Rabu, 27 Mei 2009

Polis Diperkarangan Wisma DAP Perak


Beratus-ratus anggota polis dan FRU berkerumun di sekililing Wisma DAP Perak pada pagi 26 Mei 2009. Pakatan Rakyat melancarkan Mogok Lapar dan Puasa secara aman di Wisma DAP. Polis tidak perlu hadir di kawasan itu. Tidak ada apa-apa aktiviti yang menjejaskan keselamatan awam dianjurkan oleh Pakatan Rakyat. Mogok lapar dan puasa dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat dan penyokong-penyokongnya sesama sendiri. Mereka berbuat demikian dengan hasrat DUN Perak dibubarkan dan kuasa dikembalikan kepada rakyat supaya pilihanraya boleh diadakan di Negeri Perak.

Kehadiran polis yang begitu ramai, menggangu aktiviti-aktiviti aman yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat. Ia juga menjejaskan prinsip-prinsip demokrasi negara ini. Malaysia akan digambarkan sebagai Negara polis jika tindak-tanduk polis tidak terkawal. Tambahan pula, penangkapan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat dan penyokong-penyokongnya tanpa sebab yang munasabah tidak patut berlaku. Ini telah menimbulkan kemarahan dan kesangsian orang ramai terhadap polis dan Kementerian Dalam Negeri.

1 ulasan:

  1. polis haprak.... kalau kami mogok taknak bayar cukai hangpa nak polis? biar pasni gj hangpa zambry bayaq

    BalasPadam