Khamis, 14 Mei 2009

Presiden PAS Kesal Dengan Kekasaran Di DUN Perak


PAS sangat kesal dengan kejadian kekerasan yang berlaku di luar perkarangan Dewan Negeri Perak dan dalam dewan tempat persidangan para Ahli Dewan Negeri, kata Presiden PAS, Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Peristiwa yang berlaku ini berpunca dari sikap angkuh para pimpinan BN yang tidak hormati undang-undang. BN juga ujur Presiden PAS itu, telah bertindak dengan berselindung di sebalik lencana anggota keselamatan.

PAS sekali-kali tidak akan menghormati kerajaan yang sememangnya tidak menunjukkan rasa hormat mereka kepada undang-undang dan perlembagaan negara, katanya.

3 ulasan:

  1. bukan kah ini dirujuk apa yang berlaku di persidangan 7 mei...Baru sekarang Hj Hadi nak bagi komen ke ?????.... Lambat betul ... atau lembab...

    BalasPadam
  2. Salam sejahtera Tuan Speaker

    Setuju dengan pak lubis.sepatutnya semua pemimpin pakatan mengutuk keras. bukan hanya bercakap lemah longlai. pemimpin umno tahu hatibudi orang melayu. sebab itu mereka berani

    BalasPadam
  3. Betul lah ..Jamil

    Dah seminggu ... bsru sekarang nak kutuk ...segala perbuatan yang salah mesti dikutuk serta merta dengan keras ... supaya tidak terjadi lebih buruk lagi ... kalau tragedi luara negeri macam di Palestine atau Iraq .. kutuk bukan main cepat ... kalau dalam negeri .... ambil masa ... makan sirih dulu atau hisap rokok dulu .. atau kene teh atau mi goreng ... lepas tu baru nak kutuk .. terhegeh hegeh ... Serupa macam Mahkamah Rayuan ...Nizar punya kes ... makan berhari hari.... Zambri punya rayuan dalam 3 jam boleh buat keputusan.

    BalasPadam