. Hanya rakyat yang mempunyai hak untuk memilih kerajaan dan bukannya ahli politik UMNO-Barisan Nasional, katanya.

2 ulasan:

  1. UMNO,BN,NAJIB,ZAMBRY memang handal dalam memainkan hak rakyat. Mereka boleh menang dalam kes Menteri Besar Perak ,siapapun tahu mereka bagaimana memenangi kes ini. NAJIB,UMNO,ZAMBRY jangan telalu gembira dulu. NAJIB ialah seorang pemimpin yang tidak tahu malu,segan,tidak tahu asas demokrasi,asas hak rakyat.NAJIB hanya tahu merampas harta orang lain(kuasa pentadbiran perak yang dimiliki oleh PAKATAN RAKYAT).NAJIB TAK GUNA. Dia tidak berani mendepan dengan rakyat.Zambry juga seorang yang tak guna, matanya hanya tahu"kuasa" dan menggunakan cara-cara yang tidak disokong oleh rakyat perak sebagai Menteri Besar Perak. Janganlah senantiasa merampas barang orang lain. PULANGKAN HAK KEPADA RAKYAT.

    BalasPadam
  2. Pemecatan Anwar oleh Mahathir sememangnya tidak sah. Hak memecat ada pada DYMM YDPA bukan PM.

    Hal yang sama turut berlaku ke atas Nizar. Jika kes Stephen Kalong Ningkan lawan Abang Haji Openg dirujuk, Hakim Mahkamah Tinggi Borneo memutuskan pemecatan Stephen tidak sah. Pemecatan beliau oleh Gabenor hanya sah sekiranya:

    1. Stephen mendapat undi tidak percaya dalam persidangan Dewan Undangan Negeri, dan

    2. Stephen enggan meletakkan jawatannya serta gagal dalam menasihatkan agar dilakukan pembubaran.

    Berbalik kepada kes Nizar, semasa beliau dipecat, jangan kata beliau tidak dapat undi tidak percaya, malahan bersidang dalam DUN pun BELUM LAGI. Syarat ini sahaja sudah MENIDAKKAN pemecatan terhadap beliau.

    BalasPadam