Polis menahan 2 orang wakil rakyat malam semalam. Seorang Ahli Parlimen YB Teo Nie Ching dan seorang lagi ADUN YB Jenice Lee. Kedua-dua wakil rakyat yang ditahan polis adalah wanita. Mereka ditahan kerana melibatkan diri dalam acara‘nyalaan lilin’ sebagai ‘tanda berkabung matinya demokrasi’.
Ahli Parlimen DAP Serdang dan ADUN DAP Teratai ini ditangkap bersama-sama dengan 9 orang ahli DAP di program ‘nyalaan lilin’ di Seputeh lebih kurang jam 8.20pm.
Nyalaan lilin itu telah diadakan di luar pejabat ahli Parlimen DAP Teresa Kok. Ia disertai berpuluh-puluh orang penyokong yang memakai baju-T berwarna hitam.
Menurut pihak penganjur, nyalaan lilin itu diadakan sebagai menandakan "pembunuhan demokrasi oleh kerajaan haram Perak".
Penyokong-penyokong berkumpul di tanah lapang luar bangunan DAP. Mereka memegang poster-poster yang meminta DUN Perak dibubarkan.
Sewaktu mereka hendak melancarkan kempen tandatangan, sebilangan besar anggota polis telah mengepungi mereka. Polis telah mengarahkan mereka beredar dari tempat itu dengan mengatakan bahawa perhimpunan itu adalah perhimpunan haram.
Walau bagaimanapun, Ahli Perlimen Seputeh, YB Teresa Kok memberi penjelasan kepada polis bahawa mereka berkumpul di tanah persendirian dan polis tidak mempunyai bidangkuasa dalam perhimpunan tersebut. Tetapi, polis dengan degilnya memberi arahan supaya orang ramai meninggalkan tempat itu dengan segera.
Ketika itu, Jenice Lee memberitahu penyokong-penyokongnya supaya duduk dan tidak berganjak dari situ. Apabila penyokong-penyokong tidak mahu beredar dari tempat itu, polis telah mengambil tindakan untuk menangkap 2 orang wakil rakyat dan 9 orang penyokong yang lain. Polis sekali lagi telah bertindak keras terhadap wakil rakyat dan rakyat biasa.
Mereka yang ditangkap dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields. Peguam-peguam DAP sedang menguruskan pembelaan bagi mereka yang ditahan oleh polis. Polis juga telah menghalau penyokong-penyokong DAP yang yang berkumpul di hadapan balai polis tersebut.
Selepas itu, YB Lim Kit Siang, YB Teresa Kok dan YB Anthony Loke telah pergi ke balai polis Brickfields untuk mengetahui keadaan sebenar. Penyokong-penyokong menyalakan lilin di luar balai polis tersebut sebagai tanda membantah.
Belia DAP dan Suaram meminta semua tahanan dibebaskan dengan segera. Tindakan ini dianggap mencabuli hak asasi kemanusiaan dan Perlembagaan Persekutuan
polis adalah pengawal undang-undang manakala peguam adalah pembela undang-undang. tetapi siapa yang mengawal polis bila mereka melanggar undang-undang?
BalasPadammatnyot.
Benar, sebenarnya tanah melayu ini didiami penduduk asli. Orang melayu adalah penghijerah
BalasPadam(pendatang) sama macam cina dan india.
Bumi terbentang luas ini allah cipta untuk semua manusia yang ingin berusaha. Mana ada allah
letak negara ini negara melayu, itu arab, itu cina, india, inggeris, afrika. Manusia yang
membeza-beza. Pokoknya kita umat muhammad dan anak adam.
Saya tidak faham apakah itu melayu. Orang jawa, bugis, acheh, sunda yang datang ke sini baru
10 tahun digelar melayu bumiputera. orang melayu sendiri pun dari sumatera.. Orang cina dan
india yang lebih 200-100 tahun disini. Jadi Kuli batak. Sedangkan dialah pembangun ekonomi
(cina) dan sosial (india) doktor, peguam. Takkan politik nakbagi melayu yang tidak banyak
memberi sumbangan...
Akibat malas orang melayu walaupun diberi subsidi dan bantuan sebanyak mana. Kerajaan
terpaksa mengimport buruh dari indonesia, Bangladesh, india, Myanmar. Tak pernah bersukur
dengan bumi malaysia yang penuh nikmatnya.
Dah tu, kutuk macam-macam, dera, dan prejudis terhadap pendatang yang datang membantu negara
ini. Nabi sendiri adalah penghijerah dan disambut dengan baik pihak madinah. Sedangkan
hijerah itu agenda terbesar islam. Kita gelar penghijerah itu pengacau????? Hei bumi ni
allah cipta untuk semua bukan siapa cop dulu... semua adalah cop allah...
Allah s.w.t sendiri memeritahu 'aku tidak akan mengubah sesuatu kaum, melainkan kaum itu
ingin mengubah nasibnya'. Sudah jelaslah... Jika melayu terus malas, bangsa subsidi, dah
bagi betis nak peha, dan bantu pun malas. Orang cina (economic oriented) bakal kuasa dunia
dan orang India (Social oreinted) orang inggeris - (politic/power oriented) kuasai ilmu
dunia. Orang Melayu ???????????
Susah nak kata sama ada Malaysia adalah negara membangun terkemuka sekarang tanpa bantuan
bangsa Cina dan India dan bekas penjajah inggeris. Cubalah fikir apa sumbangan yang kita
(melayu) dah sumbang di bumi allah ini berbanding bangsa yang berusaha.
nak harapkan ketuanan melayu nak pergi mana... Allah sendiri tidak mengiktiraf monarki
sebagai mana kita melayu agongkan. Allah menganggap semua manusia adalah khalifah muka bumi
yang dilahirkan untuk membangun dan menjaga bumi ini. Allah tidak membeza kan mahluknya,
tidak meninggikan mahluknya melainkan makrifat diberinya. Ia bukannya secara keturunan
seperti monarki..
bangunlah bangsaku.. bila lagi nak tidur, kata kita kaya, sampai bila lagi nak dijajah oleh
minda penakut, malas dan percaya kepercayaan karut. SAMPAI BILA>>!!!!!!!!!!!!!!!